17 Oct 2011

Horses' Mouths - October 17




'Right-wing budget'

When they debate in Parliament they sound like very fiscal, right-wing Republican conservatives. About fiscal deficit, about debt ... (but) nothing about the people. But our Budget can reduce fiscal deficit and ensure the people’s welfare. This is the Barisan Nasional Budget.
Najib Razak, labeling Pakatan Rakyat's budget a “right-wing Republican” budget that failed to address the needs of the people

Bangkok declared safe from floods

Bangkok Post   
BANGKOK, Oct 17: Bangkok is safe, with the much-feared mass of water runoff from the North having moved past the capital, flood prevention agencies say.
PLAY TIME ... Young monks splash water at Wat BuaKaewKesa in Pathum Thani
The overall flood problem shows signs of easing, the government's flood relief centre announced yesterday. Most parts of Bangkok would definitely not be flooded, it added.

Occupy Wall Street protests continue worldwide as 175 arrested in US

Washington Post   
LONDON, Oct 17: Inspired by the Occupy Wall Street protests that began in New York, protesters here entered a second day of demonstrations Sunday as they reiterated their anger at the global financial system, corporate greed and government cutbacks.



Wikileaks founder Julian Assange speaks to demonstrators in London.

Rallies rippled across the globe on Saturday as more than 900 cities in Europe, Africa, Asia, and North America took part in the worldwide demonstration, including Washington, Toronto, Denver, and Chicago, where more than 175 people were arrested early Sunday for failing to leave a park after it closed.

In cities around the world, a fraction of the protesters who joined the rallies Saturday were hunkering down for a second night of “occupation.”

Erdogan tells to Obama's face: You're like Israel's attorney

PressTV   
ISTANBUL, Oct 17: Turkey's prime minister has questioned the Unites States all-out support for and cooperation with Israel.

On Saturday, Turkish Foreign Minister Ahmet Davutoglu unveiled part of a recent dialogue between the country's Prime Minister Recep Tayyip Erdogan (pic) and US President Barack Obama.

“You are acting as Israel's attorney,” Erdogan told Obama, Davutoglu said during an address to the prime minister's ruling Justice and Development Party (AKP),

Kelantan wants Federal to pay up RM9.4 billion debts

Harakahdaily   
Oct 17: The Kelantan state government has urged the Federal government to immediately pay up some RM9.4 billion in debts to the state.

Giving details of the amount, state exco in charge of economic planning, finance and welfare Husam Musa (pic) said the federal government owed Kelantan RM7 billion in oil royalty payment and RM2.4 billion as compensation for the usage of lands for the National Park.

IIU professor takes UMNO daily to court

Harakahdaily   
Oct 17: A senior lecturer of the International Islamic University Dr Abdul Aziz Bari is taking UMNO mouthpiece Utusan Malaysia to court following its reports portraying him as being disrespectful to the Sultan of Selangor.

Recently, Aziz (left) disagreed with Sultan Sharafuddin Idris Shah’s decision over the Selangor Islamic Affairs Department's action against Muslim guests at the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) last Ramadan.

The Sultan had said there was no sufficient evidence to initiate legal action against DUMC although he was convinced of attempts to undermine the Muslim faith.

HIMPUN rally misses the point

Islamic Renaissance Front, Kuala Lumpur*   
On 22nd October 2011, several hundred members from over a dozen NGOs will gather in Shah Alam for Himpunan Sejuta Umat (henceforth HIMPUN). The gathering is supposedly defensive: it aims to protect the aqidah (creed) of Malaysian Muslims from the supposedly growing problem of apostasy, namely to Christianity.  Additionally, it also seeks to stress the centrality of Islam in the Malaysian constitution while reiterating the importance of Muslim unity and the crucial role of the royal families as the protector of Islam and the Malay race in Malaysia.

It is curious that very little information is given to support those concerns. We are not told how many apostates there are, or which church or churches are the ones actively seeking to convert Muslims, or if Christians are the only non-Muslims who are most actively evangelizing. Much of the fervour seems to be founded on hunches and guesses.

Group reveals Felda's 'cheating trick' using fine print

Harakahdaily   
Oct 17: PKR-linked pressure group Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) has told of how settlers were duped by embattled Federal Land Development Authority’s factories over the grading of palm oil using duplicate receipts with a hidden clause.

