KUALA LUMPUR, 7 JAN – DAP memulakan langkah bersiap sedia
menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan melancarkan kempen dana
PRU ke-13 hari ini. Laman web Ubah.MY adalah laman rasmi DAP
untuk mengumpul dana bagi menggempur jentera Barisan Nasional pada
pilihanraya umum akan datang.
“Sarawak lebih memerlukan dana memandangkan keadaan fizikalnya yang
jauh lebih mendesak,” kata Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng, selepas melancarkan laman web tersebut di
ibu pejabat DAP di sini.
Menurut beliau rekod pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat
sepanjang empat tahun lalu telah memperlihatkan kecemerlangan berbanding
tadbiran BN. Oleh yang demikian, katanya, adalah penting bagi DAP dan
Pakatan Rakyat mendepani PRU13 dengan lebih bersedia dalam rangka
menumbangkan rejim pimpinan UMNO itu.
Hadir bersama adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan Ahli Parlimen
Bukit Bendera Liew Chin Tong yang juga Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa
DAP. Turut hadir ialah Naib Pengerusi DAP Chong Chieng Jen yang
juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan ikhlas boleh melayari laman web itu di http://Ubah.my
atau memilih untuk menyumbang secara terus ke akaun DAP di mana-mana
cawangan Public Bank Berhad, dengan menggunakan nombor akaun 306 382 8309.
Orang ramai juga boleh menderma dengan menghantar cek atas nama
“DAP MALAYSIA” kepada: DAP MALAYSIA, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew
(off Jalan Pudu), 55100 Kuala Lumpur. - Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.