16 Oct 2011

BN masih gagal bekal air, elektrik di pedalaman

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Kerajaan BN ternyata masih gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik bagi program bekalan air dan elektrik khususnya di kawasan pedalaman, walaupun telah lebih 50 tahun memerintah negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Audit Negara disaran supaya melaksanakan audit keseluruhan bagi program tersebut untuk mengukur pencapaian yang telah diperolehi oleh kerajaaan sejak dulu hingga kini.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, pihaknya menerima banyak aduan dari daripada pihak-pihak tertentu yang merungut mengenai kelemahan penyelenggaraan dari pihak kerajaan berhubung program itu.

Dewan Pemuda, CAP jalin kerjasama

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat melangkah setapak lagi kehadapan apabila menjalinkan kerjasama dua hala dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Kerjasama itu bagi tujuan merangka usaha memupuk jiwa rakyat terutamanya umat Islam di negara ini berhubung kepentingan kepenggunaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Ketuanya, Firdaus Mohd Jaafar berkata, selama ini isu berkaitan kepenggunaan dan alam sekitar dianggap 'isu sampingan' oleh sesetengah pihak sehinggakan ia tidak menjadi satu daya tarikan untuk rakyat bangunkan kesedaran bersama.

Puji Kelantan, laporan audit tidak dibentang?

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU,16 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.
"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.

Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13

Harakahdaily   
IPOH, 16 Okt: Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini.
Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak.

PAS Terengganu lancar manifesto berkebajikan

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Sebagai tanda sudah bersedia berdepan Pilihan Raya Umum ke-13, PAS Terengganu malam tadi melancarkan manifesto mereka bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan". Pelancaran itu disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti Umno ke-3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu.

Pusat hutang Kelantan RM9.4 bilion

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan menggesa Pusat segera menjelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada negeri itu. Menurut Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Beliau dilapor berkata demikian semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di Kota Bharu, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Tegak Islam bukan kerja main-main

Khairul Azlam Mohamad   
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam.
Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja ‘main-main’.
"Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya.

Kerajaan terus bermusuh dengan MTUC?

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955.
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.
“LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini,” katanya kepada Harakahdaily.

PAS terpaksa tanggung kerakusan Umno

KUALA LUMPUR, 16 Okt: PAS Kedah bersikap terbuka terhadap segala kritikan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat, namun tidak adil apabila segala beban yang ditinggalkan Kerajaan BN terdahulu terpaksa ditanggung mereka.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu.