KUALA TERENGGANU, 8 Dis: PAS mengambil sikap tunggu dan lihat dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang mengumumkan akan menggunakan kaedah celup jari dengan dakwat dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Menurut Presidan PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ia merupakan usaha PAS, rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat, melakukan reformasi dalam demokrasi. Katanya, pemulihan demokrasi tidak akan berjaya sekiranya kerajaan yang memerintah negara tidak bersungguh menyokong usaha tersebut, lapor BuletinOnline. |
8 Dec 2011
Dakwat kekal: PAS tunggu dan lihat
Stop Lynas dan Bersih 2.0 terima award hak asasi
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia memilih Save Malaysia, Stop Lynas dan Jawatamkuasa Kerja Bersih 2.0 sebagai penerima award hak asasi manusia 2011. Pengumuman pemilihan kedua-dua NGO tersebut dibuat oleh Suaram dalam satu kenyataan medianya hari ini. Save Malaysia, Stop Lynas, sebuah NGO yang dibentuk di Kuantan bagi menentang pembinaan kilang rare earth Lynas di Kuantan. NGO ini telah berjaya memperjuangkan hak-hak rakyat di sekitar Kuantan untuk menentang pembinaan kilang dari Australia yang dipercayai boleh merosak alam sekitar di persekitarannya. |
Hapus subsidi gas bebankan rakyat
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Tindakan Kerajaan BN untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gas asli menjelang tahun 2015 bukan sahaja akan membebankan rakyat, malah akan turut mempertingkatkan lagi penggunaan tenaga asas di negara ini.
Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1 peratus di antara tahun 2000 hingga 2008.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, catatan tersebut menjadikan peningkatan penggunaan tenaga asas itu hampir sama dengan peningkatan purata KDNK (GDP) negara sebanyak 6.0 peratus.
Menurutnya, apabila subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya oleh kerajaan menjelang tahun 2015, peningkatan tersebut pasti akan menjadi lebih ketara.

PKR Kelantan sambut baik keputusan 'status quo'
KOTA BHARU, 8 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan, menyambut baik persetujuan yang dicapai dengan PAS dalam pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum ke-13 nanti.
Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan, Muhamad Hisomuddin Bakar, berkata pihaknya akan menyusun gerakerja bersama atas nama Pakatan Rakyat khususnya yang membabitkan golongan muda untuk mempertahankan kemenangan kerajaan Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pembahagian kerusi antara PAS dan PKR sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum nanti.
Katanya, kerjasama perlu dieratkan bermula dari sekarang sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Jika menang, Pakatan dicadang kecilkan kabinet
DUNGUN, 8 Dis: Pakatan Rakyat dicadangkan supaya mengecilkan bilangan anggota kabinet jika andainya gabungan parti politik itu berjaya menawan Putrjaya dalam pilihan raya umum akan datang. Pakar perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari ketika berucap dalam satu majlis hi tea di sini berkata, bilangan kabinet Malaysia terlalu ramai. Menurut beliau, negara India yang mempunyai rakyat lebih 1 bilion mempunyai 30 menteri sahaja manakala United Kingdom yang mempunyai rakyat lebih 60 juta hanya mempunyai 25 menteri kabinet sahaja. |
Utusan usah putar belit anugerah kepada Hasan
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Datuk Dr Hasan Ali tidak sewajarnya diputarbelitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, realiti itu juga berlaku ke atas penganugerahan yang diberikan oleh Sultan Selangor atas dasar Hasan adalah Exco kanan kerajaan negeri. "Utusan Malaysia seperti yang diketahui umum sememangnya mempunyai agenda untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. |
Imej negara terjejas teruk di mata dunia
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kritikan yang dibuat oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 merupakan suatu tamparan keras kepada kerajaan Malaysia yang bersikap degil dan enggan mendengar pandangan rakyat. “Bagi DPP Malaysia, kerajaan perlu merasa malu kerana wakil khas PBB sendiri menegur sikap berkeras kerajaan Malaysia dalam membenarkan rakyat berhimpun,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Beliau mengulas pelapor khas PBB, Maina Kiai yang menyatakan RUU Perhimpunan Aman sebagai menyekat kebebasan bersuara rakyat dan sekatan yang dikenakan adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. |
Najib makin 'Ultra Melayu'?
SHAH ALAM, 8 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa ingin menjadi 'Ultra Melayu' apabila hadir ke program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Perkida) di Shah Alam baru-baru ini.
AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ia ditambah lagi dengan ucapan Najib ketika perhimpunan itu yang bersifat rasis sehingga sanggup menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP.
"Dan ini di perkuatkan lagi apabila Najib sendiri hadir pada perhimpunan Perkida di Shah Alam, malah ucapannya menunjukkan beliau ingin menjadi 'ultra-malay'.

Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang masih tertinggal. Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya. Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini. |
"Berambuslah MCA!" Warga internet Cina tampil bela PAS
Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.
Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.
Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Kisah Nasi Kandar 2 Kepak Ayam dan Susu Racun 1Malaysia
Dalam jangkamasa pendek Perdana Menteri Najib Razak berkuasa, sudah pelbagai taktik dan strategi diusahakan demi menyolek imej beliau sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat, sempoi, dan berkeyakinan diri tinggi apabila menghadapi cabaran. Sering kali juga Najib disifatkan sebagai mempunyai keperibadian yang menawan di samping penampilannya yang segak lagi tampan.
Kata puji-pujian yang digunakan untuk membina jenama Najib dalam surat khabar serta saluran tv dan radio milik UMNO-Barisan Nasional tiada habis-habisnya. Tidak dinafikan, strategi penjenamaan Najib memang nampak berhasil. Dalam sekelip mata, seluruh Malaysia seolah-olah gilakan jenama 1Malaysia. Dari artis popular hingga ke syarikat korporat malah kanak-kanak sekolah semuanya sudah mengambil bahagian dalam macam-macam program 1Malaysia.

