KUALA LUMPUR, 7 Jan:
PAS mengarahkan ahli dan penyokong agar mematuhi segala perjanjian
yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika
menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar.
"Saya
meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan agar
mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan
polis semalam," katanya kepada Harakahdaily.
Azmin, Timbalan
Presiden PKR, menemui polis semalam bagi membincangkan permohonan
pihaknya untuk mengadakan perhimpunan bagi memberikan sokongan moral
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur esok.
Mahkamah dijangka akan menjatuhkan hukuman kepada Anwar esok dalam pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari.
Pihak
polis telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kebenaran
mengadakan perhimpunan tersebut berdasarkan akta perhimpunan awam yang
baru diluluskan Parlimen.
Polis membenarkan peserta perhimpunan berhimpun di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Polis
telah menetap syarat untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan
termasuk perhimpunan hanya boleh dibuat di padang kereta itu sahaja.
Jika padang itu sudah penuh, mereka yang selebihnya hendaklah bersurai dari kawasan mahkamah.
Mereka
juga dikehendaki jangan sesekali mengganggu persidangan mahkamah dan
hendaklah bersurai sejam selepas mahkamah membuat keputusan.
Azmin
dalam sidang mediannya berkata, pihaknya telah mengemukakan beberapa
usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di
hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
"Dalam usaha memastikan
segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang
marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk
mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan,"
jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Azmin juga menyatakan
perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh
meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan
lapang berhampiran Bangunan Matrade.
"Oleh kerana ini perhimpunan
aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan
jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang
ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan
berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.