13 Oct 2011

The miracle of Bahasa Indonesia and Arabic

Nikolaos van Dam / Jakarta Post   
October 13, 2011

It has always been the dream and wish of many Arabs that everyone should speak the same classical Arabic. Arabic dialects are considered by some Arab linguists to be a degenerate form of the language of the Koran, or of the Arabic supposedly spoken by the Prophet Muhammad.

In reality, however, Arabic dialects have always existed, even during the time of the Prophet Muhammad. It would actually have been an anomaly if the Arabian Peninsula would have been a homogeneous linguistic area.

Iranian leader warns of plot to divide Sunnis and Shias

PressTV   
TEHRAN, Oct 13: Leader of Iran's Islamic Revolution Ayatollah Seyyed Ali Khamenei has urged Muslim clerics to be vigilant against plots aimed at creating divisions between Sunnis and Shias and weakening Islam.

“Shia and Sunni clerics must remain very vigilant about plots, and find ways to counter enemies' schemes through holding joint meetings and cooperation,” Ayatollah Khamenei (pic) said on Wednesday.

Within a year, 300% increase in new voters

Harakahdaily   
Oct 13: Even as the controversy surrounding various revelations about electoral fraud continues, minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz dropped a shocking figure of newly registered voters, showing a three-fold increase in 2010 compared to 2009.

In his parliamentary reply to Bukit Bendera member of parliament Liew Chin Tong, Nazri (right) revealed that a total of 820,156 people had been registered as voters in 2010 compared to 276,621 in 2009.

According to Nazri, the sharp increase was not surprising and attributed it to rising political awareness among Malaysians.

He said it was usual to see low number of registration after a general election, adding that the number of new voters would gather pace "when the election is around the corner".

Nazri added that a total of RM500,000 was allocated for new voter registration exercise.

Australia says refugee deal with Malaysia is off

The Australian   
CANBERRA, Oct 13: The Australian government has shelved plans for offshore processing of asylum-seekers, announcing it will allow boat people to live and work in the community as detention centres overflow.

Under a plan announced by Prime Minister Julia Gillard today, all asylum-seekers will be processed on Australian soil with community detention and bridging visas provided to those unable to be processed within the existing detention centre network.

PAS: Come out clean now over 'mystery buses'

Oct 13: PAS is demanding immediate answers from the Home Ministry over the presence of some 200 foreigners ferried in several buses at a resort near Putrajaya yesterday, believed to be 'instant' recipients of Malaysian citizenship.

Following a tick-off yesterday, Johor PAS Youth managed to trail six buses from Johor carrying Indonesians to Putrajaya early morning.

The PAS workers also saw the presence of police and National Registration Department officers at the said resort.

820,156 pemilih baru pada 2010

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Rakyat diberitahu seramai 820,156 orang mendaftar sebagai pemilih baru bagi tahun 2010 berbanding 276,621 pada tahun 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Pengilang bekal beras skim al It’aam diugut

KOTA BHARU, 13 Okt: Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dianggap semakin pudar, apabila diskriminasi politik masih menebal.
Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan menyingkir parti itu pada 1990 belum berpenghujung kerana deraan politik masih lagi subur dalam diari politik Umno.
Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras yang membekalkan beras skim al It’aam untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.

Cukai rokok dan arak: Pandangan Zahrain disanggah

PULAU PINANG, 13 Oktober: Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeAdiLan Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrin Mohamad yang mahu mempupolarkan semula membabitan syarikat 'rokok' dan 'arak' dalam urusan bola sepak negara.

Walhal 'rokok dan arak' kata mereka telah pun ditolak dalam arena bola sepak negara apabila Malaysia tidak lagi mengambil syarikat rokok 'Dunhill' untuk dijadikan penaja sukan sepertimana dulu.

4 hari bahas Bajet tanpa Laporan Audit

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Wakil Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul mengenai kegagalan kerajaan menyerahkan Laporan Audit Negara kepada Ahli Parlimen, Isnin ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah empat hari mereka membahaskan belanjawan tanpa merujuk Laporan Audit Negara.
"Kita cadang untuk bawa usul mengenai perkara ini kerana hari ini sudah masuk hari keempat berbahas, tapi laporan masih tiada," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga mempersoal ketiadaan laporan tersebut sedangkan sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing.
Katanya, Jawatan Kira-Kira Negara (PAC) bertanggungajawab ke atas perkara itu, tidak seharusnya menunggu ianya dituntut.

