22 Oct 2011

Kes Aziz Bari tambah hitam rekod BN

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius isu terbaru yang melibatkan penggantungan  profesor undang-undang terkemuka dan kritis negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Isu ini adalah satu lagi titik hitam sejarah negara. Ia hanya akan menghitamkan lagi  rekod Barisan Nasional memerintah negara kita,” kata ketua penerangannya, Mohd Nasir Zakaria (gambar).
Katanya, penggantungan Dr Aziz selaku pensyarah sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

PAS bimbang tindakan UIA hasut rakyat benci raja

Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kegelojohan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung Prof Dr Abdul Aziz Bari dibimbangi boleh mendorong dan menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Penggantungan kontroversi ke atas Dr Abdul Aziz yang dilakukan oleh UIA itu semakin terbukti amat menyakitkan hati rakyat.
"Tindakan UIA itu akhirnya dikhuatiri mendorong dan secara tidak langsung menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu," kata beliau.

Ikram harap polis, majikan telus pada Aziz Bari

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) sebagai sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan, yang memperjuangkan kecemerlangan akademik berprinsip, menyatakan kegusaran dan rasa kecewa di atas tindakan yang sedang dikenakan ke atas ahli akademik dan pakar undang-undang perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Presidennya, Dr Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram berpendirian bahawa kebebasan memberi pandangan adalah hak setiap rakyat Malaysia, khususnya bagi seorang ahli akademik, yang dijamin oleh Perlembagaan.
“Ikram percaya bahawa sebagai seorang ahli akademik, Prof. Abdul Aziz berhak menyatakan pandangannya dalam bidang kepakaran beliau demi kepentingan masyarakat dan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah

Muhammad Faizal   
GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.
"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.
"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.

Beri kebebasan ahli akademik berakademik

Nazri Abdullah   
GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.
Mengulas isu penggantungan pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

70 ahli Umno Kelantan masuk PAS

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Seramai 70 orang ahli Umno di Kelantan telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, semalam. Borang keahlian PAS mereka diserahkan sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu majlis di Kota Bharu, semalam. Menurut Nik Abdul Aziz, kesemua mereka adalah bekas ahli-ahli Umno di kawasan Kota Bharu, manakala kemasukan mereka ke dalam PAS pula melambangkan perjuangan PAS sudah semakin difahami oleh orang ramai.
Katanya, sebelum ini sudah banyak ahli-ahli Umno di Kelantan menyokong PAS, tetapi sebahagian daripadanya berbuat demikian secara sembunyi-sembunyi. "Perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad saw. Umno sendiri tahu kebenaran perjuangan PAS.
"Tentangan mereka terhadap PAS bukan kerana perjuangan PAS tidak betul, tetapi kerana kedegilan mereka sendiri untuk menerima kebenaran," katanya ketika merasmikan Persidangan ICT 2011 Media Baru "Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU Ke-13" di Dewan Datuk Fadhil Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Media Baru perlu masuk ke segenap kampung

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Najib disabotaj isu Aziz?

Ahmad Lutfi Othman   

Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Hilangnya idealisme universi-universiti Malaysia

Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

22 OKTOBER – Baru-baru ini saya terbaca tentang universiti awam kita yang gagal menduduki senarai 400 universiti terbaik dunia mengikut sistem penyenaraian Times Higher Education World University Rankings. Mengejutkan. Atau perlukah kita terkejut?
Saya menulis rencana ini untuk menunjukkan bahawa institut pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia sudah hilang segala bentuk tanggungjawab dalam pembangunan bangsa (nation) dan hanya ghairah mengejar kedudukan ranking.

DAP bantah tindakan zalim UIA

KUALA LUMPUR, 22 OKT – Universiti bukan sebagai kilang sarjana atau menghasilkan pekerja tetapi ia adalah pusat melahirkan intelektual awam yang dapat merintis perubahan untuk kebaikan rakyat.
Justeru, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas pakar undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah tidak adil dan menyekat kebebasan berfikir dan bersuara.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata tindakan UIA serta agensi kerajaan Barisan Nasional menunjukkan betapa pihak pemerintah tidak jujur untuk melaksanakan janji memberi kebebasan kepada rakyat.

Anwar, Najib dicadang debat Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR, 22 OKT – Badan kebebasan bersuara, Akademi Pak Sako, menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada perbahasan mengenai Belanjawan 2012 di antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada 3 November depan.
Pihak penganjur telah pun menghantar surat undangan kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang semalam untuk mendapatkan persetujuan mereka berdebat tentang Belanjawan masing-masing yang dijadual diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini pada jam 9 malam.

PKR: Tarik balik penggantungan dan mohon maaf tanpa syarat kepada Aziz Bari

Muhammad Nur Manuty | Oct 22, 2011 09:19:27 pm

 
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menilai tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Prof. Dr. Abdul Aziz Bari beberapa hari lalu - meminta surat tunjuk sebab dan menggantung tugas beliau - sebagai satu lagi manifestasi penerusan politik membuli dan campur tangan terhadap pelbagai institusi penting negara yang semakin mengggila sekarang ini.  Gejala seburuk ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara yang dianggap maju dan tinggi martabat akademiknya.

Sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa, UIAM sewajarnya memiliki kebebasan akademik dan keterbukaan dalam memberikan pandangan khususnya dalam bidang kepakaran dan pengkhususan ahli akademik yang terlibat.  UIAM sepatutnya tidak harus memberikan reaksi yang menampakkan ia dipengaruhi oleh pihak luar yang boleh menjejas imej dan martabat akademiknya.

Deklarasi Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah

HIMPUN | Oct 22, 2011 09:49:45 pm

 
Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin".  Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.  Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.