Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Kesan buruk dari langkah Kerajaan BN menaikkan umur persaraan kakitangan awam dari 58 kepada 60 tahun mulai dirasai sebahagian rakyat negara ini sekarang. Antara golongan pertama yang menanggung kesan buruk itu termasuklah mereka yang terbabit dalam sektor pendidikan, terutama bakal-bakal guru. Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, langkah menaikkan umur persaraan itu pasti akan menyebabkan berlakunya pembekuan kenaikan pangkat di kalangan kakitangan kerajaan dan pengambilan kakitangan baru. |
9 Dec 2011
Bersara 60 tahun: Apalah nasib bakal guru
Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.
“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Jeti Lumut di tangan orang asing dipersoal
IPOH, 9 Dis: Tindakan kerajaan Perak membenarkan sebuah syarikat asing memiliki jeti di Lumut telah diselar oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan samada Menteri Besar mereka Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (gambar) berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing. Menurut blog ‘say no to Vale International’, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak. Menyifatkan tindakan tersebut sebagai cuai, blog tersebut mendakwa banyak perkara yang tidak diketahui impaknya sekiranya projek tersebut dilaksanakan. |
MCA turut protes Lynas
KUANTAN, 9 Dis: Walaupun kerajaan BN terus menafikan projek Lynas di Kuantan merbahaya kepada kesihatan, namun kerabatnya, MCA turut membantah projek itu. (Gambar yang diambil dari video yang disiarkan blog pro Umno, Semaremas) Dalam satu bantahan yang dibuat terhadap Lynas, jelas Pemuda MCA Indera Mahkota turut menaikkan kain rentang mereka membantah projek itu. |
Memo Abim kepada MCA: Tidak perlu cabar DAP debat hudud
(Pimpinan Abim menyerahkan memo bantahan kepada MCA) KUALA LUMPUR, 9 Dis: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpendapat, Presiden MCA tidak wajar mencabar pemimpin DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat isu hudud kerana tindakan itu hanya merendahkan hukum Allah itu. Pendapat itu dikemukakan Abim dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soil Lek pada Jumaat 9 Disember 2011 di Wisma MCA. |
Ada cubaan sekat program bacaan Yaasin muslimat
PASIR MAS, 9 Dis: Kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar di sini hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.
Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.
“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.

Rumah baru anak yatim Kg Chicha siap dibina
Harakahdaily |
KUBANG KERIAN, 9 Dis: Anak-anak yatim Kg Chicha yang kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal Ogos lalu kini terbela apabila rumah baru mereka siap dibina sepenuhnya. Melalui sumbangan orang ramai yang diusahakan oleh ahli parlimen mereka, akhirnya tempat berteduh untuk lima beranak itu kini sudah berganti baru. Ahli parlimennya, Salahudin Ayub berkata, beliau mengucap syukur kepada Allah SWT kerana hasrat anak-anak yatim Kg Chicha untuk mendapat rumah kediaman baru telah menjadi satu kenyataan. |
Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena
Khairil Abdul Rahim |
BANDAR TUN RAZAK JENGKA, 9 Dis: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar. |
‘Saya lawan Mahathir, nak turut dia macam mana’
KOTA BHARU, 9 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti. Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu. Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno. “Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya. “Kini Umno melaung Melayu bersat’, tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam? Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi. |
Angkasawan Rusia boleh mengundi di angkasa, rakyat Malaysia?
KUALA LUMPUR: Ketika dua angkasawan Russia mengundi di angkasa lepas, kerajaan Malaysia terus menghalang rakyat luar negara membuang undi, kata Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Walaupun agak janggal, namun tindakan kerajaan Rusia perlu dipuji kerana membenarkan dua rakyatnya mengundi di angkasa lepas, Maria Chin.
Kata beliau, tindakan telus kerajaan Rusia itu membuktikan negaranya mengamalkan sistem demokrasi tanpa membelakangi hak setiap rakyatnya.
“Memang tidak masuk akal, tetapi kerajaan yang tidak membenarkan rakyatnya berada di luar negara mengundi lagi tidak masul akal.
“Jauh sekali bezanya, dengan kerajaan Malaysia yang menghalang rakyatnya di luar negara mengundi. Inikan yang berada di angkasa lepas,” kata Maria kepada Suara Keadilan.
Justeru itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut supaya rakyat Malaysia berada di luar negara boleh mengundi.

Selangor bina 10,000 rumah mampu milik
Kerajaan Selangor membuktikan keprihatinannya membela nasib rakyat apabila menjadi pelopor Skim Rumah Mampu Milik sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah.
Menurut Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad, skim itu dilaksanakan untuk meringankan kesusahan hidup rakyat.
“Skim Perumahan Mampu Milik Selangor konsep baru, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mensasarkan untuk membina sejumlah 10,000 rumah mampu milik.
“Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dibina. Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit,” katanya pada kenyataan baru-baru ini.
Katanya, proses pembinaan perumahan itu masih diteruskan selain pemulihan projek terbengkalai.

