23 Nov 2011

EC told to advise Najib on fixing polls date

Nov 23: PAS Youth has urged the Election Commission to advise prime minister Najib Razak to fix the date for the much-awaited 13th general election.

“If indeed EC wants to advise political party leaders, its chief Abdul Aziz Mohamad Yusof should first tell Najib to announce the election date earlier to the people,” said the wing's information chief Riduan Mohd Nor.

By making the date of elections known earlier, Riduan said the country would benefit and people could make preparation of their schedule in advance.

PAS MP on Najib's 'reforms': From bad to worse

Nov 23: Three recent incidents in violation of democratic rights, said Kuala Selangor member of parliament Dr Dzulkefly Ahmad (pic), have only confirmed that prime minister Najib Razak’s promised reforms were making things worse for the growth of democracy in the country.

He cited the arrest of 13 individuals accused of terrorism under  the Internal Security Act in Sabah, the last minute cancellation of a talk programme at the International Islamic University involving reformist deputy Higher Education minister Saifuddin Abdullah, and the latest involving the Selangor Islamic Religious Council, which disallowed outspoken academic Dr Abdul Aziz Bari from presenting a paper at its Selangor International Islamic University College (KUIS).

Kelantan MB says concurrent elections to stay

Nov 23: Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat said it was best for the state to have elections concurrently with parliamentary election when it is called.

“It is not worthwhile to hold it separately. If we hold it separately, all devils will be focusing on one place and when it is too much, it becomes out of control,” quipped the most senior MB of Pakatan Rakyat-held states.

Nik Aziz was asked to comment on the Selangor and Penang state governments' decision not to call for state election in tandem with general elections at the parliamentary level.

Breaking the stereotypes about Thai Muslims

Kong Rithdee / Bangkok Post   
November 23, 2011 Do not confine the image of Thai-Muslims to tea, mosques, sarongs or bearded and skull-capped men. Or trouble, either. Try something else, because the image can be colourful, modern, non-stereotypical - and yes, it can be pretty cool as well. Despite, or because, the South is still burning with trouble and the Arab Spring seems so far away, the Thai-Muslim population, like everyone else on this chaotic planet, are trying to find their own voice, while struggling to communicate with others. So it's wise for us all to take notice, and listen.

So let's hear a new voice: Two new free-sheet magazines are presenting the picture of Thai-Muslims that goes against the traditional perception of the sub-culture. On a recent cover of Halal Life - a magazine put out by a group of young people who extend the meaning of halal beyond food - two young Muslims pose like indie hipsters, with a lively photoshop trick, in an overall design that could easily recall a popular publication like A Day. Meanwhile, Salam Art - another paper by a group of young writers - combines news with cultural features and titbits in an effort to showcase the idea of Islam as an art of living.

'Peaceful Assembly Bill will prove suicidal for UMNO'

Nov 23: The PAS Legal Bureau has described the newly tabled Peaceful Assembly Bill 2011 as suicidal for UMNO, saying it was a far-cry from the reform pledges by prime minister Najib Razak and would only hasten UMNO's demise.

“Anyone in the right mind will know that the Bill is preventive or is to restrict any form of peaceful gathering in the country,” said the bureau's Hanipa Maidin (pic).

According to Hanipa, by calling it the ‘Peaceful Assembly Bill’ when it in effect bans peaceful assembles, UMNO was just employing its age-old tactic of duping the public into believing that reforms were on the way.

“The new act is thousand times worse from its predecessor (Police Act 1967),” he stressed, echoing other Pakatan Rakyat leaders.

KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda

JEMPOL 22 Nov: KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.
Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.
Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.

KEADILAN sedia rempuh kubu Umno termasuk di Johor

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 23 Nov: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, KEADILAN sudah bersiap sedia untuk menembusi negeri yang dikatakan kubu kuat Umno termasuk di Johor.
Katanya, pemilihan Johor sebagai tuan rumah bagi Kongres KEADILAN Nasional yang bakal berlangsung Jumaat ini merupakan isyarat jelas kepada Umno-Barisan Nasional.
“Ini merupakan satu signal kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional bukan saja di Johor malah seluruh negara bahawa KEADILAN sudah bersedia untuk menembusi kubu-kubu umno termasuk negeri Johor,” katanya ketika ditemui wartawan.

