KOTA BHARU, 13 Okt: Slogan Rakyat Didahulukan  Pencapaian Diutamakan yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Razak kini dianggap semakin pudar, apabila diskriminasi politik  masih menebal.
Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan menyingkir  parti itu pada 1990 belum berpenghujung kerana deraan politik masih lagi  subur dalam diari politik Umno.
Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras yang membekalkan beras skim al It’aam untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.
Skim berkenaan mulai diperkenalkan kerajaan negeri bermula Febuari  lalu, di mana seramai 8,100 penduduk miskin yang disenaraikan di bawah  senarai e-Tegar mendapat bantuan beras percuma 10 kg sebulan.
Bantuan beras percuma pada peringkat awal diperkenalkan Dun Wakaf  Bharu tahun lepas, di mana seramai 225 penduduk miskin mendapat  sumbangan Adun kawasan itu, Che Abdullah Mat Nawi.
Malangnya selepas 10 bulan skim itu berjalan lancar, Che Abdullah  yang juga anggota Exco kerajaan mendedahkan pemilik kilang dan pembekal  beras percuma pula diugut.
”Saya difahamkan pembekal beras kepada skim al It’aam diberi amaran  agar tidak ikut serta menjayakan program berkenaan,” katanya di sini.
Menurut sumber pengilang dan pembekal beras yang terbabit skim al  It’aam diugut akan ditarik lesen sekiranya terus memberi kerjasama  kepada kerajaan negeri.
(ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.