PAS Pusat akhirnya membuat keputusan
untuk memecat keahlian Hasan Ali dalam mesyuarat yang diadakan pada hari
ini, tetapi tidak dimaklumkan kedudukan Hasan Ali sebagai EXCO kerajaan
negeri Selangor dalam kenyataan media. Menurut laporan Harakah Daily,
lidah parti versi internet, "PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan
pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9)
iaitu memecat keahlian Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa
serta merta."
Dalam satu kenyataan media daripada PAS, yang ditujukan untuk Harakah sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, berbunyi, "Setelah
mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli
jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS
Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat
keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar kanan) sebagai ahli PAS
berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada
tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan
kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS."
Muslimat PAS menyambut baik
MerdekaReview
cuba menghubungi beberapa orang pimpinan tertinggi, namun tidak dijawab
panggilan. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman
Athirah Al Jundi menyambut baik, mengucap "syabas dan tahniah" terhadap
keputusan PAS Pusat, menyifatkannya sebagai tindakan yang "berani".
Ketika dihubungi MerdekaReview, Aiman berkata, Hasan Ali telah menjadi liabiliti parti dengan kenyataan yang dikeluarkannya selama ini.

Aiman
menambah, kenyataan terbaru Hasan Ali menunjukkan beliau seolah-olah
memusuhi kebangkitan anak muda yang mahukan negara ini ke arah yang
lebih baik. Untuk Aiman, kenyataan yang tidak selari dengan PAS ini
adalah klimaks beliau dipecat dari parti.
Dewan Pemuda mendokong keputusan
Sementara
itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong "keputusan yang dibuat secara
musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Hassan Ali dibuang
keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan
perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis
Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang
dibuat secara syura ini."
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin bin Hassan (gambar kanan) dalam Facebooknya
berkata, "Kepada Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan
perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini
sebagaimana pernah berlaku kepada Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat
kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi
beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat
panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier
dan usianya."

Aziz Bari: PAS lebih kuat tanpa Hasan Ali
Di
samping itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Abdul Aziz Bari menganggap PAS akan menjadi lebih kuat tanpa
Hasan Ali . Beliau berkata, Hasan Ali tidak berdisiplin dan wajar
dipecat.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari menjangka kesan keputusan ini adalah positif, dan Hasan Ali sebenarnya tiada penyokong seperti yang didakwanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.