1 Nov 2011

Horses' Mouths - November 1



AG’s Report: BN version?
The total number of cattle brought into the farm was 8,016 between 2008 and 2010. Of that total, 5,742 were slaughtered up to November 2010. Therefore, the target of 8,000 cattle by 2010 was met. It is a success.
Noh Omar, minister of Agriculture and Agro-based Industry, defending the RM73.64 million National Feedlot Centre project which was criticised by the Auditor General

Selangor blasts minister's help for Israeli, stresses pro-Palestine policy

Harakahdaily   
Nov 1: The Selangor government has blasted Youth and Sports minister Shabery Cheek who personally intervened with the airport's immigration to allow an Israeli national into the country, for trying to lay blame on the state government.

Shabery (right) earlier told Parliament that the Selangor state governent was a sponsor of "The Challenger Muaythai", a reality Thai kickboxing show attended by the Israeli participant Ilya Grad.

For letting in Palestine, US stops $60m annual fund to UNESCO

Al Jazeera   
PARIS, Nov 1: The US government has cut off tens of millions of dollars in annual funding to the UN Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) after it voted to admit Palestine as a full member.

Victoria Nuland, the US state department spokeswoman, said payments to the Paris-based organisation would be stopped immediately. She said Washington would refrain from making a $60m payment it planned to deliver in November.

"Today's vote by the member states of UNESCO to admit Palestine as a member is regrettable, premature, and undermines our shared goal of a comprehensive, just and lasting peace in the Middle East,'' Nuland said.

CNN's interview with Iranian president Mahmoud Ahmadinejad

CNN   
November 1, 2011
CNN's Fareed Zakaria was in Tehran last month to interview President Mahmoud Ahmadinejad on a range of issues, from its relations with the United States, to the Arab spring and its nuclear programme. The following is the full transcript of the interview aired on the news channel.


ZAKARIA:
Welcome to our viewers, and welcome President Ahmadinejad. Thank you for joining us.

Let me begin with something that's fresh in the news. President Obama has said that all American troops will be out of Iraq by the end of the year. In light of this announcement, will your government increase its efforts to train the Iraqi army, since there will be a need in Iraq for training and support. Will the Iranian government be providing greater support in that area?

BN’s weakness exposed in PPSMI row

Harakahdaily   
Nov 1: PAS said the controversy surrounding the teaching of science and mathematics in English (PPSMI) had only exposed the incompetency of the government with regards to formulating important policies affecting the country's future.

According to information chief Tuan Ibrahim Tuan Man (pic), the on-going row on PPSMI was due to BN’s inconsistent education policy, which he said would change every time a new Education minister took over.

“The people can see how every time there is change in Education Minister, new rules will be introduced to the extent that the country’s education policy will be affected.

Enter Scoot, Asia's new budget airline launched by SIA

Today Online   
SINGAPORE, Nov 1: Singapore Airlines has announced the name of its upcoming budget airline: Scoot.

The company, in a press release on its website www.flyscoot.com, said the unusual name was a statement of intent, that "the company it identifies won't be your usual airline".

Said Scoot CEO Campbell Wilson: "We chose the name 'Scoot' for many reasons, not least because it's different. Rather than the tried and tired "airlines" this, "airways" that or "air" yawn, it's short, sharp and snappy. It stands out. It's geographically independent, and can be a verb or a noun.

Outrage greets latest spending spree involving Najib's family

Harakahdaily   
Nov 1: An image showing a paper cutting of an Australian daily's report on a shopping spree involving the family of prime minister Najib Razak has been making waves among Malaysian netizens.

The report, said to be carried by The West Australian, claimed that Najib's daughter had spent A$60,000 (RM195,000) on shopping during a sight-seeing tour for delegates and families attending the just concluded Commonwealth Heads of Government Meeting hosted by the city of Perth.



NOT AGAIN ... This picture posted on a blog points red arrows on Rosmah Mansor (extreme right) to show her jewellery

Without mentioning name, the report also said that a first lady had bought West Australian pearls worth A$150,000 (RM488,000) during a stop at a department store.

