Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.
Berita
menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal
Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam
sekembali dari bulan.
Apakah ini berita bohong? Yang jelas pihak NON
MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita,
bahawa ini berita bohong.
Perlu
diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19
September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin
dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar
angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan
berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).
Dalam
perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh semasa
pandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap,
ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.
Sunita mengatakan, dari atas seluruh
permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika
dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu
Makkah dan Madinah.
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan
tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa
Billaah.
Selain
itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari
bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap
suara Azan.
Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari
Allah untuk menunjukkan sisi-sisi kebenaran kepadaAstronout ini?
Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.
Puluhan
tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami
kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia
mendengar sebuah suara yang dikemudian hari ia mengenalinya sebagai
SUARA AZAN
Tepatnya
semasa Neil diundang seminar di Universitas Kaherah, Mesir. Di masa dia
menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan waktu
solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengarkan azan.
Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa
mendarat di bulan.”
Setelah
itu, Neil Amstrong menemui salah satu profesor di universiti itu. Dia
ingin tahu banyak tentang Islam. Dan tidak lama setelah itu, dia pun
menjadi muallaf.
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan menjadi polemik di masyarakat.
Tetapi
bagi kita umat muslim, tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk
meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin
berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar.
Kita
tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan
agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat
kita dan dunia.
Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil
Armstrong masuk Islam apabila pulang dari bulan, kita berharap Allah Swt
memberi hidayah kepadanya.
Bagaimanapun
juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan pemberitaan
ini. Padahal jika Allah menghendaki, kejadian terdengarnya suara azan di
bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Boleh
sahaja terjadi.
Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan
hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS,
tapi juga seluruh dunia.
Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai
"agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang
miskin", atau apapun tuduhannya, tetap sahaja orang yang berbondong-bondong
mengikutinya dan rata-rata berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak
sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu
lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.