KUALA LUMPUR: Jumlah sebanyak 27,293 warga asing yang diterima  menjadi warganegara Malaysia sejak 2008 disyaki usaha kerajaan  menjadikan mereka pengundi pada Pilihanraya Umum akan datang.
Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas,  Suhaizan Kaiat, jumlah itu merupakan angka yang cukup besar bagi negara  seperti Malaysia.
“Kami mengesyaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada  kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa  selepas pilihanraya ke-13,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, dalam keadaan rakyat negara ini menghadapi kesempitan  hidup, warga asing seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana mudah  menjadi warganegara.
Semalam, Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 27,293 permohonan taraf  kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri dari   tahun 2008 hingga Ogos 2011.
Pada hari yang sama, Pemuda Pas berjaya mengesan satu operasi  pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang selasa lalu.
Operasi itu melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya.
Menurut Suhaizan, daripada maklumat yang diperoleh, warga asing itu  dihantar ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan  mereka sebagai warganegara.
“Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri  (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali,” ujarnya.
Menurutnya, selepas pihaknya mengeluarkan maklumat itu, arahan dibuat  agar pemandu bas berkenaan membawa penumpangnya ke sebuah resort.
Justeru itu katanya, Pemuda Pas mahu pihak Kementerian Dalam Negeri  khususnya Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussein menjelaskan perkara-perkara  berikut:
-Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok ?  Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara  secara berkelompok
-Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak  di pejabat kerajaan? Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita ?
-Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? Kenapa mereka  tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai  kesetiaan mereka kepada negara ?
-Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini  berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort ? Apakah  istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa  sedemikian rupa?
-Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi  yang hendak dituju ? Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam  pemberian kad pengenalan kepada warga asing?
sumber : Keadilan Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.