"A few city retailers reaped the rewards, with one first lady known to have bought AU$150,000 worth of WA pearls, while Malaysian Prime Minister Najib Razak’s daughter is believed to have spent AU$60,000 in David Jones,” reads the report.

Bila kerajaan nak selesai 'teksi sapu' Thailand

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohamad Yusuf (gambar) kesal dengan sikap kerajaan pusat yang sehingga kini masih belum dapat menyelesaikan isu kebanjiran taksi sapu Thailand memasuki Malaysia lebih dari jarak yang dihadkan.
Keadaan itu katanya, telah menyebabkan punca pendapatan pengusaha teksi di negara ini terjejas teruk khususnya di kawasan Rantau Panjang.
"Kita dah jumpa dengan pengarah JPJ negeri, dah bangkit dalam parlimen, dah maklum kepada menteri, tapi sehingga kini belum ada apa-apa tindakan," katanya kepada Harakahdaily.
Sekurang-kurangnya 50 buah teksi dari Thailand memasuki negara ini melalui imegresen Rantau Panjang setiap hari dengan membawa pelancong ke serata negeri tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa.

SPR saksi pertama mesyuarat JK Khas esok

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memperbaharui proses pilihan raya (PSC) akan memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai saksi pertama dalam mesyuarat ketiganya esok.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam mesyuarat kedua hari ini.
"Esok kami akan panggil SPR sebagai saksi pertama untuk beri keterangan dan memohon SPR buat ketetapan kepada tuntutan Bersih.
"Seperti yang kita sedia maklum sebahagian besar masalah tak perlu kepada pindaan perlembagaan kalau SPR serius untuk melakukan reformasi pilihan raya," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Banjir: Pemuda PAS, Amal diarah bersiap sedia

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengerahkan seluruh anggota pemuda dari seluruh negara bagi membantu kerja-kerja pemindahan, keselamatan, kecemasan, bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir yang diramal akan melanda tanah air.
“Bagi menghadapi musibah ini, seluruh anggota Amal dan pemuda PAS diarahkan bersiap sedia dengan segala peralatan serta kelengkapan semaksima mungkin,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).
Mereka juga, katanya akan membantu pasukan keselamatan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan lain jika tenaga mereka diperlukan.
Menurutnya, pengalaman tahun 2006 lalu di mana anggota pemuda PAS mengharung banjir dan berselut lumpur tatkala musibah banjir besar di negeri Johor, Pahang dan Melaka akan dijadikan panduan berharga bagi menghadapi kemungkinan musibah kali ini.
Beliau memberitahu, seramai 10,000 anggota Amal dan pemuda PAS telah bersedia kali ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beri bantuan banjir tanpa pilih kasih

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: "Setiap kementerian yang terlibat dengan memberi bantuan banjir kepada setiap negeri tidak kira negeri di bawah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional perlu bersikap adil tanpa ada pilih kasih dalam aktiviti menyalur bantuan tersebut," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau bertindak mencelah sewaktu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil pada sesi penggulungan peringkat kementerian.
Tambah Mahfuz lagi setiap kali berlakunya banjir sentiasa ada masalah yang timbul terutamanya pada usaha menyampaikan bantuan yang mana pihak kementerian menyalurkan bantuan kepada wakil rakyat mereka tanpa melalui majlis daerah lebih-lebih lagi negeri di bawah Pakatan Rakyat.
"Saya tidak pasti kenapa perkara menyalurkan bantuan juga perlu melalui wakil-wakil dari kerajaan sedangkan diperingkat negeri juga telah mempunyai badan-badan yang bertanggungjawab dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir.

Pusat beku projek RAKR di Kelantan sejak 1990

M Faqih   
KOTA BHARU, 1 Nov: Anehnya laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut kerajaan Kelantan diberi RM19 juta bagi melaksanakan projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR), namun peruntukan itu tidak ada di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Malah sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam (RMK-6) sehingga sekarang Kelantan tidak diberi peruntukan bagi membina projek RAKR.
Ini dibuktikan sejak RMK-6 sehingga RMK-9 sebanyak RM91.6 juta yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek tersebut langsung tidak diterima.
Peruntukan terbabit iaitu bagi RMK-6 sebanyak RM25 juta, RMK-7 (RM24 juta), RMK-8 (RM34.6 juta) dan RMK-9 (RM8 juta).

