KUALA LUMPUR, 13 Dis: Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung pada Khamis ini, 15 Disember 2011.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memutuskan perkara itu menjelaskan, sambungan perbicaraan kes itu akan bermula jam 9.30 pagi.
Menurutnya, perbicaraan Khamis ini bagi membolehkan pihak pembelaan menggulung hujah mereka, sebelum keputusan kes tersebut dibuat.
Sementara itu, peguam Sankara Nair berkata, pihak pendakwa bagi perbicaraan kes tersebut hari ini tetap gagal membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah.
"Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hari ini tetap memihak kepada kami dan kami yakin mampu mempertahankan hujah-hujah kami sebelum ini pada hari Khamis ini," katanya.