17 Jan 2012

Kartun Rosmah, NFC karya Zunar dipamer di Kota London

KUALA LUMPUR 17 Jan: Kartunis politik kontroversi tanahair, Zunar sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dijemput membuat pameran solo selama sebulan di kota London, Febuari ini.
Bertemakan To Fight Through Cartoon, sebanyak 80 karya kartun menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi manusia akan dipamerkan.
Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) adalah pameran solo Zunar pertama sepanjang 30 tahun berkarya. Pada akhir tahun lepas, Zunar juga mengadakan dua pameran bersama artis-artis yang lain di Bilbao, Sepanyol.

A Samad Said dilantik Pengerusi Bersama Bersih

KUALA LUMPUR 17 Jan: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dilantik sebagai Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), sekaligus dilihat sebagai usaha memberi tekanan yang lebih kuat kepada kerajaan bagi melaksanakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerus Bersih, Datuk S Ambiga di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.

Kad kredit NFC: Polis digesa siasat keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR 17 Jan: NGO Jingga 13 membuat laporan polis menggesa siasatan dijalankan terhadap keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ia ekoran penyelewengan dana National Feedlot Corporation untuk membiayai kad kredit milik mereka berjumlah hampir RM600,000 sebagaimana didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.
Sehubungan itu, Ketua Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa turut mendesak keluarga Shahrizat mendedahkan kepada umum penyata kad kredit milik keluarganya.
“Jika enggan, kita akan terus mendedahkan penyelewengan NFC dari semasa ke semasa kerana dana NFC adalah wang rakyat,” kata beliau.

Tuntut Suruhanjaya Diraja siasat NFC- Kit Siang

KUALA LUMPUR 17 Jan: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kes Skandal National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan Keluarga Menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Katanya lagi, skandal berkenaan jelas menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian meluluskan pinjaman projek sebanyak RM250 juta itu.
“(Justeru), serahkan kepada Suruhanjaya Diraja untuk menjawab soalan: Siapa selain Muhyiddin yang harus bertanggungjawab dalam “kemelut” NFC di mana objektif projek penternakan lembu tersebut adalah untuk meningkatkan keluaran bekalan daging negara,” kata beliau.

Bersih 3.0 jika tidak laksana tuntutan- Ambiga

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.
Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.

Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO

Seusai pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.  Beberapa hari kebelakangan ini, Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Ketua Cabang Lembah Pantai dakwa Raja Nong Chik guna dana DBKL untuk kepentingan diri


Saya ingin menyentuh laporan media Sinar Harian bertajuk "Nong Chik dakwa Nurul Izzah tak buat kerja" bertarikh 15 Januari 2012.

Dalam laporan tersebut, Raja Nong Chik ()gambar kiri), Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, telah mengatakan kononnya ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tidak melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen.

Calls for RCI mount as fingers point at Muhyiddin in the NFC debacle


Calls for RCI mount as fingers point at Muhyiddin in the NFC debacleDespite documented evidence of abuse, the Auditor General's report and the freeze on assets, officials at the National Feedlot Corporation (NFC), seem to be stuck in a time warp, going about their daily shenanigans as if nothing is wrong and denying vehemently all allegations of misappropriation.
But instead of gaining credibility, the growing confusion over key transactions and conflicting accounts about what really happened have sparked calls for a Royal Commission of Inquiry.
According to DAP's veteran politician and party stalwart, Lim Kit Siang, among those on the list of suspected culprits who have to be grilled on their role in the debacle was none other than Muhyiddin Yassin, the Agriculture Minister at the time when the NFC was formed and financed.

Former Minister: BN ‘bombed’ voters with cash


Former Minister: BN ‘bombed’ voters with cashFormer Cabinet Minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir says that cash was given to voters in previous elections and added the strategy was known as “bomb”.
Kadir, who is from Umno also added that he had himself seen how cash handouts that ranged from RM200 to RM1,000 was used in Barisan Nasional’s election campaigns to bribe voters in return for their support at the polls.
The former Minister of Culture, Arts and Tourism, said that the word used for the strategy was known as “bomb”.
Speaking at a forum, he said "I have been the head of delegation of many campaigns and I have been given lump sums of money to distribute," said the former Information Minister at the Malaysia Strategic Outlook Conference 2012 here. "It was a blatant use of money to buy votes."
But he was quick to add that he personally didn’t use the money.

1,000 peneroka Kesedar berhimpun tuntut keadilan

GUA MUSANG- Selepas lebih 30 tahun berdepan dengan pelbagai tekanan sehingga kebajikan terabai, akhirnya peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyerah memorandum menuntut hak mereka.
1,000 peneroka Kesedar berhimpun tuntut keadilan Memorandum yang mengandungi 15 tuntutan peneroka daripada sembilan rancangan kemajuan (RKT) tanah Kesedar diserah Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah (Waris) Kesedar Kelantan, Hamdan Jusoh pagi tadi.
Memorandum setebal tiga muka surat itu diterima Pengurus Besar Kesedar, Arshad Ismail selepas majlis dialog dengan wakil-wakil peneroka.

Dr Rani tiada masalah dengan pihak Istana, peluang dilantik exco cerah


Dr Rani tiada masalah dengan pihak Istana, peluang dilantik exco cerahKUALA LUMPUR— PAS Selangor menegaskan Dr Abd Rani Osman tidak mempunyai sebarang masalah dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga boleh menjejaskan peluang dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata selama ini hubungan parti Islam itu dengan pihak Istana baik malah Abd Rani selaku pesuruhjaya negeri juga sentiasa menjaga baik hubungan itu.
“Kita menghormati pihak Istana dan hubungan kita baik...tiada masalah langsung, selain itu kita tidak pernah ada sebarang masalah dengan Istana dan tiada isu antara pimpinan PAS Selangir dengan pihak Istana.

Bersih 2.0 lancar JOM 100, sasar 100% keluar mengundi


KUALA LUMPUR- Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) hari ini melancarkan kempen terbaru mereka yang diberi nama JOM 100.
Bersih 2.0 lancar JOM 100, sasar 100% keluar mengundiPengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang media hari ini berkata, kempen JOM 100 bertujuan mengajak seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Pada PRU ke-12 tahun 2008, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Di antara hambar dan tidur


Komentar Roketkini
Di antara hambar dan tidurPara pemerhati dan pengkritik Pakatan Rakyat, khususnya dari media kawalan UMNO-Barisan Nasional, sekali lagi memuntahkan hujah-hujah lapuk dalam usaha memperlekehkan usaha memartabkan rakyat. Acuan kritikan mereka datangnya dari budaya politik UMNO-BN masa kini.
Mereka yang sudah biasa menyalahgunakan wang rakyat untuk menyewa bas dan membayar “peserta” mengukur prestasi kehadiran perwakilan di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar, Kedah hujung minggu lalu, dengan timbang kati mereka sendiri.
Mereka tidak dapat membezakan jumlah perwakilan konvensyen dengan ceramah perdana. Bagi mereka, kedua-duanya sama sahaja. Yang mereka faham, jumlah menunjukkan kekuatan.

Letupan semasa pembebasan Anwar disebabkan Najib laksanakan Pelan A jika tidak keputusan mahkamah


Semasa rakyat sedang bergembira kerana pembebasan Anwar Ibrahim, satu baying hitam dengan cepat telah timbul dan jelas menunjukkan kelicikan kerajaan Malaysia yang dipimpin Najib Razak dan parti UMNO nya.
Letupan semasa pembebasan Anwar disebabkan Najib laksanakan Pelan A jika tidak keputusan mahkamah Pemimpin PKR merujuk kepada 3 letupan yang dengan cepat telah dikatakan pihak polis sebagai bom buatan tangan yang diletupkan dikawasan kompleks mahkamah sejurus selepas keputusan “tidak bersalah” diumumkan.
“Letupan tersebut memang serius, ia boleh membunuh dan telahpun sebenarnya ditujukan kepada beberapa penyokong. Kita lihat ini sebagai sebahagian daripada pelan A Najib yang mahu menciptakan rusuhandan menakutu-nakutkan rakyat untuk menerima Anwar disabitkan bersalah. Sudah pasti saya tidak akan berdiri di sini sekarang sekiranya Anwar didapati bersalah. Saya semestinya akan ditahan dibawah ISA,” ujar naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.