Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Selepas didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan mengumumkan projek printis guru bekerja sembilan jam dimansuhkan. Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pada satu sidang media di Labuan semalam. Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada. Sebelum ini, beberapa pihak termasuk PAS menggesa kerajaan memansuhkan cadangan tersebut yang disifatkan 'mengainaya' warga pendidik. |
Bermula 29 November hingga 3 Disember ini Perhimpunan Agung UMNO sekali lagi akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Signifikannya persidangan kali ini, ia dilihat sebagai kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan. Pastinya dalam suasana politik hari ini, kedudukan dan penerimaan masyarakat terhadap parti ini masih lagi menjadi sesuatu yang ditagih kerana perjuangan untuk agama, bangsa dan negara oleh UMNO selama ini telah dilaksanakan dengan cemerlang.
Namun bersesuaian dengan keputusan PRU-12, UMNO itu sendiri perlu berubah mengikut kehendak dan keperluan semasa tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan kelangsungan yang telah diperjuangkan selama ini.
Namun bersesuaian dengan keputusan PRU-12, UMNO itu sendiri perlu berubah mengikut kehendak dan keperluan semasa tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan kelangsungan yang telah diperjuangkan selama ini.