10 Oct 2011

AWER: Program bekalan air dan elektrik perlu diaudit

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji belanjawan bagi 2010, 2011 dan 2012.  Terdapat peningkatan yang memberangsangkan untuk memperbaiki situasi bekalan air dan elektrik kawasan pedalaman.  Ini adalah satu langkah yang baik dan patut diteruskan pada masa akan datang.

Sarawak masih ketinggalan biarpun diberi peruntukan Bajet 2011

Pada bajet 2011yang lalu, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh UMNO-Barisan Nasional hanya memperuntukkan sekitar RM9.55 bilion untuk projek pembangunan di Sabah dan Sarawak sementara Semenanjung Malaysia mendapat sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut iaitu RM110 bilion.  Ini menunjukkan yang Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan dari arus pembangunan apabila Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan peruntukan yang agak kecil kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia.  Memang tidak mencukupi kalau dibanding dengan keluasan tanah bumi Sarawak yang hampir persamaan dengan Semenanjung Malaysia.  Peruntukan sebanyak RM9.55 billion yang dikongsi bersama Sabah dan Sarawak menunjukkan bahawa Negeri di Malaysia Timor tidak begitu mendapat perhatian dari pihak kerajaan persekutuan.

Respon kepada isu pemesongan akidah

Sebagai EXCO Hal Ehwal Islam negeri ini saya sangat menyanjung tinggi titah yang dikeluarkan oleh istana mengenai isu pemesongan akidah yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu yang lalu.

Mengenai titah Baginda itu, saya suka melihatnya dari dua perspektif.  Pertama, dari sudut bahasa titah itu sendiri yang begitu tegas menghendaki supaya perkara pemesongan akidah tidak lagi berlaku di negeri Selangor.  Kedua, dari sudut semangat (spirit) titah tersebut dalam mana Baginda Sultan sebagai payung agama menzahirkan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap Islam khususnya yang berkaitan dengan akidah ummat.

Bajet BN lawan Belanjawan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 OKT – Bajet 2012 Barisan Nasional bukan sahaja indah khabar dari rupa, malah realitinya bakal membebankan rakyat untuk jangka masa yang panjang.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, berbanding belanjawan oleh Pakatan Rakyat, Bajet 2012 BN hanyalah sekadar ‘ubat penahan sakit,’ bukan berniat untuk mengubati dan menyembuhkan terus ‘penyakit sebenar.’
Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, bajet itu jelas tidak dapat melakukan ‘transformasi’ sepenuhnya kepada ekonomi negara, apatah lagi mencapai matlamat menjadi ‘negara berpendapatan tinggi’ menjelang 2020.

Bajet pancing undi

KUALA LUMPUR, 10 OKT – Usaha pembaharuan oleh Barisan Nasional berkaitan Bajet 2012 tidak akan berjaya sama sekali jika sistem korup yang menghasilkan ketidakadilan, ketidaksamarataan, dan penyelewengan, tidak disentuh dalam bajet tersebut.

Belanjawan 2012 dibentang tanpa laporan Ketua Audit Negara

(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR:  Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.

Peneroka Felda tak dapat penyata pendapatan selama 5 tahun

(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas hari ini membangkitkan masalah peneroka-peneroka yang terus dibelenggu masalah hutang berterusan, tanpa mengetahui kedudukan kewangan sebenar mereka dengan Felda.
Kamarul membangkitkan perkara itu dalam soalannya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, peneroka-peneroka felda di seluruh negara hanya mendapat penyata hutang dari Felda yang mengandungi antaranya wang pendahuluan RM1,500 sebulan dari Felda tetapi tidak pernah diberikan penyata pendapatan.

Najib kemuka belanjawan tidak berwibawa

KUALA LUMPUR: Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berwibawa dan tidak dibuat berasaskan angka unjuran defisit dan pertumbuhan yang tepat.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbelanjaan besar RM233.8 bilion seperti yang diumumkan Najib juga tidak mengambilkira penambahan beban hutang rakyat dan negara.

Singkir MB cerita mengarut

KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.
Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.

Hudud: DHPP Perak teguh di belakang PAS

IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.
Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

Luar bandar juga akan tolak BN nanti

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 10 Okt: PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Undi pos penyelamat Umno di parlimen Jeli

JELI, 10 Okt: Rahsia kedudukan selesa Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen Jeli, Dun Bukit Bunga dan Dun Kuala Balah sebenarnya banyak bergantung kepada undi pos.
Ini dibuktikan pada pilihan raya umum lalu undi pos di kawasan parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997, Dun Bukit Bunga (1,554) dan Dun Kuala Balah (1,149).
Manakala undi pos di Dun Air Lanas hanya 294 undi. Jumlah pengundi pos yang sedikit membolehkan PAS melalui Abdullah Ya’kub memenangi Dun berkenaan.

Ramai pekerja diperlakukan macam khadam

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat Malaysia sehingga kini rata-ratanya masih berada dalam keadaan daif, manakala di kalangan pekerja pula masih juga terdapat mereka yang diperlakukan seperti khadam serta dibayar gaji di bawah paras kemiskinan.

40 peratus dari rakyat Malaysia tinggal di dalam isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang dari RM1,500 sebulan, manakala tiga perempat dari golongan itu adalah berketurunan Melayu (Bumiputra) yang kononnya dibela oleh Umno BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun dalam masa yang sama, kekayaan negara dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya, dengan 50 peratus kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20 peratus terkaya di negara ini.

Mampukah Bajet 2012 kembalikan kuasa 2/3 BN?

Dr Rosli Yaakop   
Belanjawan 2012 cukup pemurah. Ada yang berlinangan air mata mengenangkan kemurahan hati Perdana Menteri Malaysia. Semua golongan mendapat habuan. Berjuta-juta orang murid sekolah yang belum layak mengundi pun mendapat  habuan. Ibu penulis bakal mendapat RM3,000 sebab arwah ayahanda pernah menjadi AC di zaman penjajah.

Kenapa Rosmah hadir perjumpaan tertutup pegawai kewangan?

PUTRAJAYA, 10 Okt: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
KeadilanDaily melaporkan, ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Kedai 1Malaysia untuk kroni Umno BN

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Perancangan Kerajaan BN untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia diyakini akan memberikan keuntungan kepada kroni-kroni para pemimpin Umno BN, tetapi akan menimbulkan lebih banyak masalah bagi ekonomi bumiputra, terutama pengusaha-pengusaha kedai runcit di kampung-kampung.

Hormati titah Sultan

SHAH ALAM, 10 Okt: Kerajaan Negeri menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama yang telah diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bajet 2012 terus pinggir SAR

KUANTAN, 10 Okt: PAS Pahang kesal Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipinggirkan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad berkata, sedangkan entiti tersebut perlukan peruntukan demi kesinambungan pendidikan yang ternyata selama ini memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam ehwal Islam.

'Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam Kabinet'

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berbohong' dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak  ada sebab saya buat demikian.