22 Dec 2011

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

 
KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Hasan diminta berhenti 'bercakap'

 
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali diingatkan agar berhenti bercakap bagi menamatkan kritikan-kritikannya yang tidak berasas terhadap parti dan dasar perjuangan parti.

Ingatan tersebut amat perlu diberikan perhatian oleh beliau bagi mengelakkan pemimpin-peminpin PAS lain turut bercakap mengenainya untuk menjawab kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sekiranya Hasan berhenti bercakap, beliau juga antara pemimpin PAS yang akan turut berhenti bercakap mengenainya kerana tidak lagi perlu menjawab kenyataan-kenyataan tidak berasas daripadanya.

Selamat tinggal Aziz Bari, hilangnya permata UIA

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.
Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.
Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA.

Jangan guna media musuh – Nik Aziz

 
KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.
“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.

PAS sambut baik penangguhan SBPA

 
KUALA LUMPUR, 22 Dis: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.

Keputusan tersebut disifatkan sebagai kejayaan awal yang dinikmati oleh kakitangan sektor awam, hasil kerjasama PAS serta Pakatan Rakyat dan Cuepacs yang menentang keras perlaksanaan skim itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tanpa kerjasama politik, khususnya tentangan PAS, skim tersebut mustahil ditangguhkan perlaksanaannya meskipun jelas menzalimi kakitangan awam khususnya yang berada di dalam Kumpulan Sokongan.

Politik Islam ada feqahnya

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:
Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْيُرِدْاللَّهُبِهِخَيْرًايُفَقِّهْهُفِيالدِّينِ
Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Bertindak sendiri gugur dari PAS

  
KUALA LUMPUR, 22 Dis: “Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, tegasnya sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Beliau menegaskan lagi, seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil kerana itulah sifatnya perjuangan Islam.
Jelasnya, PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
Beliau berkata, PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.

Apabila Melayu menerima DAP…

22 DISEMBER – Hakikat bahawa orang-orang Melayu telah mula memahami perjuangan DAP tidak dapat disangkal lagi. Maksudnya Melayu tidak lagi takut atau benci dengan DAP walau pun jentera propaganda UMNO membuat tohmahan kononnya DAP mahu memusnahkan bangsa Melayu, mahu menghancurkan Islam dan pelbagai fitnah lain.
Tidak dinafikan ada segelintir orang Melayu yang menjadi ahli DAP kerana mahu kedudukan dalam parti, mahu menjadi calon pilihan raya atau kerana kecewa kepada parti lawan (mungkin parti asalnya).
Namun ini bukan hanya berlaku kepada orang Melayu sahaja, ia meliputi semua kaum. Masalah ini juga bukan tertumpu kepada DAP sahaja, ia turut berlaku pada parti-parti lain.

Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN

22 DISEMBER – Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.
Tetapi,  kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat  itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.
Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli ‘katak’ untuk  mereka kembali berkuasa di negeri Perak.
Tetapi rakyat Perak tidak mudah lupa. Kini mereka sudah bersiap sedia  menghadapi pilihan raya umum ke-13 untuk memberi satu tamparan kepada BN yang bongkak dan rakus dalam menjatuhkan kerajaan pilihan mereka.

Konsep bersyukur

22 DISEMBER – Taktik kerajaan UMNO-Barisan Nasional menggunakan perkauman dan fitnah untuk menutupi skandal, ketidaktelusan dan penyalahgunaan kuasa semakin diketahui umum.
Namun ada cara halus UMNO-BN yang turut digunakan untuk menghalakan kazalimannya, iaitu konsep ‘bersyukur’.
Rata-rata kalau kita pergi ke mana-mana yang terpacaknya papan tanda kawasan UMNO-BN, ianya akan tertulis, “UMNO (BN) telah banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan negara.” Begitu kuatnya propaganda mereka supaya masyarakat tidak kira bangsa akan tunduk dan terikat dengan konsep ‘bersyukur’ tersebut.
Hujahnya ialah: Kerana BN-lah kita mencapai kemerdekaan, kerana BN-lah orang Cina boleh menjalankan perniagaan secara aman tanpa gangguan, kerana BN-lah sekolah-sekolah dibina, kerana BN-lah negara ini maju.

Dasar Pakatan baik, BN pun terpaksa tiru

BERUAS, 20 DIS – Keberkesanan pentadbiran dan dasar pro-rakyat yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat telah banyak memberikan faedah yang besar kepada rakyat tanpa mengira warna kulit dan faham politik.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kecekapan dan ketelusan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini telah menyebabkan Barisan Nasional cemas.
Katanya, rasa cemas itu menyebabkan BN terpaksa mengikut jejak langkah Pakatan dengan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat dengan lebih banyak melalui program pembangunan mahu pun skim-skim bantuan lain.

Menghargai jasa ratu skuasy Nicol

GEORGE TOWN, 21 DIS – Ratu skuasy dunia Datuk Nicol David menerima sumbangan RM50,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk membangunkan sukan skuasy di negara ini
Dalam satu majlis di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP telah menyampaikan cek sumbangan itu kepada Nicol.
“Kerajaan negeri amat komited kepada usaha untuk menjayakan kecemerlangan sukan di Pulau Pinang. PBAPP telah menyokong usaha dengan dengan memberi sumbangan kepada Majlis Sukan Negeri dengan peruntukan RM500,000 setiap tahun.

