24 Sept 2011

PAS: Jangan terperangkap dengan isu yang sengaja diwujudkan

Tuan Ibrahim Tuan Man | Sep 23, 2011 11:47:07 am

Muktahir ini, media UMNO sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.  Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang.

Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Edisi Siasat ntv7: Dokumentari tentang kemiskinan Sabah dipancung!

Lim Hong Siang | Sep 23, 2011 01:03:28 pm

Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Kewarganegaraan segera ancam keselamatan negara



(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Kewarganegaraan segera yang diberi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada  warga asing mengancam keselamatan rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mustaffa Kamil Ayub.

BN Sabah digesa henti penjualan pulau serta-merta

(Oleh: Masdar Wahid)
SABAH: KEADILAN mendesak kerajaan Barisan Nasional di Sabah menghentikan penjualan pulau-pulaunya serta-merta, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), parti itu, Dr Roland Chia Ming Shen.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menegaskan, penjualan itu mengundang ancaman keselamatan di negara ini.

PRU 13: Melaka akan buat kejutan – Anwar

(Fazallah Pit)
MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.
Anwar menyatakan keyakinan bahawa Melaka mampu ditawan Pakatan pada PRU depan

Bayar FBC Media RM57 juta bazir dana awam

KUALA LUMPUR: Pakar perunding perhubungan awam mendakwa tindakan perdana menteri menggunakan FBC Media untuk menggilap imej Malaysia di luar negara, sebagai satu penipuan yang jelas dan pembaziran dana awam.
Simon Anholt, yang mempelopori asas penjenamaan negara sebagai satu kaedah mengukur, membina dan mengurus reputasi sebuah negara, berkata, meskipun perhubungan awam amat diperlukan dalam sektor swasta, ia amat dicurigai apabila sesebuah negara juga boleh menaikkan imejnya menggunakan cara sama.

Bersih gesa lapan tuntutan sebelum PRU 13

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menggesa kerajaan menunaikan lapan tuntutan dalam usaha melakukan reformasi pilihan raya, sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan, pilihan raya tidak harus diadakan sebelum Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk.

Pentadbiran berkebajikan Pakatan untungkan rakyat

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Dasar Pakatan Rakyat memperkenalkan pentadbiran berkebajikan menguntungkan negara dan rakyat, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Menurutnya, pentadbiran bersih yang diamalkan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor mencatat re prestasi kewangan yang baik apabila berjaya menambah simpanan tunai sebanyak RM1.1 bilion.
“Pakatan Selangor baru perintah tiga tahun, namun berjaya menambah simpanan tunai sebanyak RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau percaya kejayaan itu diperoleh hasil titik peluh, kesabaran dan komitmen bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Selangor.

Izzah desak SKMM tarik balik larangan video Undilah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menarik balik larangan video ‘Undilah’ yang disiarkan stesen televisyen tempatan.
Menurutnya, beliau amat terkejut membaca berita bahawa SKMM mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) itu.

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, pecah rekod 28 tahun

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta dalam tempoh enam bulan ini, menjadikan jumlah terkumpul RM1,100 juta dan merupakan rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, sejak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Manakala sejak Januari hingga 30 Jun tahun ini sahaja, pelaburan di Selangor bernilai RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Kempen plastik dari pemimpin plastik – Oleh Adil Mat Selamat

23 SEPTEMBER – Kita telah melihat bagaimana kehangatan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 sudah mula membara. Semua pasti-parti politik sedang sibuk berunding, menyusun strategi dan mengumpul modal sebagai kekuatan untuk mengharungi suatu gambaran yang disebut oleh Lim Kit Siang sebagai “kempen politik terkotor dalam kempen-kempen kotor yang pernah berlaku”.
Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib Razak bukan sahaja terdesak, malah akan membelanjakan wang rakyat dalam kempen Barisan Nasional, termasuk segala sumber khazanah negara juga akan dimanipulasi secukup-cukupnya. Ibarat batang tebu yang sudah pecah diramas namun masih dipulas lumat untuk memerah hasilnya lagi.

Hudud: Mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah?

23 September 2011
Komentar Roketkini
23 SEPTEMBER – Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.

Hudud: Antara prinsip, keadilan dan helah politik

23 September 2011

KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Perjuangan penting untuk umat Islam di Malaysia ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang seperti hudud dilaksanakan.
Pakar Al-Quran dan Hadis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata suasana kondusif bermaksud tertegaknya keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat.
“Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.