KOTA BHARU, 13 Okt:  Dewan Himpunan Penyokong PAS  (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi  menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan  Islam.
Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program  penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud  sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
“Program penerangan itu akan bermula November ini. Tenaga  penceramahnya beberapa orang peguam bukan Islam yang akan bercakap  berkaitan perundangan Islam.
“Kami merasa terpanggil mengambil tanggungjawab ini bagi memberi  penerangan lebih jelas kepada bukan Islam terutamanya mereka yang sudah  berusia,” katanya kepada media di sini hari ini.
Menurutnya media bukan medan sesuai memberikan penjelasan berkaitan  hudud memandangkan ruangan agak terbatas, lagi pun media arus perdana  lebih gemar menyiar aspek negetif.
Jeffri yang juga seorang usahawan berkata, masyarakat bukan Islam di  Kelantan sudah diberi penerangan sejak 21 tahun lalu mengenai  perundangan Islam, sebelum enakmen hudud diluluskan.
Kata beliau, rata-rata masyarakat bukan Islam terutamanya golongan  muda faham kerana penerangan mengenai hudud diadakan sepanjang masa.
”Bagi mereka yang tinggal di luar Kelantan mungkin ada sedikit  masalah memandangkan tidak banyak penerangan mengenai hudud dibuat. Lagi  pun kekeliruan sengaja ditimbulkan media massa,” ujarnya.
sumber : Harakah Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.