MCA yang semakin tak relevan terus memfitnah DAP

GEORGE TOWN, 22 DIS – Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA Tan Cheng Liang yang sebelum ini menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menindas kaum Cina di negeri itu kerana membantu orang Melayu, kini membawa satu lagi fitnah baru.
Kali ini, Tan yang juga Pengerusi Wanita MCA Pulau Pinang, cuba melaga-lagakan DAP dengan Pakatan Rakyat melalui dakwaannya bahawa DAP kemaruk jawatan Menteri Besar Selangor tetapi takut untuk berbuat demikian.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow membidas putar-belit Tan dengan menjelaskan bahawa tuduhan kononnya DAP mahu jawatan Menteri Besar Selangor sama pelik dengan logik MCA mahu jawatan Menteri Besar Johor.
“Saya meminta semua pihak, khususnya media kawalan MCA, supaya menghentikan spekulasi kononnya DAP yang mahu menambah kepelbagaian kaum dalam mendapatkan kerusi pilihan raya umum akan datang, dikaitkan dengan usaha mendapatkan jawatan dan kedudukan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat Januari, fokus PRU13

KUALA LUMPUR 22 Dis— Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.
Konvensyen itu yang diadual diadakan di Kedah pada 14 Januari,  akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum dan melancarkan hubungan gerak kerja KEADILAN, Pas dan Dap.
Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat.
“Kami merancang untuk memfokus pendekatan terperinci dalam mencapai visi dan tawaran kami bagi rakyat Malaysia.
“Pelannya ialah memperhalusi pelbagai rancangan kami bagi Malaysia, jika diberi peluang untuk menerajui peringkat pusat,” kata Naib Presiden KEADILAN,  Nurul Izzah Anwar kepada The Malaysian Insider.
Katanya, Pakatan Rakyat akan memastikan manifesto atau rancangan masa depan disusun ke arah menarik pengundi-pengundi muda.

Anak istimewa aktivis reformasi meninggal dunia

KAJANG 22 Dis: Salah seorang anak kepada aktivis reformasi, Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, meninggal dunia pagi tadi.
Annisa Afendi, 10 yang mengalami kecacatan cerebral palsy (CP), menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.50 pagi di Hospital kajang.
Jenazah Annisa disolatkan di  Masjid Jamek, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, selepas solat Zohor.
Annisa dan adiknya An Nur sering dibawa kedua ibu bapanya, menyertai siri-siri demontrasi menuntut hak rakyat. Gambar diambil ketika demontrasi anti tol di Puchong sekitar 2007.

KEADILAN demo di UPSI, bantah campurtangan Umno

TANJUNG MALIM 22 Dis : KEADILAN Cabang Tanjung Malim mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantah campurtangan politik terhadap pentadbiran universiti itu, jam 2 petang ini.
Ia susulan demontrasi dilakukan Umno bahagian berkenaan yang membantah tindakan  seorang mahasiswa UPSI, Adam Adli  kerana menurunkan bendera tertera gambar presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.
Ketua Cabang KEADILAN, Mejar Kamal Badli berkata, Umno tidak berhak mencampuri urusan universiti tersebut dan perlu menghormati kebebasan akademik yang diperjuangkan mahasiswa.
“Kita (KEADILAN) membantah tindakan Umno, Isnin lepas kerana tidak perlu ada campur tangan politik. Dan (Universiti) perlu memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara,” katanya ketika kepada Keadilandaily.

Pakatan Rakyat desak SBPA dirunding semula

PETALING JAYA 22 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak merunding semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ini kerana katanya, dasar itu merugikan majoriti kakitangan awam, selain tidak melakukan rundingan terpeinci dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
“Kita desak Perdana Menteri runding semula dasar ini dan beri tempoh lebih lama kepada Cuepacs untuk membincangkannya,” kata Tian Chua selepas mesyuarat Sekretariat Pakatan Pakyat di Petaling Jaya hari ini.
Turut serta,  Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Tian Chua, 75 peratus golongan berpendapatan rendah dalam sektor awam hanya diberi kenaikan gaji 5 hingga 7 peratus berbanding kakitangan berpangkat Turus sebanyak 500 peratus dan Jusa 100 peratus.

Puteri Umno ‘dangkal dan cetek’- Siti Aishah

KUALA LUMPUR 22 Dis: Srikandi KEADILAN mengecam kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya dan bersara dari politik.
Ketua Srikandi, Siti Aisah Shaikh Ismail mengulas kenyataan Rosnah, yang disiarkan Utusan Malaysia semalam  apabila mendakwa Anwar hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
“Kepada ketua puteri Umno Malaysia, Srikandi menyarankan agar kembali kepada politik nilai, bukan terikut dengan acuan budaya politik dangkal dan cetek milik Umno.

Anak saman Koperasi Felda, FGVH

TEMERLOH 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.
“Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Pahang, di sini hari ini.
Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka.
Selain itu, Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi KPF.

Skandal NFC: SPRM diingat tidak tunduk pada Umno-BN

KUALA LUMPUR 22 Dis : KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tunduk dengan tekanan Kerajaan Umno-BN dalam menyiasat skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, ini adalah masanya SPRM mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti mereka dalam membanteras rasuah.
“SPRM tidak perlu takut dan tunduk dengan tekanan politik mereka (Umno-BN),” katanya mengulas langkah  SPRM menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes yang dikaitkan dengan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu.
Disamping mengalu-alukan langkah pro-aktif yang diumumkan, KEADILAN turut berharap agensi itu menjalankan siasatan segera.