8 Nov 2011

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS

Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

Tiada ruang bersuara dalam Umno

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu.

Terpaksa kongsi tanah perkuburan dengan bukan Islam

Harakahdaily   
BELURAN, 8 Nov: “Penghujung hidup yang menyusahkan”. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai dengan penduduk Islam, Pekan Telupid, Sabah yang tidak mempunyai tanah perkuburan untuk mengebumikan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

Seorang penduduk, Mustary Mustamin melahirkan rasa kecewanya dengan sikap pihak yang bertanggungjawab kerana langsung tidak prihatin terhadap keperluan umat Islam di sini.

Menurutnya, masalah itu pernah disuarakan kepada Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee yang juga speaker Dewan Rakyat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.

“Kita rasa sedih berganda bila ada kematian ahli keluarga. Kami tidak tahu kepada siapa hendak mengadu setelah begitu lama umat Islam Telupid tanpa tanah perkuburan,” katanya dengan nada kesal.

Henti PTPTN: Rakyat didahulukan atau dibebankan?

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.

Penduduk terus bantah laluan LRT

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Isu bantahan penduduk Putra Height dan Taman Megah terhadap cadangan pembinaan laluan Sistem Aliran Ringan (LRT) khususnya laluan di antara Stesen 11 dan Stesen 12 yang akan dibina oleh Prasarana Negara Berhad masih diteruskan.
"Alasan utama terhadap bantahan pembinaan tersebut adalah kerana stesen tersebut terlalu hampir dengan kawasan perumahan serta potensi risiko geobencana seperti tanah runtuh dan kemungkinan banjir besar," jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Tambahnya lagi, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Program Bencana Geologi, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin.

Perlu mekanisme tangani krisis jantina

Aslani M   
KOTA BHARU, 8 Nov: Pelbagai pihak perlu fikirkan satu mekanisme untuk mengatasi krisis jantina dengan disantuni secara terancang agar amar makruf nahi mungkar dapat ditanganii.
Peguam Hak Asasi, Muhamad Faizal Yusof berkata, kesempatan diperlukan bagi membolehkan umat Islam memahami ujian Allah yang didatangkan dengan isu penganjuran Seksualiti Merdeka.
“Saya pernah diberi kesempatan Allah SWT mengenali insan yang serupa dalam pembelaan kes Seksualiti Merdeka. Apa yang boleh saya simpulkan kewujudan insan yang mempunyai dua sifat berbeza adalah suatu ujian meruntun suatu mujahadah yang bukan sedikit.
“Seorang lelaki yang berfizikal lelaki sempurna tetapi diberikan sifat keibuan dan kewanitaan yang tinggi sebagai bukti kekuasaan Allah SWT,” katanya di sini.

PAS Sabah sokong tuntutan masyarakat Tidung

Mohd Firdaus   
SANDAKAN, 8 Nov: Tuntutan agar masyarakat Tidung dikitiraf sebagai Bumiputera Sabah yang dibuat oleh Presiden Kelab Masyarakat Tidung Tawau, Yakub Uton, mendapat sokongan kuat PAS Sabah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, kegagalan pemimpin Umno BN sejak puluhan tahun bagi memperbetulkan kepincangan ini, adalah bukti kukuh bahawa mereka tidak serius melaksanakan apa yang mereka gelar sebagai program transformasi negara.
"Umno BN memang hebat mencanangkan pelbagai slogan dan tema, tetapi hakikatnya mereka hanya serius melakukan sesuatu perkara jika membawa pulangan jutaan ringgit dalam bentuk habuan yang mereka perolehi," katanya.

Kelantan dapat royalti petroleum 6 tahun lagi?

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 8 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menjangkakan rakyat Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata andaian itu berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Projek Fidlot: Najib, Noh Omar bohong pinjaman RM250 juta

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.
Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur  menerusi National Feedlot Corporation (NFC).
Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.
Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

Belanjawan Selangor dijangka beri yang terbaik

SHAH ALAM 8 Nov: Penganalisis berpendapat pembentangan Belanjawan 2012 Kerajaan Negeri Selangor pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor esok menampilkan alternatif terbaik yang akan menyaingi Belanjawan Persekutuan.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan negeri juga pastinya meliputi peruntukan kepada golongan sasaran.
“Sudah pasti Selangor akan cuba untuk mengemukakan bajet alternatif yang baik untuk bersaing dengan bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Rakyat dipaksa bayar cukai dua kali

KUALA LUMPUR 8 Nov:  Perlaksanaan GST sekiranya diluluskan dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan pada sesi parlimen November ini akan memberi impak besar kepada pendapatan rakyat Malaysia.
Cukai baru ini akan dilaksanakan bersama cukai pendapatan sedia ada dan menyebabkan lebih banyak wang diambil daripada rakyat.
Bendahari agung KEADILAN Wiiliam Leong Jee Keen berkata, GST akan mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat pada ketika kerajaan tidak membenarkan kenaikan gaji dan upah di kalangan pekerja.
“GST amat tidak adil kerana cukai itu akan dikenakan sama kadarnya kepada orang miskin mahu pun yang kaya. Sistem cukai yang progresif mengenakan lebih cukai kepada yang mampu membayar lebih sahaja. Golongan miskin sepatutnya dikenakan cukai yang rendah.

Editor TV minta maaf pada Anwar

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 8 Nov: Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.
“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.
“Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.
Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Kemana peruntukan RM426.5 juta untuk parlimen pembangkang?

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 8 Nov: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mana perginya peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Menurutnya, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.
“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

Najib diminta jelaskan kehilangan RM1.43 bilion wang rakyat

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 8 Nov: Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara sebanyak  RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion.
“Namun, berdasarkan LKAN 2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion.
“Maknanya, berlaku ‘kehilangan’ wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion. Dengan itu, kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Pertukaran saham Mas, AirAsia beri keburukan

KUALA LUMPUR 8 Nov: Badan pemikir Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa) menggesa agar pertukaran saham AirAsia-Mas dikaji semula kerana ia kini mula mendatangkan keburukan kepada orang awam.
Suruhanjaya Sekuriti kini sedang menyiasat pertukaran saham MAS dan AirAsia jika kemungkinan terdapat unsur-unsur urusniaga dalaman (insiders’ trading) sewaktu pertukaran itu berlaku.
Menurut Refsa, terdapat petanda-petanda semasa yang membuktikan pengguna sudah mula merasa kesan buruk daripada pertukaran saham itu.
“Kurang tiga bulan daripada pengumuman kerjasama itu dilakukan, beribu-ribu pembeli tiket dari Johor ke Kuching, Kota Kinabalu, Surabaya, Bandung dan Bangkok mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh Firefly.

Haji Marlboro ???

KUALA LUMPUR 8 Nov: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melahirkan rasa terkejut bahawa perdana menteri, isterinya dan beberapa kenamaan lain selesai menyempurnakan ibadah haji.
Malaysiakini melaporkan Dr Juanda sebagai berkata, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat mereka pada waktu Zohor hari ini, itupun sekiranya melakukan nafar awal iaitu selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.