Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak menjemur bateri ini. Hasilnya- untuk dua tiga hari kami sekeluarga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi.
Untuk saya kongres Parti Keadilan yang berlangsung di Pulai minggu lalu sama seperti kakak saya menjemur bateri kering. Hasilnya, sesiapa yang datang ke
kongres akan mendapat tenaga baru.
Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR menunjukkan ia bersedia untuk menghadapi PRU 13. Setiausaha Agung PKR menerangkan persedian kali ini lebih mantap dari 2008. Berita ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.
Tetapi sebelum memasuki PRU 13 ini biar saya membuat surah agar ahli dan aktivis PKR memiliki satu lagi pandangan. Naratif yang hendak saya surahkan ini agak jarang dijaja. Mengikut istilah anak anak muda hari ini ?憄andangan potong stim?
Namun ia bukan pandangan terantuk baru tengadah. Pandangan ini bertujuan membuka mata agar kita tidak terantuk di tiang atau tersepak tunggul di jalan.
Begini kesahnya: Pilihan raya ini telah bermula sejak 1955 lagi. Pada awalnya sistem pilihan raya peninggalan British ini memiliki ciri yang agak demokratik. Contohnya : di zaman Tunku parti politik dibenarkan berkempen lebih dari satu bulan.
Apabila parti yang melawan United Malay National Organisation mendapat kejayaan, dilakukan perubahan seperti masa kempen dipendekkan. Pada PRU 2004, pengundi hanya diberi 8 hari membuat keputusan memilih wakil mereka.
Apa yang ingin saya hebahkan ialah pilihan raya ini sengaja dibuat berat sebelah. Tahun demi tahun undang-undang dan akta baru diwujudkan untuk memastikan pilihan raya menyebelahi parti memerintah.
PRU12 dahulu telah mengubah ilusi tentang pilihan raya yang sebelumnya dilihat sebagai satu pesta olok-olok di mana rakyat digula-gulakan untuk memilih wakil mereka.
Sesudah PRU 12 jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampuk kuasa. Kemungkinan ini telah dan sedang melahirkan suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.
Apa yang saya maksudkan ?di pilihan raya yang lepas-lepas, lembaga-lembaga daulah digunakan membantu kemenangan United Malay National Organisation. Ia telah lama diketahui umum dan bukan satu rahsia. Justeru apa pula yang baru?
Apa yang baru disini ialah lembaga-lembaga daulah ini ?polis, tentera, special branch, BTN, Kemas dan lain lain ?sedang merasa terancam.
Di belakangnya ialah sosok dan individu yang membuat harta kekayaan dan 慶ari makan?kerana menyokong United Malay National Organisation.
Justeru jika PRU13 membawa kemenangan untuk Pakatan Rakyat maka di sini lah ayat potong stim saya diperlukan. Saya ingin membawa ahli dan aktivis PKR keluar dari berjemur untuk memahami pilihan raya berpandukan realpolitik.
Untuk memahami realpolitik ini saya menjemput pembaca menyelami otak para jeneral yang telah gemok dengan kontrak pembelian senjata – sama ada kapal selam Sepanyol atau Perancis.
Kemudian selami dalam kepala ketua polis yang kenyang?dengan duit lendir China Doll atau bergendut perut dengan duit hadiah tokan penyeludup dadah Iran.
Apakah bentuk ancaman kepada mereka jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan?
Ancaman ini juga sedang dirasakan kaum pemodal besar. Bayangkan apa yang sedang difikirkan oleh Ananda Krishnan, Lim Kok Thay anak Lim Goh Tong, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay atau Daim Zainuddin.
Selama puluhan tahun orang-orang kaya ini merembat harta kekayaan negara kerana memiliki talian perniagaan dengan pemimpin United Malay National Organisation. Jika United Malay National Organisation tewas apa yang akan terjadi kepada mereka?
Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada Sami Velu dan anak lelakinya Vell Pari yang terlibat dalam pembunuhan seorang pelakon drama Tamil. Apa pula akan terjadi kepada VK Lingam, Musa Hassan, Ghani Patail yang selama ini menggunakan polis dan mahkamah untuk membuat jenayah.
Jika United Malay National Organisation disingkirkan – bayangkan apa yang terjadi kepada Mahathir Muhamad. Untuk ini saya meminta pembaca mengingati sidang akhbar Mahathir pada 2 September 2004 apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buluh.
Ingatkan kembali saya menulis dan menggambarkan Mahathir Muhammad bersendirian dan hanya diiringi isteri dan Mukhriz anaknya.
Pada petang itu saya melihat Mahathir Muhamad seperti seperti seekor tikus basah -lokoi dan mengigil takut.
Apa yang saya surahkan gambaran jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13. Kemenangan Pakatan ialah ancaman untuk Barisan. Maka Najib Razak sedang bekerja siang malam membuat undang-undang baru sebagai tembok pertahanan.
Contohnya: Rang undang undang Hak Perhimpunan yang sedang dibaca di Parlimen bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa.
Biar saya jelaskan di sini: Pada ketika ini warga Indon dan Bangla diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Dalam masa sama Rela, Tentera dan Wataniah dipasang di kawasan strategik untuk memastikan calon United Malay National Organisation menang sesudah PRU13.
Rancangan ini disokong SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM. Telah terjalin kerjasama yang intim antara kuasa yang memerintah dengan kaki tangan kerajaan. Ini kerana ketua-ketua atau pegawai tinggi dari jabatan kerajaan ini dikepalai sosok yang telah kenyang dengan projek.
Semua lembaga daulah yang merasa terancam ini akan memastikan Rosmah dan Najib terus berkuasa. Orang ramai merasa tertipu. Pakatan Rakyat dikalahkan kerana penipuan. Rakyat marah. Anak muda ingin turun membantah ke jalan sama seperti dilakukan oleh anak muda di Mesir dan Tehran.
Di sini Najib telah sedia dengan undang-undang baru. Merompak kedai Mamak dendanya lebih ringan dari turun ke jalan raya. Denda kesalahan menunjuk perasaan ialah RM20 ribu. Jika ada YB dari pakatan rakyat ditangkap dan didenda lebih RM2000 pasti mereka akan kehilangan kerusi.
Saya membawa surah ini bukan ingin melembikkan Semangat Pulai yang berkobar-kobar setelah tiga hari panas berjemur. Saya hanya ingin membawa pandangan
untuk membukakan mata melihat realpolitik.
Saya berharap kita semua ada menyimpan bateri sebagai persediaan jika penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat ditipu dalam PRU13 ini.
Saya juga berharap ketika kita menyimpan bateri ini ditempat yang selamat cuba bayangkan apakah Rosmah Mansor akan menerima kekalahan di PRU13 dan meninggalkan beg tangan Birkinnya di Putrajaya? END
Sesudah PRU 12 jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampuk kuasa. Kemungkinan ini telah dan sedang melahirkan suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.
Oleh : Isham Rais
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.