Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam. “Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong. |
15 Oct 2011
Agong ke-14: Tahniah Sultan Abdul Halim
Sambutan 60 Tahun PAS Wilayah 16 Okt
Harakahdaily |
![]() KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Konvensyen Sempena 60 Tahun PAS esok, 16 Oktober di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak. Pengarah program, Salbiah Abd Wahab berkata, seminar yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu diisi dengan pembentangan kertas kerja sebagai persiapan dan pengukuhan organisasi menghadapi pilihan raya. “Kita serius untuk memacu kemenangan menuju ke Putrajaya. |
Akta Murtad, mujurnya kalau Umno sokong!
Mohd. Nasir Awang |
Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad. Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan. Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain. |
Selangor Super 9 2011 batal
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 15 Okt: AJK Selangor Super 9 dengan dukacitanya ingin mengumumkan bahawa pertandingan bola sepak Selangor Super 9 2011 yang dijadual pada 19 dan 20 November depan di Kompleks Sukan Kelab SUK Selangor, Shah Alam terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. “Pihak kami ingin mengesyorkan semua pihak yang berkenan bahawa pertandingan ini akan tetap diadakan pada tahun depan dan amat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan Selangor Super 9 2012,” kata pengerusinya, Alex Hay dalam satu kenyataan. Katanya, segala kerumitan akibat daripada pembatalan itu amat dikesali dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubunginya di talian di 013-2555793. |
Keluarga Sarbaini tetap mahu Suruhanjaya Diraja
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 15 Okt: Keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed sekali lagi menggesa agar Suruhanjaya Diraja diadakan untuk menyiasat kematian bekas pegawai Kastam Diraja Malaysia itu di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) April lalu. Naib Presiden PKR, N Surendran berkata keluarga Allahyarham Sarbaini sehingga kini tidak boleh menerima keputusan koroner, lapor The Malaysian Insider. Surendran berkata keluarga Sarbaini tidak dapat menerima keputusan memandangkan koroner didakwa telah mengetepikan keterangan pakar bahawa rakaman CCTV yang diambil ketika kunjungan ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan telah dipadamkan dengan sengaja. |
Kad kredit: Tidak pelik anak muda berstatus muflis
Harakahdaily |
![]() Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan lain di dalam mengharungi hidup terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. “Namun adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik dalam hendak memastikan diri dan keluarga ‘berdaya saing’ demi untuk meneruskan kehidupan,” soalnya kepada Harakahdaily. Sebelum ini, katanya media pernah melaporkan bahawa 449 muflis kerana kad kredit. |
Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah
Harakahdaily |
![]() Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. |
"Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"
jiannge
Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.
1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)". Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga." (Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

Serangan ke Jantung UMNO

Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta

Subscribe to:
Posts (Atom)