SAMM’s Felda settlers and rural bureau spokesman Azlan Ishak published the two receipts on its website, showing the receipt kept by settlers and Felda Palm Industries Sdn Bhd respectively, the latter (right) bearing a fine print that the "seller [settler] admits that the quality of BTS (fresh crops) is below 18 percent KPG (extraction grade). The selling of BTS is based on the seller’s wishes and the seller agrees to the payment."

Still missing: Auditor General’s report

Harakahdaily   
Oct 17: An equally surprised deputy speaker of the Dewan Rakyat Ronald Kiandee said he was perplexed over the missing Auditor General’s report two weeks after prime minister Najib Razak tabled the 2012 Budget.

Earlier, Kubang Kerian MP Salahuddin Ayub pressed Ronald to provide an answer on the whereabout of the AG’s report, as its delay violated Article 20(1) of Meeting Regulation.

“I also hope to receive guarantee from parliament on the matter as this is the first time this bizarre thing has happened, where the report is not submitted and the Budget has already been presented. I hope the ministers can give an explanation,” he said.

Works ministry defies Finance, Health over Shah Alam Hospital

Harakahdaily   
Oct 17: The Works ministry has snubbed objections from the Finance and Health ministries by appointing Gadang Holdings Bhd to take over the much-delayed Shah Alam Hospital project, according to a report.

Online news portal Merdeka Review reported that Gadang Holdings on October 10 announced at Bursa Malaysia that its subsidiary Gadang Engineering (M) Sdn Bhd had been awarded the project with a 24-month contract worth RM410.87 million.

Bersih 3.0 jawapan terbaik?

Ahmad Lutfi Othman   
Memang membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, apalah pilihan yang ada kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Tumpuan kini terpaksa dikerahkan untuk menyediakan padang permainan sama rata dan peraturan gelanggang yang lebih adil, berbanding persiapan untuk "bertarung" itu sendiri.

Segala kelebihan memihak parti pemerintah yang menguasai kerajaan persekutuan, yang menguasai segala sumber, jentera dan kemudahan, dan dengan itu boleh merencana serta melaksanakan apa juga taktik kotor untuk memintas Pakatan Rakyat.

Ketika kempen penerangan pihak oposisi bertembung pelbagai kesukaran, misalnya pemberian permit, kemudahan lokasi, sabotaj ketika berceramah, dan dinafikan liputan media, pada masa yang sama Umno-BN bukan sahaja terus selesa menguasai saluran televisyen, radio dan akhbar harian, malah mereka turut mengambil alih posisi "pengadil permainan".

Hutang negara berjumlah RM437.2 bilion

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Himpun digesa fahami ancaman sebenar akidah

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: PAS Selangor menyeru penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun), menjauhkan diri dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.

Menteri Dalam Negeri takut hadapi kenyataan

Suhaizan Kayat   
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara.
Saya berpendapat tiada keperluan Menteri Dalam Negeri untuk membentangkan tuduhan manipulasi kad pengenalan dalam jawatankuasa tersebut.

Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus

M Faqih   
KOTA BHARU, 17 Okt: Pada 27 November 1975 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti 5 peratus.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sepatutnya Perdana Menteri yang ada sekarang menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri.
“Kalau bapa sendiri tidak dihormati apa pula orang lain. Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi.
”Ketika Kelantan menyertai Tanah Melayu pada 1957 ada hak-hak yang diberi kepada Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (PAS-Demit) pada persidangan Dun hari ini.
Manakala Tan Sri Ghasitah Ghadam ketika menjawab soalan Senator Datuk Hassan Harun di persidangan Dewan Negara juga pernah memberitahu royalti menjadi hak Kelantan sekiranya minyak dan gas ditemui di mana-mana  kawasan pelantar benua negeri berkenaan.

TM sudah kenakan cukai 6% sejak Mac

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Para pengguna telefon, khususnya pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TMB) yang mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negara ini, mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

Meskipun terdapat kenyataan daripada pihak TM yang mengatakan pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti, kenyataan tersebut ternyata meleset.
Seorang pelanggan TMB, Rizal Ibrahim, 37, dari Damansara Damai, Selangor, menjelaskan, kenyataan itu boleh dibuktikan menerusi bil yang diterima pada bulan Mac lalu khususnya bagi bil bulan Februari 2011.

