PULAU PINANG, 7 Jan:
PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu
konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu
perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman. Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga
Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa
yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan
boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan
Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.
"Mendengar
cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa
bangga terhadap sokongan padunya. Sebagai ayah beliau sanggup bersama
anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum
tentu boleh buat macam dia, " tegasnya.
Adam Adli adalah palajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menurunkan gambar
datuk Seri Najib ketika mahaiswa berhimpun di perkarangan bangunan Umno
di PWTC.
Akibat kesalahan itu beliau dikecam dan dikutuk oleh Umno tanpa batasan sehingga UPSI bertindak ke atasnya.
Tindakan
para mahasiswa terlibat, kata Dr Mujahid, bukan ada kaitan dengan
desakan mana-mana parti politik pembangkang tetapi sebaliknya atas rasa
keprihatinan dan kesungguhan menyelamatkan maruah negara yang sudah
tergadai.
Perjuangan mahasiswa selama ini bukanya perkara baru
untuk memastikan AUKU ditiadakan bagi membolehkan mahasiswa meluahkan
pandangan secara demokrasi serta mewujudkan seorang mahasiswa yang
berkalibar tidak hanya menjadi mahasiswa pak angguk.
"Mahasiswa
ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU
sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang
Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.
Susah
untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam
Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran,
kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.
Sebelum
ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai
kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik
pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.
Bila
golongan terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi dan mahukan perubahan
ketara terhadap Malaysia itu menandakan satu gelombang kebangkitan anak
muda yang sukar dibendung terutamanya ketika negara bakal berhadapan
dengan Pilihanraya Umum ke 13.
"BN sebenarnya takut untuk
berhadapan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa sebab itu apa yang
digerakan oleh mahasiswa cuba disekat supaya kemaraan jiwa muda tidak
melarat sehingga boleh menggugat kedudukan politik jahat kepimpinan BN, "
terangnya.
Turut menziarahi keluarga Adam Adli ialah Pengarah
Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein, Ketua Dewan Ulamak PAS
Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Bekas Ketua Lajnah Penerangan PAS
Negeri, Zulkifly Md Lazim dan beberapa orang aktivis parti.
Pada
pertemuan tersebut rombongan turut mengadakan sembahyang hajat di
kediamanya sebagai langkah memperkuatkan akidah Adam Adli dan 17 rakanya
yang kini berhadapan dengan berbagai kemungkinan.
Pada 31
Disemer 2011 negara terpalit satu lagi peristiwa keganasan pihak polis
apabila bertindak kasar menghuraikan perhimpunan mahasiswa di hadapan
Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahukan kerajaan Malaysia
menghapuskan AUKU yang didakwa menyekat kebebasan mahasiswa.
Pada
perhimpunan itu Adam Adli ditahan bersama rakanya yang lain manakala
Saudara Muhamad Safwan Awang terpaksa dimasukan ke hospital akibat
tindakan ganas polis.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.