11 Oct 2011

Video fitnah terbaru: KEADILAN kecam politik jijik Umno

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya cubaan Umno meneruskan politik keji dan fitnah dengan mengeluarkan video rekaan terbaru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presidennya, N Surendran.

Lagi rakan dedah: Saiful gila kuasa, panas baran

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Selepas watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan didedahkan oleh bekas rakan sekampusnya, Mohd Najwan Halimi ketika perbicaraan Fitnah II minggu lalu, beberapa lagi rakan pengadu itu mendedahkan sikap sebenar Saiful.
Keadilandaily menemubual bekas rakan sekampus Saiful dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), namun mereka enggan identiti  didedahkan kerana bimbang ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Malaysia upah perunding sokong Israel, hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.
Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro (RM94 juta), memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

Enggan disepina: Najib, Rosmah kebal undang-undang – Shamsul

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dianggap kebal dari tindakan undang-undang apabila enggan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang menganggap Najib dan isterinya mempunyai keistimewaan kerana institusi kehakiman, telah menjadi perkakas Umno-Barisan Nasional.
“Dulu Najib dengan gahnya berkata bahawa dia tahu semuanya tentang Anwar dan kini dia sendiri memohon untuk membatalkan sepina.”

Lawatan Najib ke Kazakhstan lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR: Ketika negara mengalami defisit 14 tahun berturut-turut, jumlah hutang negara meningkat dan rakyat dibeban  kenaikan kos sara hidup,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula sewenang-wenangnya menghabiskan lebih RM1 juta untuk melawat Kazakhstan.
Kementerian Luar Negara hari mendedahkan perbelanjaan lawatan dua hari perdana menteri ke negara itu di dewan rakyat hari ini.

Pembangunan Pangkalan Sg Besi jadi projek Jho Low- Salahuddin

KUALA LUMPUR: Pelbagai keraguan timbul berhubung Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dikenali sebagai projek Jho Low, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Malah katanya, projek berkenaan menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).

Belanjawan Pakatan beri manfaat pada wanita berbanding BN

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddim menyelar Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri kerana tidak memberi manfaat kepada golongan wanita.
Berbanding Belanjawan Sejahtera Untuk Semua yang dikemukakan Pakatan Rakyat, katanya, ia jelas memberi keutamaan dan membela hak wanita khususnya golongan surirumah.

Dakwa Ananda Krishnan kerana salahguna kuasa, rasuah

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jutawan terkemuka, Tan Sri Ananda Krishnan kerana didakwa terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa.
Ananda, pengarah Maxis Communication sebelum ini diketahui umum merupakan proksi dan sahabat baik kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lawatan peribadi ke Perth, Najib guna wang rakyat sekitar RM60 ribu

KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya.
Perkara itu diberitahu oleh Kementerian Luar di Dewan Rakyat menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menghargai warga emas: Makna di sebalik ‘anugerah’ BN

11 OKTOBER – Selepas dua seteru politik, iaitu Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang kongsi oleh PAS, DAP dan PKR membentangkan Belanjawan 2012 masing-masing, maka acara seterusnya adalah sindir-menyindir dan lekeh-memperlekeh agenda antara satu sama lain. Inilah budaya berpolitik di Malaysia.
Dalam kesibukan itu, apa salahnya kita fokus kepada beberapa aspek yang menyentuh agenda kedua-dua gabungan yang salah satunya bakal dinobatkan sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Malaysia jadi ‘tong sampah dunia’ ?

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Pemuda DAP Kebangsaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan Barisan Nasional yang cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah dunia’ melalui projek pembangunan nadir bumi oleh Lynas di Kuantan, Pahang.
Timbalan Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan Jenice Lee berkata, kempen yang telah dijalankan bersama penduduk-penduduk sekitar langsung tidak diambil peduli oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar.
“Pimpinan kementerian itu asyik tidur sahaja, malah respon mereka terhadap desakan kami hanya dibalas dengan kata-kata kononnya dengan pembukaan kilang Lynas itu ia akan membuka 400 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” katanya kepada Roketkini.

Soalnya bukan naik elaun, tapi peruntukan yang adil

Tuan Ibrahim Tuan Man

Pada saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

Ramakrishnan cadang pungutan suara nasional untuk Hukum Hudud

S. Ramakrishnan

Perlembagaan Malaysia ketika ini bersifat sekular dan dengan itu apa-apa pindaan hukum hudud untuk perlembagaan persekutuan memerlukan majoriti 2/3 dalam parlimen.  PAS tidak boleh meminda perlembagaan tanpa sokongan UMNO, DAP dan PKR.  Pakatan Rakyat terikat dengan Manifesto Bersama yang tidak mengandungi apa-apa kenyataan mengenai Hukum Hudud.

BN yang pada dasarnya adalah parti-parti berasaskan kaum dan mengamalkan diskriminasi perkauman serta sentiasa memanipulasi isu Hudud untuk mengapi-apikan rasa takut di kalangan bukan Melayu untuk melemahkan Pakatan Rakyat.  Isu Hukum Hudud ini telah dibangkitkan pada masa lalu dan DAP sekali lagi telah menyuarakan tentangan mereka terhadap Hukum Hudud.  Perdana Menteri Najib telah berkata bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem undang-undang Malaysia.  Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa UMNO menyokong undang-undang Hudud.

Kuantan Bersih, Malaysia Selamat

Rakyat Malaysia boleh berterima kasih kepada Lynas Corporation, syarikat pelombong nadir bumi terbesar di Australia, kerana melalui kontroversi pembinaan kilang pemprosesannya di Kuantan, rakyat berpeluang bersatu dalam tuntutan untuk kerajaan yang bersih dan demokratik.

Walaupun persoalan teknikal dan saintifik nampak rumit bagi mereka yang tidak lazim mengkaji sains nuklear, namun fakta kes Lynas di Kuantan cukup mudah difahami semua.  Lynas akan melombong bahan nadir bumi di Mount Weld dan mengangkut bahan lombongan itu sejauh 1,000 km ke bandar pelabuhan Freemantle.

Pastikan universiti tempatan antara terbaik di dunia

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini.  Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain.  Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain.