PETALING JAYA 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan,
menjelang keputusan perbicaraan kes Fitnah terhadapnya pada 9 Januari
ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mesyuarat
Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini, petang tadi.
“Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau (Presiden
KEADILAN) Azizah sahaja tetapi juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang
dan supremo DAP Lim Kit Siang.
“Kami telah bincangkan segala kemungkinan.
“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak,
kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif
sebagai satu kumpulan,” kata Anwar.
Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kecemasan dan sedar
mengenai apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi pada 9 Januari.
“Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan
Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang
sebaliknya akan berlaku.
“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat,” tegas Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan keputusan kes Anwar pada
Isnin depan, selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua tahun.
KLANG- Peguam hak asasi manusia, Malik Imtiaz Sarwar yang pada
Julai lalu pernah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding pada pilihan
raya umum akan datang atas tiket Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia
atau Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) kini menarik diri
daripada dikaitkan dengan pergerakan itu lagi.MCLM dipengerusikan oleh Raja Petra Kamarudin - yang pada Ahad lalu mencetuskan kontroversi dengan mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temuramah yang dijalankan bersama beberapa akhbar tempatan.
Raja Petra turut mengumumkan bahawa MCLM tidak akan meletakkan calon menjelang pilihan raya umum akan datang.


Ini
bermakna termasuk kumpulan kecil atau sampingan yang berada di dalam
stratosfera politik. Saya juga berkata bahawa kita tidak harus lupa
Hindu Rights Action Force atau HINDRAF, dan penulis blog Raja Petra
Kamarudin (gambar kanan), yang mana kedua-dua ini merupakan pemain utama
dalam kebangkitan politik 2008.



Seramai
15 orang rombongan diketuai oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan
turut disertai oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah, YB Dato' Seri Mohd
Nizar Jamaluddin, Timbalan pengerusi 2 Lajnah, Ustazah Nuridah Salleh,
Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh-Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat,
Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki- Setiausaha Lajnah, YB Dr Mohamad
Fadzli Hassan- Exco Penerangan Negeri Kelantan, Ustaz Idris Ahmad, AJK
PAS Pusat, Ustazah Salbiah Wahab & Ustaz Solehin Mokhyi, AJk Lajnah,
Mohd Shahir-Pegawai tadbir Penerangan dan lain2.
KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar kiri) jika mahu keluar daripada Umno BN.
KUALA LUMPUR, 3 Jan:
Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu
hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden
PAS, Mohamad Sabu.