SPR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos

Muhammad Yusri Amin   
KETEREH, 17 Okt: Pada akhir tahun lepas penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.
Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut.
Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua baru-baru ini, undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.

Peruntukan MRSM: Umno bohong bela Melayu

Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.
"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.
Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Tiada hak khusus untuk wanita dalam Bajet 2012

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, belanjawan 2012 membuktikan kerajaan tidak menekankan hak kaum wanita secara khusus.
Tambahnya, sistem yang diamalkan oleh kerajaan sekarang masih lemah dalam memberi sokongan kepada pekerja-pekerja wanita seperti kemudahan, perlaksanaan dan juga tanggungjawab.
"Kita melihat kerajaan masih gagal uintuk meletakkan kebajikan kepada suri-suri rumah dalam menaiktaraf kehidupan mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan mereka selain membebaskan mereka dari kesempitan ekonomi," jelasnya ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pakat-pakat mai...

Fitnah II: Pendakwa mahu panggil 4 saksi balas

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 17 Okt: Kes Fitnah II yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bersambung semula hari ini dengan pendakwa raya memohon memanggil empat saksi balas (rebuttal witness) mereka untuk memberi keterangan.
Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden berbuat demikian untuk membidas keterangan pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Serang kubu Umno dengan 25,000 risalah Imelda Rosmah

(Oleh: Darwish Zainal)
REMBAU 16 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggempur kubu-kuat Umno dengan 25 ribu risalah seluruh negara bagi mendedahkan pemborosan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah setebal 16 muka bertajuk “Penjelasan Isu Cincin, Imelda Rosmah Boros” itu akan mendedahkan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta dan pembaziran lain yang dilakukan Rosmah.
Menurutnya, serangan risalah itu akan dilakukan di lokasi yang dikenalpasti, terutama di kawasan luar bandar dan pengundi majoriti Melayu yang masih menyokong Umno-BN.

Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan  kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.
“Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?,” soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.
Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

Peguam Anwar sedia pertahan kenyataan Dr Hoogland

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 17 Okt: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pasukan peguam bela Anwar bersedia mempertahankan kenyataan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland.
Ini kerana pakar tulang berkenaan yang merawat kecederaan Anwar pada 2004, mengesahkan Ketua Pembangkang itu masih mengalami sakit belakang dan tidak mampu secara fizikal melakukan aksi seks yang difitnah terhadapnya.
“Sudah tentu (kami sedia pertahankan kenyataan Dr Hoogland),” kata Sankara melalui kiriman pesanan ringkas kepada Keadilandaily.
Sankara menyatakan perkara tersebut sewaktu ditanya sama ada pasukan peguam bela bersedia untuk berhadapan dengan saksi-saksi bidasan (rebuttal witness) yang akan dikemukakan pendakwa raya kelak.

Mustahil Ratu Elizabeth sengaja berpakaian kuning

(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 17 Okt: Adalah mustahil Ratu Elizabeth II sengaja memakai pakaian berwarna kuning ketika menerima kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya pada 14 Julai lalu.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata demikian terhadap jawapan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay, yang mengandaikan Ratu Elizabeth sebagai ‘ceria, gembira, dan bahagia’ ketika memakai baju berwarna kuning itu.
“Apakah kerajaan mentafsir tanpa membuat kajian? Atau adakah ia secara kebetulan dan tak memberi apa-apa mesej?,” Soal Sivarasa dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Kuning merupakan warna tema Bersih 2.0 yang mengadakan himpunan pada 9 Julai, namun menerima tekanan hebat daripada kerajaan apabila ratusan peserta ditangkap, manakala ribuan yang lain dibelasah dan disembur dengan gas pemedih mata.

Tubuh J/kuasa siasat kematian remaja di Glenmarie

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 7 Okt: Kematian tiga remaja yang ditembak polis seperti yang berlaku di Glenmarie, Shah Alam tahun lalu mungkin berulang sekiranya tiada  keazaman politik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Justeru, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut KDN  menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat latar punca ketiga remaja tersebut ditembak.
“Kita minta supaya ditubuhkan jawatankuasa siasatan. Mereka tidak ada rekod jenayah. Polis mengatakan bahawa mereka adalah Geng Minyak yang melakukan jenayah samun dan ditembak kerana cuba menyerang,” kata Johari.
Dalam kejadian tersebut,  Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20 dan Muhammad Hanafi Omar, 22 ditembak mati oleh polis selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2012

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 17 Okt : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.
Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya  ‘Belanjawan Republikan aliran kanan’ yang gagal memahami kehendak rakyat.
“Ini membuktikan Dato’ Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni”
“Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Dato’ Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan,” kata Anwar ketika mengadakan sidang media di parlimen hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.