Media perdana tidak jelaskan skandal NFC

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 23 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, media arus perdana yang dikuasai Umno-Barisan Nasional cuba menutup skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Justeru itu katanya, laporan polis seluruh negara yang dibuat  terhadap NFC adalah untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap isu ini.
Serentak dengan laporan polis itu juga, katanya, Wanita KEADILAN akan mengedarkan risalah penerangan mengenai skandal berkenaan ke seluruh negara.
“Media arus perdana tidak menerangkan isu ini dengan jelas kepada rakyat.

Fitnah II dapat perhatian Parlimen Jerman, tamparan buat Kerajaan

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 23 Nov : Kenyataan Parlimen Jerman terhadap kes Fitnah II yang membabitkan Ketua Pembangkang merupakan tamparan hebat terhadap kerajaan dan sistem perundangan di negara ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff berkata, ia menunjukkan dunia kini sedang memerhatikan perkembangan kes berkenaan yang akan dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap keyakinan antarabangsa.
“Ia merupakan satu ‘signal’ bahawa mereka (Parlimen Jerman) turut memantau kes berkenaan dan kezaliman terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini tidak boleh dipandang remeh Kerajaan,”

FGVH tiada hak atas tanah Felda, bercanggah Akta Kemajuan Tanah

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 Nov: Pakatan Rakyat menentang keras penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) di bursa saham sebagaimana diumum Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrain.
Menurutnya, keputusan mencagarkan tanah Felda Plantation kepada FGVH bagi tujuan penyenaraian itu, bercanggah dengan Akta Kemajuan Tanah 1956.
“Kami dimaklumkan, Felda berhasrat memajak tanahnya seluas 350 ribu hektar kepada FGV sedangkan syarikat itu tiada hak ke atas tanah seluas 350 ribu hektar kepunyaan Felda atau 500 ribu hektar yang dimiliki peneroka.

Akta Perhimpunan Aman lebih zalim kepada rakyat

KUALA LUMPUR 22 Nov : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam lebih menekan dan zalim terhadap rakyat.
“AMK melihat RUU ini lebih zalim berbanding peruntukan Seksyen 27 di bawah Akta Polis 1967 serta mencabuli hak kebebasan berhimpun,” katanya pada satu kenyataan media.
Katanya, melalui akta berkenaan, pihak polis diberi kuasa yang lebih luas dan berhak menahan mana-mana individu yang menyertai perhimpunan aman.

Daftar pemilih: Satu nama meragukan sudah cukup besar- Azmin

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 Nov: Jangankan 42,000 nama meragukan dalam daftar pemilih, satu nama sahaja dianggap cukup besar, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, bahawa 42,000 nama yang meragukan dalam daftar pemilih adalah kecil sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.
“Sebab itu pendirian kita jelas dan konsisten bahawa sebelum parlimen dibubarkan, tunaikan dulu kesemua lapan tuntutan Bersih,” katanya selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih berdaftar yang meragukan mulai 17 November hingga 31 Disember ini.

Akta Perhimpunan Aman jadikan rakyat ‘lembu fidlot’- Fariz Musa

KUALA LUMPUR 23 Nov: Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan kerajaan tidak ubah seperti melayan rakyat seperti lembu fidlot, kata Pengerusi NGO Jingga 13, Fariz Musa.
“Jingga 13 melihat Rang Undang-undang Himpunan Aman digubal sebagai satu usaha untuk “menjahit mulut, menggari dan memenjarakan rakyat” dan terus menguburkan amalan demokrasi.
“Rakyat bukan “lembu fidlot” yang boleh dicucuk hidung, mengikut telunjuk dan arahan, dikandang dan diikat sesuka hati oleh penguasa,” kata Fariz atau  lebih dikenali sebagai Cikgu Fariz.
Kata beliau, ia bukan sahaja membuktikan kegagalan kerajaan menerima pakai standard antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia, malah menafikan amalan demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

PENANTI 23 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga  Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.
“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,” kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.

Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung penahanan 13 orang di Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.
Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA.
"Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya.
Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah.

