KUALA LUMPUR— Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel “Interlok” sebagai teks sastera.Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.






Impak gerakan massa yang bermula ekoran penganiayaan secara melampau terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri oleh seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat diri, keluarga dan UMNO-putra semasa krisis kewangan melanda Asia masih terasa hari ini khususnya apabila perhimpunan BERSIH 2.0 mengambil bentuk gerakan massa sebagai kesinambungan semangat rakyat berhimpun demi sesuatu agenda yang membawa kemajuan kepada masyarakat dan bumi Malaysia.

TEMERLOH, 17 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Sebuah jawatankuasa bersama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu ditubuhkan sebelum dilaksanakan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah.
TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.