Beri IC segera, KDN jangan lepas tangan

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 17 Okt: Kementerian Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap pemberian kad pengenalan segera kepada 240 warga asing di Putrajaya, minggu lalu.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyerahkan dakwaan itu kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambaibaik pilihan raya.
“KDN adalah salah satu kementerian yang terlibat secara langsung dalam pemberian kad pengenalan. Bukan PSC yang hanya boleh memberikan cadangan sahaja. Jadi dia (Hishamudin) kena jawab dulu, jangan lepas tangan,”

Pentadbiran Najib hampiri had hutang negara

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Kadar Hutang negara di bawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak  kini hampir melepasi had yang ditetapkan undang-undang, tegas Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara peruntukan tersebut, katanya adalah Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang menetapkan gabungan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Belanjawan BN tidak bela rakyat, turunkan harga barang

(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 17 Okt: Berbanding Pakatan Rakyat, kerajaan tidak serius membela nasib rakyat  dengan pembentangan Belanjawan 2012,  kata Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim.
Katanya, majoriti rakyat terutama penduduk luar bandar dan golongan miskin masih menghadapi kesukaran akibat kenaikan harga barang yang semakin melonjak naik.
Beliau membawa contoh penduduk di kawasannya di Kuala Kedah yang baru-baru ini membuat demonstrasi membantah kenaikan barangan keperluan dengan menggelarkan diri mereka sebagai POKAI (Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi).

Tiada garis panduan, syarikat tempatan tumpu pelaburan luar

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 7 Okt: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan gagal memberi satu garis panduan bagi syarikat tempatan dengan tumpuan utama lebih diberikan kepada Pelaburan Luar Negara (FDI).
Disebabkan itu, katanya, syarikat tempatan lebih berminat melabur di luar negara berbanding Pelaburan Dalam Negeri (Domestic Investment) pada 2012.
“Syarikat seperti Khazanah, Institusi kewangan CIMB, Maybank dan Sime Darby telah melabur jumlah yang sebegitu besar di luar negara.
“Kalau ini berlaku, jelas pemain tempatan sendiri tidak yakin dengan keupayaan pasaran dalam negara dan mereka lebih suka mengambil risiko membuat pelaburan luar negara untuk bersaing,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi

17 OKTOBER – Tiga cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk anak muda telah menimbulkan banyak persoalan tentang niat dan hasil di sebalik keindahan nama-nama program yang cuba dijualnya kepada golongan belia.
Dalam pembentangan Bajet 2012, satu syarikat modal teroka milik kerajaan, iaitu MyCreative Venture Capital, akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
Untuk kesekian kalinya, ia membawa maksud, kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan  menggunakan wang rakyat untuk berniaga.
Ini adalah format perniagaan sentralisasi oleh kerajaan, kuasa dan monopoli kerajaan sedang berjalan rancak.

BN terus pinggirkan Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 17 OKT – Walau pun Bajet Barisan Nasional 2012 diwarwarkan sebagai bajet rakyat berpendapatan rendah oleh para pengampu mereka, rakyat miskin kekal menderita dengan janji-janji palsu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata, projek-projek dalam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri dua tahun lalu telah gagal mencapai matlamatnya.
Beliau memberi contoh-contoh kegagalan BN yang menyebabkan tekanan hidup semakin memburukkan keadaan rakyat berpendapatan rendah, terutama rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?

Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang "menjanjikan bulan dan bintang" yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kematian Beng Hock menjadi sia-sia?

Kemerosotan yang berterusan dan bukannya pemulihan kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini

(a) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Teoh Beng Hock tidak membantu dalam memulihkan keyakinan orang ramai terhdap kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini yang terus merosot.

Najib tidak tahu definisi adil dalam pilihanraya

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.  DPPM menganggap Mohd Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.

Barangkali Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul.  Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Malaysia bakal melewati batas hutang negara

Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai "belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat."  Ini membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.

Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.  Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.