Haji Azhari bin Ismail merupakan seorang veteran DAP, mempunyai
lulusan Pengajian Syariah dan pernah bertanding menentang bekas Menteri
Kesihatan MCA Datuk Chua Jui Meng pada PRU 2004 di Parlimen Bakri,
Johor. Kini beliau bergiat aktif membantu warga bandaraya di Pusat
Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Bintang. Ikutilah pengalaman suka
duka beliau dalam wawancara bersama wartawan Roketkini Fairuz Azhan.Boleh saudara ceritakan sedikit sebanyak latar belakang peribadi dan politik saudara?
Nama penuh saya Haji Azhari bin Ismail, lahir di Muar, Johor pada 1952. Saya merupakan anak sulung kepada Ismail bin Dato` Abdullah yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAP Cawangan Muar pada tahun 1964-65. Saya baru sahaja menamatkan kursus Diploma Eksekutif Pengajian Syariah di Universiti Malaya.



















