KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak  permohonan balu allahyarham Baharudin Ahmad untuk  mengadakan inkues  ekoran kematian suaminya pada perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata, permohonan isteri allahyarham Rosni  Malan bersifat pra-matang, remeh, menyusahkan dan menyah-guna proses  mahkamah.
“Berikutan ini, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh  Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili responden dalam kes itu, “katanya,  lapor Malaysiakini.
Rosni menamakan ketua polis Kuala Lumpur, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden.
Baharudin, 59, rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC  pada himpunan Bersih 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik  dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.
Bedah siasat ke atasnya  dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama.
Kematian allahyarham menjadi perhatian apabila ia turut dikaitkan  dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan  kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada 9 Julai lalu.
sumber : Keadilan Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.