PKR gesa Noh semak seluruh dasar kementerian

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: PKR meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar menyemak keseluruhan dasar dan sasaran kementeriannya sebelum mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperbodoh rakyat.
Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, jawapan Noh mempertahankan prestasi National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diterajui keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil menimbulkan banyak persoalan.
Ini kerana katanya, beberapa jawapan yang diberikan Noh ternyata berbeza dengan sasaran rasmi yang ditetapkan kementerian dari segi jumlah ternakan lembu, jumlah daging yang perlu dibekalkan dan sembelihan, konsep pelaksanaan projek fidlot kebangsaan, serta dana kewangan projek tersebut.
"Sasaran ini dipaparkan secara jelas untuk diteliti oleh orang ramai di laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Penjenamaan semula IWK merugikan

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berpendapat penjenamaan semula Indah Water Konsortium (IWK) adalah suatu yang merugikan serta akan menelan belanja yang besar tanpa membawa apa-apa kesan kepada operasi lain.

"Jelas penjenamaan tersebut tidak membawa kesan kepada operasi dan aliran tunainya kerana model perniagaannya tidak berubah, malah IWK telah pun bertukar tangan dan dijenamakan semula sebanyak lima kali sehinggalah diambil oleh kerajaan pada tahun 2000.

Elak kemalangan ngeri berulang

Mohd Firdaus   
SANDAKAN, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ngeri pelanggaran keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.
Ketuanya, Lahirul Latigu juga mendoakan pihak keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan kesabaran meskipun tiada jiwa yang dilaporkan terkorban.
“Pemuda PAS Sabah sangat terkejut dengan kemalangan ini dan mengharapkan semua keluarga yang terlibat dapat bersabar serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Beliau yang dalam rangka lawatan gerak kerja pilihan raya ke setiap kawasan bagaimanapun berharap kejadian itu tidak berulang di lain masa.

Selangor tidak dimaklum peninju Israel turut serta

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar kecil) menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.

37 syarikat GLC tidak bayar dividen

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 31 Okt : Sebanyak 37 daripada 47 Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak membayar dividen kepada kerajaan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat syarikat yang mencatat keuntungan besar selama 3 tahun berturut-turut namun tidak berbuat demikian.
“Malaysian Biotechnology Corporation  mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh 3 tahun berturut-turut, namun tidak membuat bayaran dividen tanpa menyatakan sebab- sebabnya,” ujarnya.
Menurut Dzulkifli, berdasarkan laporan Audit, 8 syarikat lain yang telah memperolehi keuntungan berjumlah RM1,413.15 juta pada tahun 2009 tidak membayar dividen kepada Kerajaan.

Anak gadis Najib belanja RM195,000 dari sumber sahih

KUALA LUMPUR 31 Okt: Berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.
Keratan akhbar The West Australian bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing‘ itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada Keadilan Daily.
Sumber itu memperoleh keratan berkenaan daripada seorang ahli politik Australia, yang enggan dinamakan atas sebab-sebab politik.
Bagaimanapun, laporan berita dari akhbar bercetak West Australian itu tidak disiarkan di dalam akhbar dalam talian mereka.
Ekoran itu, keratan berita itu kini turut tersebar di internet dan dimuatkan di blog dan dalam laman sosial seperti Facebook.
Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.
Semalam, Keadilan Daily menyiarkan berita anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau A$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.

PPSMI tak jamin Malaysia jadi negara maju

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 1 Nov : Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin Malaysia menjadi negara maju.
“Dasar Kerajaan Umno ini , bila ada menteri datang, ada saja dasar baru dan ini akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Ini kerana kita dari awal lagi menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju,”
“Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman (contohnya)  tidak mengajar subjek dalam Inggeris, malah  mempertahankan bahasa ibunda mereka,” kata Azmin ketika ditemui di parlimen semalam.
Mengulas tentang Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan pemansuhan dasar tersebut, beliau berkata kerajaan perlu berbincang dengan badan itu.
“Saya kira kementerian mesti bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat secara terperinci, tidak tergesa-gesa dan bukan kerana kepentingan politik tetapi kepentingan anak bangsa,” kata Azmin.

