AMERIKA SYARIKAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan  belanjawan untuk menawan hati pengundi menjelang pilihan raya,  berbanding membantu pertumbuhan ekonomi negara, lapor Wall Street  Journal.
Akhbar terkemuka Amerika Syarikat itu semalam mengkritik perdana  menteri kerana kegagalannya memenuhi jaminan untuk memperbaiki dasar  ekonomi dan undang-undang yang pincang.
“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menawarkan belanjawan  penuh dengan tawaran untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya  berikutnya, yang dijangka dalam tempoh enam bulan. Dalam proses itu,  beliau mematikan jangkaan pembaharuan ekonomi untuk menggalak  pertumbuhan, ujarnya.
Belanjawan tersebut yang disifatkan sebagai belanjawan sementara, tidak membantu daya saing Malaysia, lapor WSJ semalam.
Ia merujuk pemberian tunai bagi 1.3 juta kakitangan awam dan  pengecualian cukai sangat besar, yang antara lain diberi kepada ibu  bapa, kanak-kanak yang bersekolah dan pemandu-pemandu teksi.
Akhbar itu melaporkan bahaya sebenar belanjawan yang dibentangkan  Najib ialah keputusan berhubung subsidi makanan dan bahan bakar yang  dijangka berjumlah RM33.2 bilion.
“Ekonomi yang bergantung eksport telah melemahkan pasaran dan kos  sara hidup meningkat di rumah- Pertumbuhan KDNK jatuh di bawah lima  peratus dalam penggal tahunan untuk suku tahun terakhir- dan perlu  insentif jangka panjang untuk melabur dan membina pasaran pengguna  domestik yang kuat,” tulis WSJ.
WSJ berkata Najib telah meliberalisasi pelaburan asing dalam 17  sub-sektor, yang memaksa pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Namun katanya, reformasi yang dilakukan tidak memberi impak  sepenuhnya kerana beberapa sektor masih dipelopori bumiputera yang  membentuk majoriti populasi dengan dasar-dasar perlindungan.
“Kerajaan perlu untuk menyelesaikan reformasi lebih besar dalam  industri seperti pembuatan, di mana peraturan-peraturan masih memberi  penguasaan kepada orang Melayu,”
“Najib telah bercakap untuk melakukan perubahan radikal apabila dia  mengemukakan ‘Model Ekonomi Baru’ tahun lepas, tetapi dia mengecewakan  pengundi dengan gagal mengikutinya,” lapor WSJ.
sumber : Keadilan Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.