Secara umum,universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi untuk
menimba ilmu. Universiti wujud sejak berkurun masa yang lampau,
Universiti Al-Azhar (970 SM) dikenalpasti antara universiti terawal yang
diwujudkan. Kemudiannya diikuti oleh penubuhan universiti-universiti
yang ternama seperti Bologna, Oxford dan Cambridge. Universiti Malaya
merupakan universiti tertua yang wujud di Malaysia diikuti dengan
kewujudan pelbagai IPTA mahupun IPTS yang berkembang pesat dari semasa
ke semasa. Namun dalam keghairahan kewujudan universiti tersebut sudah
tiba masanya untuk kita melihat kembali apakah fungsi, peranan dan
tanggungjawab sebenar kewujudan sesebuah universiti.
KUALA LUMPUR- Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara
ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad
Sabu.Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.
"Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.
"Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau.


Laporan
Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan lagi pemborosan perbelanjaan oleh
jabatan-jabatan kerajaan serta kelemahan tadbir urus yang menjadi punca
kepada masalah defisit dan hutang yang termaktub dalam pentadbiran
Kerajaan UMNO-BN. Penemuan kajian yang disampaikan dalam laporan ini
mengenai peningkatan hutang awam yang membimbangkan turut menggambarkan
kepentingan isu tersebut. Perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan
ke atas pengurusan hutang oleh Kerajaan UMNO-BN yang meragukan.
Dalam
ucapan lebih daripada sejam itu, Anwar Ibrahim (gambar kiri) lebih
menekankan isu kebangkitan mahasiswa, mengimbas pengalaman dirinya
ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan dalam kerajaan, mengkritik
sistem negara yang semakin bobrok di depan mata. Beliau hanya menyentuh
tentang 9 Januari ketika menyimpul ucapannya, bagaimanapun menegaskan
bahawa adalah lebih penting untuk rakyat menumbangkan kerajaan Barisan
Nasional dalam PRU akan datang.



