Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta  kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan kononnya Malaysia telah mengambil  tanah 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.  Dakwaan ini telah  mengakibatkan kemarahan kepada rakyat Indonesia dan akibatnya mereka  mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Justeru itu, DPPM meminta kerajaan segera membersihkan namanya melalui kenyataan rasmi berhubung isu ini. Dakwaan ini amat serius dan ia berkaitan dengan kedaulatan negara Malaysia dan Indonesia walaupun ia tidak berasas. DPPM tidak mahu negara Malaysia dikaitkan dengan skandal di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada kerajaan Indonesia agar jangan disalahtafsir atau menimbulkan persepsi buruk terhadap negara jiran. DPPM juga meminta pihak tempatan yang menyebarkan dakyah tersebut bertanggungjawab terhadap isu ini.
Umum mengetahui hubungan baik yang terjalin  antara Malaysia dan Indonesia sejak sekian lama.  Kedua-dua negara  ibarat saudara yang berasal dari suatu rumpun Melayu di nusantara ini.   Ramai warga Indonesia menetap dan bekerja di negara ini, malah ramai  yang telah mendapat status warganegara Malaysia.  Kita berkongsi  sempadan perairan dengan negara jiran.  Permusuhan atas dasar apa  sekalipun perlu dielakkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak  diingini.Justeru itu, DPPM meminta kerajaan segera membersihkan namanya melalui kenyataan rasmi berhubung isu ini. Dakwaan ini amat serius dan ia berkaitan dengan kedaulatan negara Malaysia dan Indonesia walaupun ia tidak berasas. DPPM tidak mahu negara Malaysia dikaitkan dengan skandal di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada kerajaan Indonesia agar jangan disalahtafsir atau menimbulkan persepsi buruk terhadap negara jiran. DPPM juga meminta pihak tempatan yang menyebarkan dakyah tersebut bertanggungjawab terhadap isu ini.
Oleh yang demikian, DPPM mengharapkan isu ini mampu diselesaikan dengan baik di meja rundingan. DPPM bersetuju kerajaan menghantar nota diplomatik meminta penjelasan kepada kerajaan Indonesia terhadap insiden ini. Kerajaan Indonesia pula perlu memberi jaminan bahawa insiden ini tidak akan berlaku dan mengawal para demonstran agar tidak merosakkan peralatan serta kawasan kedutaan.

Selain  itu, DPPM meminta kerajaan melindungi para diplomat serta rakyat  Malaysia di Indonesia.  DPPM bimbang mereka akan dicederakan di masa  hadapan jika tidak ada kawalan keselamatan yang ketat terhadap mereka.   Jika keadaan ini berlarutan dan keadaan terus tidak terkawal, kerajaan  tidak perlu teragak-agak untuk membawa pulang Duta Besar Malaysia di  Indonesia bagi mengelakkan kejadian ini berulang.
*Kenyataan media oleh Riduan Mohd Nor selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
*Kenyataan media oleh Riduan Mohd Nor selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.