Rosmah ‘Wanita Pertama’ beli mutiara RM487,000 di Australia?

KUALA LUMPUR 1 Nov: Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak  dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.
Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang  mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.
Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Selangor tidak terlibat kemasukan Peninju Israel- Exco

SHAH ALAM 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realiti , ‘The Challenger Muay Thai’ yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.
Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan  peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.
“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

Tidak ada pilihan raya sehingga tuntutan Bersih dipenuhi- Azmin

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 1 Nov :  Pakatan Rakyat menggesa Jawatan Khas Parlimen (PSC)  mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi tujuan itu.
“Kita mahu jawatankuasa (PSC) kemuka saranan kepada kerajaan supaya tak ada pilihan raya sehingga Jawatankuasa memberikan maklum balas dan cadangan bertujuan menambah baik proses pilihan raya.

Peneroka Gugusan Chini pula saman Felda RM200 juta

PEKAN 1 Nov: Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu.
Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).
Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran KEADILAN Cabang Pekan 31 Oktober lalu di Markas Pas di Felda Chini 3, Pahang.
Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama.

Projek Pusat Fidlot oleh keluarga Shahrizat 22 kali ganda mahal

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 1 Nov: Kos Projek Fidlot Kebangsaan yang bernilai RM141 juta  adalah 22 kali ganda mahal dari kos sebenar, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Projek ternakan lembu yang dijalankan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu  diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, KEADILAN juga mendedahkan jualan daging lembu berkenaan- yang kurang dari sasaran ditetapkan- turut dijual kepada restoran mewah milik Shahrizat.
Rafizi  berkata, setakat ini RM6 Juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada pusat itu.
Menurutnya, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan bagi 9,000 ekor lembu dengan pulangan 27.59 peratus setahun.
“Ini bermakna RM141 juta dibahagi RM6.37 juta setahun, menunjukkan kos yang 22 kali ganda lebih tinggi,” kata Rafizi dalam sidang media di parlimen hari ini.
Semalam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mempertahankan projek tersebut yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Zairil buat laporan polis terhadap UMNO-Online

Berikutan kengganan pihak UMNO-Online, iaitu laman web rasmi UMNO, untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat sembilan laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan.  Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

AUKU: DAPSY alu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan, tempelak hipokrasi Pemuda MCA

DAPSY mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.  Keputusan ini adalah satu kemenangan moral kepada kebangkitan gerakan mahasiswa di Malaysia yang telah lama memperjuangkan pemansuhan AUKU.  Empat pelajar UKM yang membawa kes mereka ke mahkamah sehingga terhasilnya keputusan ini perlu dipuji di atas keberanian dan semangat perjuangan mereka yang cukup tinggi.

Pemuda KLSCAH minta kerajaan terima keputusan Mahkamah Rayuan dan mansuhkan AUKU

Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) meminta Kementerian Pengajian Tinggi menerima keputusan Mahkamah Rayuan, bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.  Pemuda KLSCAH juga meminta agar Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin, dan Timbalannya Hou Kok Chung untuk memansuhkan AUKU dengan serta-merta.

Betulkah nasi RM3 sepinggan?

Ooi Heng | Nov 01, 2011 04:21:04 pm

 
Semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada 7 Oktober 2011, Perdana Menteri - yang anak perempuannya membelanjakan kira-kira RM180 ribu untuk barangan jenama di David Jones, sebuah gedung terkemuka di Australia - memberitahu Majlis Dewan Rakyat yang sedang bersidang bahawa, untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur asas desa secara lebih komprehensif, peruntukan RM5 bilion akan disediakan pada tahun 2012 untuk projek-projek bekalan air, elektrik dan jalan raya khususnya di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

Berlandaskan konsep-konsep seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA), Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dan seumpamanya, Perdana Menteri yang isterinya ghairah dengan cincin berlian, cuba melakarkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang prihatin terhadap pembangunan desa, Sabah dan Sarawak melalui pengumuman Belanjawan Negara 2012 yang disifatkan sebagai "Belanjawan Pilihan Raya" meskipun para pemimpin BN menafikannya.