JOHOR BAHRU : KEADILAN Johor menentang cadangan kadar tol Lebuh Raya
Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10 sehala oleh pemilik
konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Johor, Steven Chong berkata, ia memberi kesan kepada ekonomi Johor Bahru (JB).
“Paling terkesan ialah pendapatan pemandu teksi Johor Bahru-Singapura yang akan merosot teruk. Begitu juga pekerja Malaysia yang menetap di JB berulang alik setiap hari bekerja di Singapura.
“Kadar tol ini menjadi punca kerana kos minima bagi sebuah kereta bagi perjalanan pergi balik adalah sebanyak RM18.20,” kata Steven yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN kepada keadilandaily.




KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bersyukur dan amat menyambut
baik keputusan pertemuan mahabbah untuk menyelesaikan perbezaan
pandangan di dalam parti yang diadakan baru-baru ini dengan semangat
ukhuwwah yang tinggi.
KOTA BHARU, 30 Dis:
Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu
membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah
RM40,947,972.
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Presiden
Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman
mempersoal penerbitan akhbar '1SUARA' yang diedar percuma kepada warga
peneroka sejak November lalu.
KUALA LUMPUR, 30 Dis:
Pemimpin Pakatan Rakyat sedia bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Zahid Hamidi bila-bila masa kerana banyak perkara yang mereka ingin
tanyakan berhubung pembelian kelengkapan pertahanan negara.
PULAU PINANG, 30 Dis:
Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon
dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri
ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada
pilihanraya umum akan datang.