Fitnah blog Umno: AMK lapor polis serentak seluruh Malaysia
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara terhadap penulis blog Pro-Umno, PapaGomo petang ini.
Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan itu bagi memberikan tekanan kepada polis agar segera menyiasat penulis blog tersebut yang sering menyebarkan fitnah terutama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tindakan blogger peringkat melampau, fitnah yang disebar ini seolah menunjukkan beliau tidak boleh disentuh. Hari ini kita memberi isyarat kepada polis dan membangkitkan satu persoalan, apakah polis akan mendiamkan diri walaupun berpuluhan laporan polis dibuat?” katanya kepada KeadilanDaily.

Aktivis mahasiswa UiTM ditahan di Speakers Corner
SHAH ALAM 9 Dis: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.
Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu, lapor Harakahdaily.
Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Peniaga Little India mogok, kibar bendera hitam
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 100 peniaga di Brickfields atau lebih dikenali Little India berhimpun bagi membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka laluan untuk bas dan teksi sepanjang jalan Tun Sambanthan sejak minggu lepas.
Bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan DBKL itu, kumpulan tersebut mogok dengan menutup kedai selama sejam dan mengibarkan bendera hitam tanda berkabung.
Walaupun dikawal ketat polis dan DBKL, namun perhimpunan aman itu berlangsung tanpa ada tangkapan.
Ia turut dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat (PR) iaitu Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan Ahli parlimen Subang, R Sivarasa.

Pindaan Auku kukuhkan tekanan BN atas institusi pendidikan
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan pindaan Auku yang baru sahaja diumumkan dibuat untuk mengukuhkan cengkaman Barisan Nasional ke atas institusi pendidikan di negara ini.
“Pindaan yang dicadankan kerajaan berniat jahat, tempang dan dirangka untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional ke atas pelajar universiti, staf akademik dan pentadbiran serta peranan universiti dan institut pengajian tinggi.
“Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan reformasi palsu untuk mententeramkan rakyat yang mahukan kebebasan dan menipu pelajar yang mereka kini kononnya bebas daripada tekanan Auku.
“Untuk autonomi universiti yang sebenar dan kebebasan pelajar, Auku yang bersifat menindas dan tidak perlu itu perlu dihapuskan sepenuhnya,” kata Surendran.
Berhujah lanjut, Surendran berkata antara pindaan yang langsung tidak disentuh dalam pindaan itu adalah Seksyen 3 dan 4 yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk masuk campur dan menekan universiti kita.

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno
KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU).
Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras. Ini kerana katanya, puluhan tahun Umno BN memerintah, terlalu banyak kerakusan yang diakibatkan parti itu.
“Sepanjang pemerintahan Umno BN, kita sebenarnya bersama-sama menyumbang, akibat sikap kita seperti ‘biarkanlah, tidak kisah dan ignorant’ dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintahan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.
Beliau memberi contoh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno ketika ini yang sering berubah-ubah fikiran dalam membuat keputusan.

Ketua Pendakwa Raya Fitnah II letak jawatan
KUALA LUMPUR: Isnin dan Selasa depan – tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim – dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.
Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya, lapor Malaysiakini.
Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.
Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

Nak bukti kapal selam boleh menyelam ambil masa 21 bulan?
GEORGETOWN, 8 DIS – Setelah hampir dua tahun lamanya menanti Scorpene KD Tun Razak “dibaiki”, akhirnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerima jemputan rasmi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencuba kapal selam yang penuh dengan kontroversi itu.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau menanti begitu lama setelah Zahid membuat cabaran awal kepadanya pada sidang Parlimen 17 Mac 2010 untuk menaiki kapal selam tersebut.
Jelasnya, ini membuktikan Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.

Enam langkah integriti untuk selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR, 9 DIS – Parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan dan kesan buruknya ditanggung oleh rakyat.
Saranan itu adalah satu daripada enam langkah integiriti yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk mengatasi masalah rasuah dan penyelewangan yang berleluasa di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional.

Lagi banyak wang diberi kepada SPRM, lagi banyak rasuah dirasakan berlaku…
KUALA LUMPUR, 9 DIS – Apabila lebih besar peruntukan dan lebih ramai kakitangan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, nampaknya negara menjadi lebih korup.
Di mana perginya peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan, hasil kutipan wang cukai rakyat dan hasil sumber negara, kepada SPRM, dan sebelum itu Badan Pencegah Rasuah, sejak 1994?
Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sempena Hari Anti-Rasuah Antarbangsa pada hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)