Terlebih dahulu saya ingin memberitahu bahawa peristiwa ini berlaku pada 2 tahun yg lepas, tetapi saya siarkan untuk pengetahuan masyarakat sebab peristiwa ini tidak dilaporkan didalam media arus perdana jikalau adapun fakta-fakta sebenar telah diputar-belitkan. Ini adalah salah satu daripada beberapa kes yang melibatkan salah laku pihak polis terhadap orang awam.
Ong Vic Kee | Jan 29, 2010 04:42:38 pm
Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.