Akibat trauma dengan keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari dakwaan liwat, media-media milik UMNO dengan pantas dan
terus-menerus menyerang Pakatan Rakyat.
Daripada isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali yang mana lidah rasmi UMNO,
Utusan Malaysia, cuba menobatkannya sebagai pejuang Islam tulen dan
menggambarkan kononnya PAS sudah lari perjuangan asalnya, hinggalah
kepada isu perubahan portfolio agama Islam yang ditinggalkan oleh Hasan
di Selangor.
Kini portfolio itu telah diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim. Portfolio baru Belia dan Sukan diberikan kepada Exco
yang baru, iaitu Dr. Ahmad Yunus Hairi dari PAS yang menggantikan Hasan.
