8 Oct 2011

Malaysia PM offers handouts in pre-election budget

By Agence France-Presse

Malaysian premier Najib Razak offered cash handouts to the poor and civil servants on Friday as he unveiled a pre-election budget aimed at voters increasingly worried about making ends meet.

ADUN Rawang gesa PM selesaikan 5 isu utama

ADUN Rawang, Gan Pei Nei menyeru Perdana Menteri Najib Razak untuk menyelesaikan lima isu utama yang melibatkan Kerajaan Persekutuan di kawasan Rawang.

Saya mewakili penduduk Rawang mengalu-alukan lawatan kerja Perdana Menteri Najib ke Pekan Rawang esok (8 Oktober), tetapi ingin menarik perhatian Perdana Menteri supaya meyelesaikan isu sistem jalan dan pengangkutan, keselamatan, kabel kuasa tinggi TNB, penambahan Sekolah Rendah Tamil serta kompleks sukan seperti yang tersenarai di bawah:

60 tahun dan masih bertenaga

Muqaddimah

Umur 60 tahun jika diukur dari umur persaraan seorang kakitangan awam menandakan seseorang itu berundur dari perjawatannya dan memasuki umur rehat atau pencen.  Namun bagi PAS sebagai sebuah parti politik yang kuat ideologi politik Islamnya, umur 60 tahun hanyalah permulaan kepada era kecermelangan dan pengukuhan kedudukannya dalam persada politik tanahair.  PAS tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengundur diri bahkan staminanya untuk berjalan 100 tahun lagi bukan sesuatu yang mustahil.

Bajet Najib gagal

SHAH ALAM: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.
“Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

"Now you see, now you don't"

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 8 Okt: "Walaupun bajet kali ini tidak dinyatakan secara khusus peruntukan untuk program Permata, tapi saya pasti tidak mustahil peruntukan tersebut diselit pada mana-mana program kerajaan," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.
Mahfuz juga menjelaskan tindakan Najib untuk tidak menyenaraikan peruntukan tersebut mungkin telah menyedari bahawa terdapat bantahan dari rakyat.

Bajet "one-off"

KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 semalam kerana pemberiannya banyak bersifat one-off.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan akan dapat menampung pemberian one-off tersebut kerana tidak ada jaminan subsidi barang keperluan asas tidak akan dikurangkan tahun hadapan.
Belanjawan ini, katanya sekaligus tidak dapat membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi.

Terimakasih Mat Sabu... kalau tidak, tak merasa ler..

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.
Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.
“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.

Samseng bermotor menyerang..

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit.

Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Tahun ke 14 belanjawan defisit

SHAH ALAM, 8 Okt: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang ditemui pada satu program di Shah Alam menjelaskan bajet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam merupakan satu bajet yang tidak berhemah.

Beliau berkata tindakan tersebut jelas kerana melihat kepada pengurusan kewangan yang dilaporkan itu lebih terjurus kepada amalan defisit yang tinggi.

Ketidakseimbangan di dalam Bajet 2012

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (aat-ayat Kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Korporat dibela, rakyat dibebani

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Belanjawan 2012 yang dibantang perdana menteri semalam dilihat lebih mementingkan pihak korporat berbanding rakyat kebanyakan.

Mempersoal fokus belanjawan itu Datuk Mahfuz Omar berkata, korporat-korporat gergasi di Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) mendapat pelepasan cukai, namun rakyat bawahan dan miskin yang guna telefon prabayar tidak dapat pelepasan cukai jualan.