14 Oct 2011

Memperlekehkan anak muda

“Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara… Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya.” – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011.
“‘Gembleng. Optimum. Perlengkapkan. Setiap golongan. Gilap. Pupuk. Mesti.’ Ayat-ayat ni aku saspek ada bau-bau komunis ja…” kata seorang penganggur kepada penulis, ketika mendengar ucapan Najib yang disiarkan secara langsung melalui kaca TV di sebuah restoran di ibu kota.
Sementara seorang rakan yang satu lagi pula memberi respon, apa yang dikatakan Najib hanyalah sebagai “janji pilihan raya, ayat-ayat politik.” Tepat dan padu analisa mereka.

Bajet BN 2012: Dana untuk Bumiputera atau pemimpin UMNO?

14 OKTOBER – Sebagai sebuah kerajaan yang mana parti tonggaknya berideologikan satu kaum, persoalan sering timbul tentang bagaimana ia mahu mengendalikan dana rakyat pelbagai kaum yang tersimpan di kantong negara untuk dipunggah dan diagihkan secara adil kepada semua.
Dalam Bajet BN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini yang berhasrat ‘memacu pembangunan masyarakat Bumiputera’, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diberi mandat untuk melaksanakan agenda dan menyalurkan bantuan dana kepada rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputera.
Najib telah mengumumkan sebuah lagi skim dana iaitu Dana Mudahcara Bumiputera, enak sungguh nama ini bila didengar, dengan bantuan berjumlah RM300 juta.
Dalam pada itu juga, KKLW akan membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk dibangun atau dimajukan. Sudah pasti kos untuk ‘membimbing’ syarikat-syarikat kecil ini juga akan menelan kos.

Rakyat menang…setakat ini

PETALING JAYA, 14 OKT – Kontroversi pengambilan tanah untuk pembinaan sistem pengakutan MRT menunjukkan bahawa rakyat berada di pihak yang benar apabila membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional menyalahgunakan Kanun Tanah Negara.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua yang mengalu-alukan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Azhar Abdul Hamid semalam yang berjanji bahawa segala warisan Jalan Sultan tidak akan dirosakkan, menyifatkan bantahan penduduk tempatan sebelum ini memang kena pada tempatnya dan telah mencapai kejayaan.

Belanjawan PR adalah reformasi pentadbiran

KUALA LUMPUR, 14 OKT – Belanjawan Pakatan Rakyat bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ bukan gula-gula politik kerana ia lebih realistik dan berdaya dilaksanakan tanpa kerajaan perlu berhutang berbilion ringgit.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara Belanjawan Pakatan dan Bajet Barisan Nasional.
“Tidak seperti pemberian duit oleh BN yang hanya untuk jangka masa pendek, kami sebaliknya telah mengambil pendekatan cermat dan teliti bagi memastikan bantuan wang sampai secara logik,” katanya dalam satu kenyataan.

Belanjawan 2012 gagal bela 29,000 kontraktor kelas F

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata, Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal membela kepentingan dan nasib golongan kontraktor.
Katanya, Projek Penyelengaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrasturktur Asas (PIAS) bagi menaiktaraf infrastruktur asas di luar bandar hanya memperuntukkan RM500 Juta kepada 29,000 kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
“Sekiranya perkara ini dibuat kiraan secara terperinci, maka setiap kontraktor hanya memperoleh nilai projek sebanyak RM 17 241.38 selama setahun,” ujar Ahli Dewan Undangan Kota Anggerik itu dalam satu kenyataan media.

Guna khidmat FBC Media sokong Israel, Najib digesa minta maaf

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak perlu meminta maaf secara terbuka terhadap rakyat di negara ini berhubung kos sebanyak RM84 juta yang dibayar kepada syarikat perunding luar, FBC Media.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, permohonan maaf itu juga perlu dilakukan terhadap umat Islam di Malaysia, kerana penglibatan FBC yang menyokong tindakan tentera zionis dan menghina Nabi Muhammad.

Ketua Wanita MCA diminta tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR:  Biro Penerangan KEADILAN meminta Ketua Wanita MCA Pulau Pinang menarik balik kenyataannya berhubung tuduhan terhadap media rasmi KEADILAN, atau berdepan tindakan undang-undang.
Malaysiakini semalam melaporkan Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita dalam keadaan bogel dan mengghairahkan.
Beliau mendakwa laman web tersebut turut melabelkan dirinya sebagai ‘pelacur Chulia Street’.
Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Zin berkata, tuduhan Tan Cheng Liang itu tidak berasas dan menegaskan organ media KEADILAN tidak mempunyai kaitan langsung dengan laman web yang dimaksudkan.

Najib perlu henti guna duit rakyat untuk naik imej

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa agar berhenti menggunakan duit rakyat semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di peringkat antarabangsa.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Najib juga perlu memohon maaf kerana menghabiskan RM84 juta wang pembayar cukai untuk membayar perunding antarabangsa, FBC Media.

