KUALA LUMPUR - Seorang wanita hamil tujuh bulan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan wang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) curi milik kawan baiknya.
Majistret Zaki Asyaraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Shafarilla Ahmad Tahir, 27, yang mengaku bersalah mengeluarkan wang sebanyak empat kali semuanya berjumlah RM1,090 menggunakan kad ATM curi antara 20 hingga 28 Okt dan 1 Nov lepas.
Mengikut pertuduhan, Nor Shafarilla yang berasal dari Cheras didakwa menggunakan kad ATM milik Nurul Haireena Isnin, 27, mengeluarkan wang berkenaan di empat lokasi berasingan di Kuala Lumpur menerusi mesin ATM: