Dec 15: Malaysia has been listed at the top five among some 157 developing countries losing billions of dollars to illicit financial outflow. In a study by Washington-based Global Financial Integrity (GFI), Malaysia is listed among the top 20 countries out of the 157, with a total loss of US$903 billion in illicit financial outflows in 2009. According to the list (see table below), Malaysia lost some US$350 billion in a period of ten years up to 2009, with US$46.8 billion in 2009 alone. |
15 Dec 2011
Malaysia top 5 developing countries with illegal money flight
Pemuda nasihat Hasan Ali jangan tinggal PAS
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali agar tetap bersama PAS untuk memperjuangkan agama Islam tanpa perlu meninggalkan parti itu. Katanya, usaha Hasan yang mahu memperjuangkan Islam adalah sesuatu yang baik dan dituntut, namun biarlah perjuangan itu dilakukan bersama jemaah PAS. "Semalam Utusan tanya saya tentang agenda Dr Hasan nak perjuang Islam. Saya kata usaha itu sesuatu yang baik dan dituntut tapi pada masa sama beliau jangan larikan diri atau tinggalkan jemaah PAS," katanya kepada Harakahdaily |
Henti tuduh Guan Eng anti Melayu, Islam
KEPALA BATAS, 15 Dis: PAS Pulau Pinang mendesak pimpinan Umno BN di semua peringkat menghentikan semua tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononya anti Islam atau anti Melayu.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang mengarahkan Utusan membayar RM200 ribu ekoran laporan mereka berhubung tuduhan itu hanyalah fitnah.
Katanya, bila mahkamah telah putuskan bahawa Lim di pihak yang benar dan Utusan bersalah, maka sebagai parti yang sentiasa tidak puas hati terhadap langkah drastik Kerajaan Pakatan Rakyat, harus memohon maaf secara terbuka.

SBPA hanya aniaya kakitangan awam
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.
Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

PRU 13 sudah boleh diadakan
DR. ABU Hassan Hasbullah, tuan punya badan kaji selidik Zentrum tidak pernah kata sebelumnya pengundi muda cenderung kepada BN. Kini katanya, pengundi muda sudah cenderung kepada BN.
Dr. Mahathir tidak pernah menggalakkan Perdana Menteri Najib mengadakan PRU 13 segera. Tunggu dulu. Kini katanya, sudah tiba waktu terbaik bagi BN mengadakan pilihan raya.
Ertinya PRU 13 sudah boleh diadakan dan inilah masa terbaiknya untuk menang semula.
Ia mengingatkan saya perkembangan semasa saya berada di London pertengahan 1970. Ramalan semua akhbar ialah masa itu waktu terbaik bagi Perdana Menteri Edward Heath dari Parti Konservatif mengadakan pilihan raya.
Sebulan kemudian saya singgah lagi di London dalam perjalanan pulang dari Amerika. England sedang sibuk kempen. Bila balik ke Malaysia, berita yang saya baca menyebut, parti Perdana Menteri Edward Heath kalah.

Isu Hasan Ali: Nik Aziz minta rujuk PAS Selangor
KOTA BHARU, 15 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut.
Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.
Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata.
“Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya,” ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
Pru13 ini apa maknanya
PRU13 INI APA MAKNYANYA
Satu ketika dahulu keluarga kami duduk jauh di pendalaman. Di wilayah ini tidak ada akhbar harian. Untuk berita dan hiburan kami ada radio yang menggunakan bateri kering. Sebuku bateri kering boleh menghidupkan radio kami untuk sebulan. Bila akhir bulan radio kami mula bersuara rendah atau hilang bunyinya kerana kekurangan bateri.
Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak menjemur bateri ini. Hasilnya- untuk dua tiga hari kami sekeluarga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi.
Untuk saya kongres Parti Keadilan yang berlangsung di Pulai minggu lalu sama seperti kakak saya menjemur bateri kering. Hasilnya, sesiapa yang datang ke
kongres akan mendapat tenaga baru.
Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR menunjukkan ia bersedia untuk menghadapi PRU 13. Setiausaha Agung PKR menerangkan persedian kali ini lebih mantap dari 2008. Berita ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.

Bomoh-bomoh Pilihan Raya
DI Malaysia ini, kita tidak tahu bila pilihan raya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Mohamad dahulu, kita berpilihan raya apabila Mahathir mendapat ilham. Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang æenunggu ilham?yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.
Di zaman Abdullah Ahmad Badawi, keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik berpendapat bahawa tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin ?menantu Abdullah. Ini tidak betul. Yang sahih ialah tarikh pilihan raya hanya diumum satelah Perdana Menteri, Abdullah terbangun dari mimpinya.
Bomoh Rosmah dari Mumbai
Di zaman Najib Razak ini, bila pilihan raya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus, tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihan raya kecuali Rosmah Mansor. Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah.