“Najib perlu minta maaf pada rakyat kerana ini merupakan satu pembaziran. Rakyat miskin perlukan bantuan tetapi kerajaan sewenang-wenangnya menggunakannya (untuk menaikkan imej),”
“Belum pernah didengari PM mana-mana negara menggunakan peruntukan sebegitu besar semata-mata untuk menaikkan imej mereka sendiri,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Sejak menjadi perdana menteri, Najib telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar syarikat perunding asing, termasuk syarikat pro Israel, Apco Worldwide RM77 juta setahun bagi menaikkan imej kerajaan.
Malah, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menggunakan media antarabangsa bagi mempromosi dirinya, dengan merampas gelaran Wanita Pertama Malaysia daripada Permaisuri Agong.
Bagi tujuan itu, kerajaan membazirkan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan khas yang memaparkan Rosmah dalam akhbar Amerika Syarikat, New York Times.
Imej Najib sebelum ini dilihat terjejas teruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Tekanan politik yang dikenakan terhadap pembangkang, termasuk konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyebabkan popularitinya jatuh menjunam.
Pada 9 Julai lalu, kerajaan  Umno-BN turut menerima kecaman media luar apabila menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Justeru, tindakan perdana menteri, membayar jutaan ringgit kepada perunding asing bagi mempromosikan kerajaan pimpinannya, dilihat sebagai usaha  terdesak.

Bagi IC segera, Polis jangan hanya nafi

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian.

AMK jelajah Malaysia pertahan Anwar, bongkar Scorpene

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) akan menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Dalam siri jelajah yang dinamakan ‘Jelajah Untuk Muafakat & Penyebaran Maklumat’ atau ‘Jumpa Rakyat’ itu, AMK akan membongkar pelbagai isu semasa termasuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan skandal Scorpene.

Stop distorting terror laws in the West to justify ISA sequel

N Surendran   
I refer to Prime Minister Najib Tun Razak's statement in the Dewan Rakyat (Oct 3) that the two new laws intended to replace the ISA will "provide a balance between civil liberties and safeguarding public order." This is a hollow and misleading statement designed to persuade the people of this country that detention without trial is necessary, and that their fundamental freedoms will be protected.

It is important to remember that under the new ISA replacement laws, preventive detention will be allowed for both terrorism and public order threats. The PM in his September 15 speech cited the United States and United Kingdom as examples of countries allowing preventive detention. This was frankly dishonest of the Prime Minister.

Laws are as good as those who implement them

Dr Chris Anthony   
The debate on the planned implementation of Hudud laws in Kelantan appears to be dividing the Pakatan Pakyat (PR) coalition and threatening the continued existence of the coalition itself. Although the leaders of PR deny the rift the issue had caused there is undoubtedly some unease of the issue being brought up again by PAS and the provocation of those in BN.

It is good that PR top leadership had given top priority to discuss and find an amicable solution to the Hudud crisis before they go to the polls. The positive outcome of their top level meeting recently  is a sign of increasing political maturity of the coalition from the time it came into existence 3 years ago. The outcome of the meeting shows that controversial and sensitive issues can be discussed in a mature and civil manner without disrupting their unity in many issues at hand.

Horses' Mouths

Horses' Mouths - October 14


300% increase

The number of newly registered voters for 2010 is 820,156 whereas for 2009, the number of newly registered voters was 276,621 and all this was processed in the same year.
Nazri Aziz, minister in the PM’s Department

Hizbullah congratulates Hamas over prisoner release deal

Agencies   
BEIRUT, Oct 14: Lebanese resistance group and political party Hizbullah congratulated Hamas on Thursday on signing the prisoner swap deal which aim to exchange captive IDF soldier Gilad Shalit for 1,027 Palestinian prisoners. Hizbullah leader Hasan Nasrallah

The group said in a statement that the agreement is "a massive victory over the Zionist entity, which proves that the path of resistance is effective."

"Hizbullah is happy and proud of the great victory, which was achieved through Palestinian resistance," the statement read.

Stop PLKN and absorb it into school, govt told

Harakahdaily   
Oct 14: The government has been urged to scrap the National Service Training Programme (PLKN) and channel the programme's funds to schools instead.

At the 2012 budget debate in parliament yesterday, Pokok Sena member of parliament Mahfuz Omar said the PKLN had failed to generate any positive results but only burnt a hole in the national treasury.

A 1000-litre 'teapot' for Hajj season

Arab News   
MAKKAH, Oct 14: An engineer working for the Tawafa Establishment for South Asian Pilgrims has developed an electric heater that can boil up to 1,000 liters of water to make tea and other hot drinks.

While commending the efforts of Abdul Aziz Mahboub, electrical engineer at the Tawafa’s field office No. 23, chairman of the Tawafa establishment Adnan Katib called on other field offices to benefit from the equipment, which fulfills hygienic and security specifications.

Malaysiakini rubbishes speculation of 'UMNO links', vows independence

Harakahdaily   
Oct 14: Reports that popular news portal Malaysiakini would be sold to UMNO-linked interests have prompted a passionate denial from its co-founder Steven Gan (right), who said its contents-sharing deal with UMNO-controlled Malay Mail had been misinterpreted by a rival portal.