Umno terpaksa U-turn untuk bernafas

Sejak muktahir ini, Umno sudah dilihat dengan jelas sebagai parti yang tidak ada pendirian, parti yang suka buat U-Turn. Apa yang ditentangnya dahulu, kini dijilatnya semula dan cuba menuduh pihak lain tidak bersamanya pulak.
Contohnya cukup banyak. Terbaharu ialah cadangan pengubalan Akta Murtad yang disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Dalam isu ini, Mukhriz Tun Mahathir menggesa pemimpin PAS tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Sedangkan ketika PAS membentangkan Rang Undang-undang sebegini pada awal 1990-an dahulu di Parlimen, ahli-ahli Parlimen Umno-BN lah yang paling lantang menentang dan enggan menyokongnya.

Kelantan bubar Dun ikut Pusat

KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.
“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.
“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.
Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.
Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

NFC: PAC dapati banyak kelemahan

Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.
PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

Mengapa SPR baling bola ke gelanggang Pakatan?

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengingatkan Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) bersikap adil dengan tidak memberi tekanan kepada negeri-negeri Pakatan rakyat sahaja untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, SPR harus mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Saya kecewa bila pengerusi SPR kata mereka mahu berjumpa dengan negeri Pakatan Rakyat.
"Mengapa baling bola ke gelanggang Pakatan Rakyat...kenapa tidak balik ke gelanggang Barisan Nasional juga.

Pusat lewat beri bantuan sekolah agama

KOTA BHARU, 23 Nov: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JKPS) dari Pasir Puteh meluahkan rasa kecewa terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Harun Said, pengerusi JKPS sekolah agama di Kuala Nering memberitahu pernah mengemukakan masalah mengenai bantuan persekolahan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
“Saya tanya Datuk Pa pada satu perjumpaan meja bulat yang diadakan pada 2004 mengapa bantuan kepada sekolah agama rakyat dihentikan.
“Sudahlah SAR begitu lemah, letih dan ada banyak kekurangan, bantuan kewangan pula disekat tentunya menyebabkan jiwa juga menjadi lemah,” katanya ketika membangkitkan isu tersebut pada perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri di KTC hari ini.

Akta Perhimpunan teruskan tahan tanpa bicara

KUALA LUMPUR, 23 Nov: PAS menyimpulkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam semakin mengecilkan lagi sistem demokrasi di tanah air.
Beberapa peruntukan yang terdapat di dalam akta tersebut jelas menjurus ke arah itu, sehingga menjadikan akta itu jelas lebih menekan rakyat berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan akan memansuhkan ISA dan akta-akta zalim, tetapi akta tersebut jelas bercanggah dengan janji tersebut.
Menurutnya, menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 itu, pihak kerajaan tetap juga meneruskan tahanan tanpa bicara.

Lagi 'sindiket IC' warga asing dikesan

SEPANG, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS menjejaki satu lagi operasi dipercayai sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing secara tidak sah di Pusat Latihan KIWA di lebuh raya menuju ke KLIA.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat Adram Musa ketika dihubungi Harakhdaily berkata, pihaknya mengesan perkara itu petang tadi dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Menurutnya, kira-kira jam 5 petang tadi, orang ramai melihat sekumpulan warga asing berada di situ dan dilihat seperti sedang dipindahkan dari bilik latihan tersebut.

SMM tuntut penjelasan Mais sekat Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi penjelasan segera berhubung tindakan mengarahkan kertas kerja Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ditarik balik daripada dibentangkan.
Pengerusinya, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, tindakan itu merupakan satu lagi tindakan yang bercanggah dengan prinsip kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Mahasiswa menuntut Pengerusi Mais, Datuk  Mohamad Adzib Mohd Isa memberi penjelasan segera dan memohon maaf segera sebagai tanda menghormati konsep kebebasan akademik yang dituntut oleh ramai pihak," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Abdul Aziz sebelum ini menerima jemputan daripada Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) untuk membentangkan satu kertas kerja dalam seminar esok.
Bagaimanapun, Aziz pagi tadi menerima notis daripada Kuis yang memaklumkan Mais mengarahkan pihak penganjur membatalkan pembentangan kertas kerja tersebut.

Pakatan desak tarik balik Akta Perhimpunan Aman

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Pakatan Rakyat hari ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan BN menarik balik Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ketetapan itu dibuat memandangkan akta tersebut jelas menekan rakyat, malah lebih zalim berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sehubungan itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan bantahan keras terhadap akta tersebut di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) esok pada jam 1.30 tengah hari.