Pusingan akhir Fitnah II: Peguam bidas hujah pendakwa raya
KUALA LUMPUR 15 Dis: Kes perbicaraan Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki pusingan terakhir apabila peguam hari ini mengemukakan hujah balas terhadap penggulungan akhir pihak pendakwaan, sebelum keputusan diumumkan.
Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.
Pakar berkenaan ialah Dr Thomas Hoogland yang memeriksa kecederaan tulang belakang Anwar pada 2005, dan mengesahkan ketidakupayaan Anwar melakukan aksi fitnah berkenaan.

Mahasiswa berhimpun di KL Sabtu ini, tuntut kebebasan akademik
KUALA LUMPUR 15 Dis: Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) akan mengadakan himpunan aman di Dataran Merdeka bermula 2 jam petang Sabtu ini, kata Sekretariat media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin.
Himpunan itu katanya, bagi mendesak kerajaan persekutuan mewujudkan kebebasan akademik di Malaysia.
“Pada himpunan itu, satu deklarasi mengenai kebebasan akademik di Malaysia akan dilancarkan dan sebelum ia diserah kepada kerajaan persekutuan dan parti pembangkang untuk dibahas di Parlimen.
“Kami juga berharap deklarasi itu diluluskan bagi memastikan adanya panduan mengenai kebebasan akademik di negara ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Beliau memberi contoh, di England misalnya, ada pertubuhan bernama ‘Academic Freedom’ yang memperjuang kebebasan akademik di negara itu.

Fitnah II: Pendakwa abai keterangan Dr Osman- Karpal Singh
KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh mempersoalkan tindakan pendakwa raya yang mengabaikan keterangan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam perbicaraan Fitnah II.
Menurut Karpal, keterangan Dr Osman ‘memusnahkan’ kes pendakwa raya kerana beliau adalah doktor pertama yang memeriksa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengesahkan pemuda itu tidak diliwat.
Beliau turut mempertikaikan sebab Saiful terus ke hospital untuk diperiksa walau pun pada masa itu dia masih belum membuat laporan polis.
“Kejadian didakwa berlaku pada 26 Jun, laporan polis pada 28 Jun…kenapa Saiful tidak terus ke balai polis untuk buat laporan?” tanya Karpal dalam hujah balas terhadap penggulungan akhir pendakwa raya hari ini.

Skandal NFC: Wanita KEADILAN sebar maklumat ke kampung, Felda
PETALING JAYA 15 Dis : Ekoran sikap Perdana Menteri yang masih membisu terhadap penyelewengan dana RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC), Wanita KEADILAN berazam untuk terus menyedarkan rakyat tentang isu itu.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, sayap parti itu mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen yang dinamakan ‘Kempen Pendedahan Skandal Penyelewengan Projek Lembu kerajaan Malaysia’.
“Kita (akan jalankan kempen) serentak oleh pimpinan Wanita KEADILAN seluruh negara 17 Disember ini yang akan memfokuskan kawasan kampung dan Felda sebagai sasaran.
“Sebanyak 10 ribu risalah di 14 kawasan seluruh negara, akan diedarkan,” katanya pada sidang media di Pejabat KEADILAN hari ini.
Menurut Zuraida KEADILAN akan mengerahkan jentera wanita beserta sayap Angkatan Muda KEADILAN di setiap kawasan bagi memastikan maklumat ini sampai kepada rakyat.

Fitnah II: Anwar mesti dibebaskan – Karpal Singh
KUALA LUMPUR: Ketua pasukan peguambela Anwar, Karpal Singh berkata, tidak ada sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merengkok di penjara, sebaliknya beliau mesti dibebaskan dalam kes Fitnah II yang dihadapinya.
Karpal berkata demikian selepas selesai penggulungan akhir perbicaraan oleh peguam dan pendakwa raya pagi tadi.
Menurut Karpal, keyakinan beliau berdasarkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid yang mengesahkan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah diliwat.
“Kami yakin Anwar akan dibebaskan, terutamanya apabila mengambil kira keterangan Dr Osman,” kata Karpal Singh.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menyifatkan Umno BN membuat kesilapan yang besar jika mereka bercadang untuk menamatkan karier politik Anwar dengan mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah ini.

