Apapun pergolakan atau peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam
waktu terdekat ini, sewajarnya tidak membantutkan persiapan jentera
pilihan raya Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan
datang.
Ini kerana PRU Ke-13 ini, yang dianggap ‘ibu segala
pilihan raya’ di Malaysia, akan menentukan sama ada Barisan Naional akan
berkuasa kembali atau Pakatan Rakyat akan memerintah Puterajaya.
Datuk
Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa “sama ada saya
dipenjarakan atau dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Januari ini tidak
penting, yang penting ialah meneruskan perjuangan hinggah Pakatan Rakyat
menang dalam piluhan raya umum kali ini.”
Beliau mengulangi,
keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun
apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat dalam menilai dan membuat
pilihan pada pilihan raya umum akan datang untuk merubah kerajaan.
Untuk
mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, Pakatan Rakyat sewajarnya membuat
persiapan paling rapi, strategi dan bacaan politik yang tepat dan dalam
masa yang sama berazam dan bertawakkal kepada Ilahi, justru pada
akhirnya segala keputusan di tangan-Nya.
Dari
pelbagai laporan yang diterima, khusunya dri negeri yang diperintah
oleh Pakatan Rakyat, Persiapan berjalan lancar. Petugas parti-parti
dalam Pakatan Rakyat bertungkus lumus, siang dan malam membuat persiapan
dalam semua aspek.
Misalnya, PAS Selangor sudahpun melancarkan
program ‘Semarak Hijau’ di beberapa kawasan di Selangor untuk memugar
pengundi agar menyokong Pakatan Rakatan Rakyat dalam pilihan raya akan
datang.
Program berterusan ini yang dikendalikan oleh
pengarahnya, Ir. Izham Hashim yang juga Bendahari PAS Selangor, boleh
dikatakan telah mencapai matlamat, di mana, menurutnya, sudah ada
perubahan pemikiran di kalangan rakyat – khususunya di luar bandar,
termasuk di rancangan Felda. Mereka bukan lagi penyokong tegar Umno/BN,
tetapi sudah ada yang menunjuklkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Negeri
Selangor yang kaya dan ternama itu, walaupun menghadapi pelbagai
cabaran, serangan pelbagai bentuk dari musuh politik Pakatan Rakyat,
namun pemerintahannya yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim masih
kukuh dan diterima oleh rakyat kerana telah memberikan khidmat terbaik
kepada rakyat Selangor.
PAS Negeri Johor pula sedang melancarkan
jentera dan program untuk menghadapi PRU Ke-13 itu. Sambutan Ulangtahun
PAS Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dataran Haji Mardi
[Dewan Marwan Al Hakam] Ayer Hitam, Johor baru-baru ini telah dihadari
oleh lebih 3,000 orang.
PAS negeri itu memutukan untuk
mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen
yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan
Persuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, mereka ‘menyerahkan’
lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada
DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kesemua kerusi itu adalah
kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di
kawasan terbabit," katanya lagi.
PAS Johor, katanya, membuat
keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN
pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008.
Kata
beliau, senarai calon dari PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13
telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui dan diluluskan oleh kepimpinan
parti pada peringkat pusat.
Sementara itu, PAS/Pakatan Rakyat
Negeri Kedah juga telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU
Ke-13 dengan fokus utama mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU
yang lalu.
Dalam masa yang sama berusaha keras untuk menawan
kerusi yang tewas di tangan BN dalam PRU yang lalu. Ini adalah keazaman
pimpinan Pakatan Rakyat Negeri itu.
PAS sendiri, yang memimpin
kerajaan negeri itu telah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat
dalam pelbagai bidang. Walaupun menghadapi pelbagai tohmah dari Umn/BN,
namun kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu berjaya mematahkan
tuduhan itu.
Di negeri yang belum diperintah oleh Pakatan Rakyat –
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak, jentera
pilihan raya Pakatan telahpun digerakkan. Pemimpin Pakatan terus
memantau persiapan. Mereja silih berganti ke Sabah dan Sarawak untuk
mempatikan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat berjalan lancar.
Dari
tinjauan yang ada, menunjukkan negeri-negeri yang dulunya bukan di
bawah Pakatan Rakyat sangat sukar bertapak sudah menunjukkan perubahan.
Tetapi kini negeri-negeri tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai
negeri ‘simpanan tetap’ Umno/BN.
Ini adalah perubahan yang amat
ketara termasuk di negeri Johor, yang selama ini dianggap sebagai kubun
Umno. Dari tinjauan yang dibuat, menunjukkan perubahan sikap rakyat
Johor sangat ketara.
Isu rasuah, skandel projek lembu, isu tanah
rancangan Felda, isu pelabur asing mendominasi negeri Johor, isu
pemimpin Umno/BN hidup bermewah-mewah dan lain-lain diperkatakan dengan
meluas dan terbuka di mana-mana oleh rakyat negeri itu. Ini menyebabkan
rasa benci mereka terhadap Umno/BN.
Sementara itu Pakatan Rakyat
(PR) akan mengadakan konvensyen yang bertema ‘Bersihkan Malaysia’ pada
13 dan 14 Januari ini di Alor Setar, Kedah dengan memberikan fokus
khusus kepada pembentukan manifesto pakatan itu untuk menghadapi pilihan
raya umum akan datang.
Dalam Konvensyen terebut, pimpinan
Pakatan Rakyat akan membincangkan beberapa isu pokok yang akan menjadi
asas kepada manifesto Pakatan Rakyat, selain yang tertera dalam Buku
Jingga.
Ia adalah manifesto utama yang terus menjadi pegangan
dasar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum
akan datang. Isu-isu yang menjadi fokus dalam konvensyen selama dua hari
itu antara lain melibatkan perkhidmatan awam, mahasiswa dan juga
isu-isu federalisme. Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan
Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.