Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau
tetap dengan pendirian bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat,
lapor Roketkini.com.
“Kalau Anwar menang (kes mahkamah) tentu sudah tentu beliau ada
peluang menjadi Perdana Menteri (bila Pakatan menang PRU13)” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan DAP 2012 di sini hari
ini.
Dalam ucapan perasmiannya, Guan Eng menegaskan sekali lagi
komitmen dan semangat kesetiakawanan DAP dengan Anwar sebagai Ketua
Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang.
”Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri
alternatif, walau apa pun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus
menyokongnya,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar, tetapi kepada PRU13 akan datang.
“Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat
mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita,” katanya. DAP hari ini
mengemukakan Deklarasi Shah Alam bertemakan ‘Impian Bangsa Malaysia’
bagi mengukuhkan lagi iltizam menghadapi PRU13 akan datang.
Guan Eng berkata, setelah 46 tahun DAP tidak pernah ‘tertinggal’
dan kekal teguh dengan dengan aset utamanya iaitu menolak rasuah dan
kronisme.
”Untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara
yang maju, kita mahu negara berpolisi, bukan negara polis, kita memberi
jaminan buat rakyat Malaysia bahawa kita tidak akan sama sekali
menjual martabat kita kepada BN.
“Dalam usaha untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia kita tidak
mahukan kemenangan berdasarkan kekuatan tetapi kemenangan berdasarkan
kebenaran. Marilah kita mengecapi Impian Bangsa Malaysia!,” katanya.
Sehubungan itu bagi memperkasakan Impian Bangsa Malaysia, fokus
utamanya ialah dengan menaikkan ekonomi rakyat, meningkatkan mutu hidup
serta pengurangan kos sara hidup.
”You ingat ‘kawan baik’ saya (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan
Sri) Koh Tsu Koon akan tanggung kah?” katanya menjelaskan di Kerajaan
Pakatan Pulau Pinang telah mengurangkan 95 peratus hutang negeri dalam
tempoh empat tahun memerintah.
Tambah Guan Eng lagi, sudah sampai masanya untuk memperkenalkan
konsep “solidariti ekonomi” dalam membentuk gagasan Impian Bangsa
Malaysia.
”Konsep ini bermaksud solidariti antara yang kaya dengan yang
miskin, antara bandar dengan luar bandar, antara yang kuat dengan yang
lemah.”
Justeru, Guan Eng menjelaskan lapan langkah untuk mencapai gagasan Impian Bangsa Malaysia iaitu:
1. Pelaksanaan gaji minima.
2. Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi.
3. Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita.
4. Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.
5. Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi.
6. Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan melalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).
7. Meluhurkan undang-undang; dan
8. Mempertahankan hak-hak sah pekerja.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan
Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, dan Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.