Ambil iktibar saman Guan Eng terhadap Utusan
PULAU PINANG 15 Dis: Media arus perdana disaran mengambil iktibar kemenangan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia, kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam satu kenyataan.
Ini kerana katanya, antara keputusan penting dalam kes itu ialah Utusan jelas melanggar etika kewartawanan dalam laporannya.
“Kami kesal dan kecewa melihat media massa arus perdana yang dikuasai sekutu Umno sering diperalat untuk memecah-belahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
“Kami berharap Utusan dan media arus perdana lain mengambil iktibar daripada keputusan Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan bertanggungjawab penting kepada sistem demokratik di Malaysia,” kenyataan itu dipetik.
Keputusan itu juga katanya, membuktikan Pakatan Rakyat, Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang tidak rasis dan jauh sekali anti Melayu sebagai mana didakwa akhbar Umno itu.

Aliran wang haram RM150 bilion 2009
KUALA LUMPUR 15 Dis: Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).
Pada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, dalam laporan terkini – dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 – GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.
Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama – China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).
Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Skandal NFC: Najib tak berani ambil tindakan terhadap pemimpin Umno
PETALING JAYA 15 Dis : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan bertindak terhadap pegawai bawahan yang terlibat rasuah, tetapi membiarkan penyelwengan dana RM250 juta yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil
Ia juga katanya, termasuk kegagalan kerajaan mengambil tindakan berhubung kekayaan yang dikumpulkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara haram sepertimana yang didakwa NGO antarabangsa baru-baru ini.
“Oleh itu kita perlu sedarkan rakyat kerana sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak-anak kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Skandal NFC: MARAH dilancar, tolak penyelewengan Umno
PETALING JAYA 15 Dis: NGO Jingga 13 melancarkan kempen Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah dan Pecah Amanah (MARAH) untuk membantah keras penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan dalam negara.
Pengerusinya, Fariz Musa berkata, MARAH merupakan satu gerakan rakyat yang menolak kerakusan pimpinan politik pemerintah yang menggunakan kedudukan status dan jawatan untuk kepentingan peribadi serta ahli keluarga mereka.
Sebelum ini Jingga 13 membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Namun sehingga kini pihak berkuasa tersebut masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung laporan itu yang menyelewengkan RM250 juta wang rakyat.
Kempen yang dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pandan, Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Saya akan terus berjuang walau dari dalam penjara- Anwar
KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikirar akan terus memperjuangkan keadilan meskipun beliau mungkin dipenjarakan atas dakwaan Fitnah II.
Bercakap kepada wartawan selepas hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan.
“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau di kompleks mahkamah Jalan Duta di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Menangani masalah kemiskinan bandar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi nasional
Azrul Azwar
Seperti kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia telah mengalami proses urbanisasi pesat, salah satu faktor yang banyak membantu melayakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan pertengahan atas (upper middle-income) pada hari ini. Ini adalah kerana di kawasan bandarlah selalunya aliran pengetahuan, ilham, bakat, pelaburan dan sebagainya berada pada tahap paling optimum bagi sesebuah negara, suatu pra-syarat penting bagi mencetus innovasi, kreativiti dan semangat keusahawanan sekaligus membantu memacu pertumbuhan ekonomi.
Dianggarkan lebih kurang 72.2% rakyat Malaysia menetap di kawasan bandar pada 2010 dan nisbah ini dijangka mencecah 76% menjelang tahun 2015 berdasarkan satu unjuran yang dibuat oleh United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menurut unjuran PBB juga, penduduk bandar dijangka tumbuh pada kadar 2.4% secara purata di antara 2010 dan 2015, jauh lebih pesat berbanding 1.5% yang diunjurkan bagi pertumbuhan purata populasi Malaysia.

Sebenarnya, pembentukkan "urban agglomerations" atau kelompok-kelompok bandar adalah penting dan selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi maju, berpendapatan tinggi kerana salingkait yang tinggi di antara kepesatan proses urbanisasi dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi, produktiviti, kemewahan dan kemajuan secara keseluruhan.
PAS ganti UMNO?
Mujahid Yusof Rawa
Muqadimah
Program PAS Ganti UMNO (PGU) telahpun dilancarkan awal tahun ini. Ia merupakan satu slogan bagi meyakini orang ramai bahawa ketiadaan UMNO sebagai parti dominon bukanlah bererti orang Melayu hilang arah kerana PAS akan tampil untuk mengambil alih kepimpinan dan politik orang Melayu. Ini bersandarkan kepada realiti bahawa PAS adalah merupakan parti komponen PR yang terbesar berpandukan kepada keahlian, jentera dan pengalaman. Saya boleh bersetuju PGU dalam konteks pengambilalihan kepimpinan politik Melayu tapi awas! Kalau ganti itu membawa makna PAS akan ganti "perangai" UMNO di tampuk pemerintahan, saya akan menolak slogan PGU. Itulah yang diluahkan oleh Timbalan Presiden PAS dalam ucapannya yang disiarkan dalam MerdekaReview pada 5 Disember 2011, ditulis oleh Lim Hong Siang.

Subscribe to:
Posts (Atom)