Apa yang muda dengan Angkatan Muda?
"Kadang-kadang, saya sendiri pun tak faham, sebenarnya apa yang anak muda nak di dalam Parti Keadilan Rakyat ni. Saudara nak apa? (Projek!) Nak apa? (Projek!) Cakaplah kuat! Nak apa? (Projek!) Nak apa? (Projek!) Tak dengar! Nak apa? (Projek!)"
Bayangkan betapa seramnya untuk berada di dewan di mana Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) diadakan, pada 25 November 2011 di Pulai Springs Resort. Soalan dilontarkan oleh Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri ketika menggulung perbahasan, disahut pada mulanya oleh beberapa perwakilan dengan suara yang rendah. Jawapan dari bawah pentas semakin jelas dan lantang, setelah diprovok berkali-kali oleh Azmizam yang meninggikan suaranya.

Persepsi rasuah zaman Najib lebih teruk dari era Abdullah dan Mahathir
Maklum balas Najib Razak terhadap kajian Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan Transparency International 2011 (TI CPI 2011) amat mengejutkan rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional langsung tidak mempedulikan masalah rasuah negara.
Mengikut kajian tersebut, persepsi masyarakat terhadap situasi rasuah dalam negara telah mencapai tahap paling rendah dalam sejarah negara semasa 32 bulan pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar kiri) berkata, kad laporan rasuah paling buruk dalam sejarah negara diberikan pada waktu yang sama Najib memberi ucapan dasar dalam perhimpunan agung parti tersebut baru-baru ini.
Katanya, Najib sebagai Presiden UMNO dan para perwakilan parti itu langsung tidak mengendahkannya meski pun laporan TI itu seperti "seekor gajah dalam bilik" yang terang lagi bersuluh.

Gaya Hidup Rendah Karbon dan Web Tool
BAHAGIAN 1: Mengapa CLICK?
Di Malaysia, berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1% di antara tahun 2000 dan 2008. Nilai ini hampir sama dengan peningkatan purata KDNK (GDP) sebanyak 6.0%. Tambahan pula, subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang tahun 2015. Bukan sahaja kos tenaga dijangka meningkat, kita juga agak ketinggalan jauh dalam bidang Kecekapan Tenaga disebabkan pelbagai alasan.
Berdasarkan statistik penjualan tenaga elektrik pada tahun 2009, sebanyak 92,753 GWj (GigaWatt jam) tenaga elektrik telah digunakan. AWER menganggar sejumlah 62.14 juta ton bersamaan CO2 (karbon dioksida) telah dilepaskan disebabkan penggunaan elektrik ini. Nisbah purata agihan pelepasan CO2 adalah 3:5:6 di antara sektor domestik, komersil dan industri.

Skandal NFC: Keadilan sedia debat di PWTC bila-bila masa
Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6 Disember 2011 yang memaklumkan saudara Khairy Jamaluddin (gambar bawah) tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.
Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau.
Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8 Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:

Jerat UMNO, Utusan untuk Hasan Ali
Setelah perhimpunan agung UMNO puas memaki dan memfitnah DAP, kini lidah rasmi parti itu Utusan Malaysia kembali memasang jerat "percintaan" di antara PAS dan UMNO. Isu yang dibangkitkan adalah pemimpin PAS Selangor Hasan Ali yang diketahui umum berbeza pandangan dalam beberapa perkara melibatkan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Selangor.
Perbezaan pendapat
Walau pun perbezaan pendirian itu tidak bermakna prinsip perjuangan politik beliau sudah berubah, Utusan melalui kolum "Cuit" tulisan pengarang kanannya Zaini Hasan, sengaja membangkitkan pergeseran politik di antara Hasan Ali yang juga EXCO kerajaan negeri Selangor dan beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat.

Surat terbuka kepada Melayu
Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian UMNO sejak ditubuhkan sehingga kini.
Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.
Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilihanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada di tengah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa Arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung Arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Persoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu di atas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri bersamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Melayu atau UMNO yang tercabar ?
Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunan Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin "menggegarkan" bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para "pemimpin Melayu" ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan Pakatan Rakyat berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.
KLCC mohon perintah mahkamah jika flashmob diteruskan?
Mungkin sesuatu yang mengejutkan, apabila pihak pengurusan Kuala Lumpur City Centre menghantar surat guaman kepada tujuh orang anggota yang terlibat dalam Kempen Kebebasan Berhimpun ("Jom Ke Jalan"). Surat guaman tersebut mendakwa bahawa pihak KLCC akan memohon perintah mahkamah untuk menghalang mereka menjejak langkah ke kawasannya seandainya berkeras kepala untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini.
Bagaimanapun, anggota Kempen Kebebasan Berhimpun, yang menggelar diri mereka "KillTheBill.org", enggan tunduk kepada permintaan KLCC, yang mahu mereka membalas surat dalam tempoh 24 jam, memaklumkan kepada KLCC bahawa perhimpunan pada Sabtu ini dibatalkan. "Kami tidak percaya kepada mana-mana ideologi authoritarian untuk mengawal aktiviti kawan kami di Facebook. Kami berpegang teguh bahawa rakyat Malaysia memiliki kebebasan untuk menjemput kawan melalui Facebook untuk bertemu di mana-mana tempat awam."

Subscribe to:
Posts (Atom)