PAS mahu polis siasat samseng bermotor

KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS hari ini menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap sekumpulan belia bermotor yang didakwa sering mencetuskan provokasi dan kekacauan di beberapa program PAS di negeri itu.

Terbaru, kumpulan itu didakwa melakukan provokasi di dua ceramah umum Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 7 dan 10 Oktober yang lalu di Segamat.

DHPP Kelantan jelajah Malaysia jelaskan hudud

KOTA BHARU, 13 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam.
Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

PAS panggil Pang Chow

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Ekoran beberapa kenyataan media yang dilihat tidak selari dengan dasar parti, PAS hari ini bertindak untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik dalam parti.

Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Hu dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Beri peruntukan PLKN kepada sekolah

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilihat gagal membuahkan hasil positif kepada negara selain dapat mengurangkan defisit negara.
Beliau semasa membahas Belanjawan 2012 di Parlimen hari ini berkata, sepatutnya kerajaan mengemaskan intitusi pendidikan dengan menerap balik subjek yang diajar di PLKN bukannya melaksanakan program tersebut.

Amoi MCA, ustazah Gombak dan bajet Najib

MENURUT istilah MABBIM, 'window dressing' ditakrifkan sebagai 'peraga hias' manakala Kamus Bahasa Inggeris DBP pula mentakrifkannya sebagai 'muslihat untuk menutup mata'.
Di bidang pentadbiran, 'window dressing' ditakrif sebagai; "Memanipulasi angka dalam penyata kewangan untuk memaparkan kedudukan kewangan yang lebih kukuh daripada yang sebenarnya". Manakala di bidang pentadbiran perniagaan, ia dihuraikan sebagai; "Strategi pengurus dana yang merubah pegangan mereka dengan tujuan menunjukkan portfolio pelaburan yang disenangi oleh pemegang unit. Ini biasanya dilakukan pada akhir tahun, iaitu dengan menjual saham spekulatif dan membeli saham teguh".
Begitulah kompleksnya pengertian 'window dressing' mengikut takrifan DBP.

Belanjawan Najib tidak bantu pertumbuhan ekonomi- WSJ

AMERIKA SYARIKAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan belanjawan untuk menawan hati pengundi menjelang pilihan raya, berbanding membantu pertumbuhan ekonomi negara, lapor Wall Street Journal.
Akhbar terkemuka Amerika Syarikat itu semalam mengkritik perdana menteri kerana kegagalannya memenuhi jaminan untuk memperbaiki dasar ekonomi dan undang-undang yang pincang.
“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menawarkan belanjawan penuh dengan tawaran untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya berikutnya, yang dijangka dalam tempoh enam bulan. Dalam proses itu, beliau mematikan jangkaan pembaharuan ekonomi untuk menggalak pertumbuhan, ujarnya.
Belanjawan tersebut yang disifatkan sebagai belanjawan sementara, tidak membantu daya saing Malaysia, lapor WSJ semalam.

Inkues Baharuddin remeh dan menyusahkan, kata hakim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan balu allahyarham Baharudin Ahmad untuk  mengadakan inkues ekoran kematian suaminya pada perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata, permohonan isteri allahyarham Rosni Malan bersifat pra-matang, remeh, menyusahkan dan menyah-guna proses mahkamah.

Had hutang negara tidak ikut undang-undang

(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pentadbiran Barisan-Nasional (BN) perlu memperincikan berapakah jumlah kos pembangunan dan kos mengurus dari hutang negara sebanyak RM437 bilion.
Menurut Rafizi, terdapat dua akta yang mengehadkan jumlah hutang kerajaan iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Salahgunakuasa: Peneroka buat laporan polis terhadap Isa Samad

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di sini semalam oleh ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka terhadap Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta ‘merampas’ jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.
Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Siap lebih awal, siapa sorok Laporan Audit Negara

(Oleh: Fazallah Pit)

KUALA LUMPUR:  Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoal ketiadaan Laporan Audit Negara semasa perbentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, beliau ada menghubungi  pegawai di Jabatan Audit Negara semalam, yang terkejut apabila dimaklumkan ahli parlimen belum dibekal laporan itu.
“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.
“Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?,” katanya yang menyifatkan laporan berkenaan penting kerana ia melibatkan wang rakyat, pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mahathir sahkan belanjawan Najib untuk menang pilihan raya

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan belanjawan yang dikemukakan Datuk Seri Najib Razak bertujuan untuk menang pilihanraya, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Kenyataan itu, katanya, membuktikan apa yang disebut pemimpin Pakatan Rakyat selama ini adalah benar.
“Berbeza dengan belanjawan Pakatan, kita menyerahkan kembali wang rakyat bukan sempena pilihanraya tetapi dasar itu kita umum dan laksana selepas menang pada Mac 2008 di negeri-negeri yang kita perintah.

Najib semakin terdesak

KUALA LUMPUR: Pemberian Kad Pengenalan (MyKad) segera kepada warga asing bagi tujuan mengundi Umno-BN, merupakan tindakan terdesak Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Tindakan itu katanya, menunjukkan perdana menteri sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya umum akan datang, kecuali mengamalkan taktik kotor.
Beliau berkata demikian mengulas kehadiran lebih 200 warga asing dari Johor yang dikesan di sebuah resort di Putrajaya, semalam.

27,293 warganegara asing disyaki bakal undi Umno-BN

KUALA LUMPUR: Jumlah sebanyak 27,293 warga asing yang diterima menjadi warganegara Malaysia sejak 2008 disyaki usaha kerajaan menjadikan mereka pengundi pada Pilihanraya Umum akan datang.
Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, jumlah itu merupakan angka yang cukup besar bagi negara seperti Malaysia.
“Kami mengesyaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilihanraya ke-13,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, dalam keadaan rakyat negara ini menghadapi kesempitan hidup, warga asing seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana mudah menjadi warganegara.

Jelaskan bentuk pembangunan Kampung Baru – Tian Chua

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bentuk pembangunan di Kampung Baru.
Tegasnya, rancangan pembangunan menerusi Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan minggu lalu, masih kabur dan tidak jelas pelaksanaanya.

Belanjawan 2012 sahkan BN laksana GST selepas PRU

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 berjumlah RM232 bilion pada ketika pendapatan negara tidak dapat menampung keupayaan berhutang kerajaan, mengesahkan niat Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,  Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dr Idris Ahmad dilantik Pengerusi J/kuasa Bertindak Pembangunan Kg Baru

SHAH ALAM: Wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Idris Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung baru (JKBPKB).
Menurut kenyataan media yang dikeluar Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan mesyuarat pertamanya, semalam.

DAP-PAS: Setuju untuk berbeza pendapat

KUALA LUMPUR, 13 OKT – DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai pelaksanaan undang-undang hudud, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sementara keputusan itu dicapai, semua parti komponen Pakatan Rakyat akan terus memberi komitmen penuh kepada pembangunan dan kepentingan rakyat.
Katanya, pendirian itu akan memastikan Pakatan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, seperti mana yang terkandung di dalam Dasar Bersama Pakatan dan Buku Jingga.

Pakatan guna lebihan bajet untuk diberi rakyat, BN hutang berbilion ringgit

GEORGETOWN, 13 OKT – Yang membezakan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional ialah Pakatan tidak meminjam duit untuk diberikan kepada rakyat, sebaliknya menggunakan lebihan Bajet untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, sikap Kerajaan Persekutuan yang boros berbelanja dan meminjam semata-mata untuk meraih undi merupakan punca rakyat telah menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang banyak berhutang.

Dakwaan ambil tanah Indonesia: Kerajaan perlu bersihkan nama

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan kononnya Malaysia telah mengambil tanah 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.  Dakwaan ini telah mengakibatkan kemarahan kepada rakyat Indonesia dan akibatnya mereka mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Justeru itu, DPPM meminta kerajaan segera membersihkan namanya melalui kenyataan rasmi berhubung isu ini.  Dakwaan ini amat serius dan ia berkaitan dengan kedaulatan negara Malaysia dan Indonesia walaupun ia tidak berasas.  DPPM tidak mahu negara Malaysia dikaitkan dengan skandal di peringkat antarabangsa.  Dalam hal ini, kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada kerajaan Indonesia agar jangan disalahtafsir atau menimbulkan persepsi buruk terhadap negara jiran.  DPPM juga meminta pihak tempatan yang menyebarkan dakyah tersebut bertanggungjawab terhadap isu ini.

Lima soalan untuk KDN

Suhaizan Kaiat |
Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011.  Suatu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia.  Dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup mereka terpaksa bersaing dengan warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini.  Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini.  Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.

Pemandu teksi pun nak dikenakan BN...

Daing Yahya
Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh".

Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.

Di manakah kedudukan universiti kita?

Ngeow Chow Bing
Baru-baru ini dua senarai utama kedudukan universiti dunia, iaitu QS World University Rankings dan Times Higher Education (THE) diumumkan.  Isu kedudukan universiti negara kita dalam senarai dunia menjadi hangat semula.