Writing on the portal today, Steven said the reports came as a "rude shock", adding that the portal was only one of several media organisations approached by the free newspaper before the latter's re-launch as a paid morning paper.

It's the budget, sir!

Dr Dzulkefly Ahmad   
October 14, 2011
If an “outcome-based budgeting” was the methodology used in the preparation of Prime Minister Najib Razak’s Budget 2012 as alleged, it doesn’t take a genius to surmise what the actual “outcome” the premier actually intended for.

Coming close to the looming 13th general election (GE), his obsession of securing electoral support far surpassed the dire need of genuine economic reforms.

What "reliable" Agency Link-Up System again?

Harakahdaily   
Oct 14: Closely following up with the Election Commission on every revelation of electoral fraud, PAS Youth has turned its guns on the reliability of Agency Link-Up System (ALIS) linked to the National Registration Department, which EC had claimed could put to rest worries about 'phantom voters'.

This followed the EC's latest admission that some 40,000 voters’ names were not found in NRD's database.

US team to convince skeptical Turkey about 'Iran plot'

Today's Zaman   
ANKARA, Oct 14: A US team will travel to Turkey soon to brief Turkish authorities on what the US says a clumsy plot to assassinate the Saudi ambassador to the United States on American soil.

The US has decided to send interagency teams after some countries have asked for additional information on the plot, denied vehemently by Iran, the Associated Press reported, citing a State Department official. In addition to Turkey, the US teams will also visit Russia and China, two countries that have reacted with caution to the US statements on the Iran plot.

Showdown averted in Wall Street as protests spread

Financial Times   
NEW YORK, Oct 14: A potential showdown between police and protesters who are occupying Wall Street was averted on Friday morning after the owners of the park where protesters have been camped out for the last month postponed a move to clear them out.

Brookfield Properties, which owns Zuccotti Park in downtown Manhattan, had told the demonstrators to leave the park by 7am Friday so the area could be cleaned. Brookfield had asked the New York Police Department to clear the park and the administration of Michael Bloomberg, New York mayor, had said protesters must leave temporarily.

Malaysia patut contohi Brunei

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.

Umno tolak hudud, "luar biasa"

Harakahdaily   
KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PENGERUSI JARINGAN NGO ISLAM PERAK ( JAMAIE )
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan paling penting mengenai polemik kefahaman dan perlaksanaan hukum hudud yang sudah berminggu-minggu dibincang di dada-dada akhbar. Khusus mengenai pandangan Professor Atory Hussin &   Prof. Madya Dr.S. Pandian di Akhbar Sinar Harian muka 2 edisi 12/10/11.
Perbincangan tentang hudud diakhbar-akhbar perdana adalah disekitar tuduhan bahawa isu hudud adalah mainan politik PAS dan PAS akan terus gagal melaksanakan hudud kerana DAP menentang.Dibincangkan juga betapa isu hudud ini adalah duri dalam daging yang akan menggugat hubungan dalaman Pakatan Rakyat.Digambarkan bahawa pelaksanaan hudud tidak akan pernah seeuai kerana majmuknya negara ini.
Berikut kenyataan kami.

Pamer 40,000 nama, SPR didesak telus

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mempamerkan 40,000 nama yang telah ada di dalam daftar pemilih tetapi belum dapat dikenalpasti identiti sebenar, mengesahkan senarai pemilih tidak bersih.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan berkata, biarpun mengalu-alukan tindakan SPR itu, namun pihak mereka terkilan dengan dolak-dalih suruhanjaya itu selama ini seolah-olah tidak percaya dengan pendedahan mereka berhubung perkara itu.

Serah kepada polis

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

Sambutan 60 tahun PAS di Pahang 26 Oktober

Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 14 Oktober: PAS akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Pahang 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini dengan tema “Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya”.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh.

Hudud: Bukan Islam usah bimbang

Khairul Azlam Mohamad   
MARANG, 14 Okt: Masyarakat bukan Islam sebenarnya tidak perlu gusar dan bimbang dengan isu hudud yang kini menjadi polemik Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang PAS dan Pakatan Rakyat.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr B.Chandran berkata, orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu mempersoalkan isu hudud kerana ia hanya melibatkan orang Islam.
Katanya, jika ia masih timbul, mereka sebenarnya sengaja menimbulkan perkara yang tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

40 ribu nama diragui, apa jadi dengan ALIS

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pendedahan wujud 40,000 pemilih 'diragui' yang mahu dipamer oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada umum menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS).

ALIS iaitu satu sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ianya digunakan bagi mengenalpasti individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warga negara.

Utusan diarah bayar Khalid Samad RM60,000

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin (kanan), yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.

Sindiket IC: Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah

KUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

Jangan lupa ‘road show’ Umno perkecil Raja-Raja

SUNGEI PETANI, 14 Okt: Tidak mustahil Umno Barisan Nasional (BN) mencari jalan muslihat dan penipuan bagi memastikan kuasa yang ada tidak hilang.
Ini termasuklah penipuan dalam undi pos, sepertimana yang dibangkitkan acap kali.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata demikian, ketika menyampaikan ceramah beliau di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungei Petani, malam tadi.