Dalam senarai QS, Universiti Malaya kita melonjak, memasuki senarai 200 universiti terbaik.  Naib Canselor UM kini lebih kerap tampil di depan media, menyasarkan matlamat 100 universiti terbaik di dunia.  Namun, THE yang diumumkan selepas itu memperlihatkan tiada sebuah universiti tempatan yang tersenarai.  Naib Canselor UM memberi penjelasan bahawa cara penilaian THE tidak adil, maka universiti kita tidak terlibat.

Bajet 2012: Mekanisme pelaksanaan perlu diperkemaskan

1. Ada dua perkara yang menarik perhatian saya dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri minggu lalu.

2. Pertamanya pemansuhan semua yuran sekolah rendah dan menengah. Dan keduanya pemberian bantuan RM 500 kepada keluarga berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah.  Kedua-dua perkara ini sangat dekat dengan hati rakyat berpendapatan rendah namun ia memerlukan pemantauan dan mekanisme pelaksana yang cekap.

"Wee Ka Siong, jangan fitnah AMK!"

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon amat kesal atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong tentang blog ciplak Suara Keadilan Malaysia.  Kami meminta Wee Ka Siong agar tarik balik tuduhan yang tidak berasas sekali dan memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

Guan Eng: Pakatan beri wang daripada lebihan bajet

Tidak seperti kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memberikan dana bantuan kepada golongan miskin melalui lebihan bajet, bajet pilihan raya BN untuk 2012 bergantung kepada defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

Kebebasan Ekonomi Prasyarat Perubahan

Sekali lagi tahun ini kita disajikan dengan Laporan Tahunan Kebebasan Ekonomi Dunia yang diterbitkan oleh Fraser Institute, Kanada.  Seperti tahun-tahun yang lalu, Laporan Tahunan ini mengandungi satu indeks penting yang mengukur dan membandingkan tahap kebebasan ekonomi 141 negara seluruh dunia.

Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) mula terlibat dengan penerbitan Laporan Tahunan Kebebasan Ekonomi Dunia pada tahun 2010, apabila ia secara rasmi menjadi ahli Economic Freedom Network, iaitu satu rangkaian global yang menggabungkan kumpulan-kumpulan pemikir dari seluruh dunia.  Rangkaian ini diuruskan oleh Fraser Institute yang berpusat di Kanada.  Biasanya hanya satu organisasi sahaja yang dijemput dari setiap negara, dan IDEAS bertuah kerana berjaya menjadi ahli rangkaian ini (1).

Undi bergantung sejauh mana janji ditunaikan

Chen Shaua Fui 
Sepanjang tempoh sebulan ini, rakyat dijanjikan "transformasi politik" dan "gula-gula" dalam Belanjawan 2012.  Daripada pemansuhan akta yang mencabuli hak asasi manusia, sehinggalah bonus kepada penjawat awam, "durian runtuh" untuk peneroka FELDA, semuanya ditafsir sebagai strategi untuk memikat hati pengundi.

Bagaimanapun, penganalisa politik berpendapat, sesungguhnya janji Najib boleh memperbaiki imej dirinya, tetapi rakyat akan mengundi berdasarkan "sejauh manakah janji-janji Najib ditunaikan".  Justeru itu, penganalisa politik meramalkan bahawa PRU 13 akan diadakan selepas Disember 2011 atau Mac 2012, selepas Barisan Nasional menunaikan janjinya untuk membayar bonus setengah bulan kepada penjawat awam.

Walau ditohmah, DAP tetap berdiri

12 OKTOBER – Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan parti populis murahan yang mahukan kuasa dengan apa cara sekali pun. Rekod perjuangan DAP menunjukkan oportunisme bukan apa yang DAP utamakan.
Kesabaran dalam kepedihan kerana dikutuk, dihina, ditangkap, dipenjarakan adalah asam garam yang membentuk DAP hari ini sejak ditubuhkan 45 tahun yang lalu.

Kebebasan Ekonomi Malaysia jatuh ke tangga 78

KUALA LUMPUR: Malaysia jatuh di tangga ke 78 dari 141 negara dalam Senarai Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia, dalam laporan tahunan 2011 yang dikeluarkan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).
“Pada tahun lalu, Malaysia berada pada tangga ke 77. Tetapi tahun ini, kita jatuh satu tangga ke angka 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia jatuh sejak beberapa tahun dan ini trend membimbangkan,” Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai berkata.
Indeks berkenaan mengukur kebebasan ekonomi dari skala 0 hingga 10, dengan 0 adalah yang terendah dan 10 yang terbaik.