KOTA BHARU, 7 Jan:
Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses
Pilihan Raya (PSC) Dr Mohd Hatta Md Ramli yakin mana-mana pihak yang
cuba untuk mendahului PSC bagi membubarkan Parlimen lebih awal akan
berhadapan dengan kemarahan rakyat.
(Dr Hatta dalam pendengaran awam di Kota Bharu)
Sehubungan itu, beliau berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sehingga kajian dan cadangan PSC
dilaksanakan.
“Maksudnya, pembubaran Parlimen akan ditakhirkan,
dikemudiankan, dan itu bukan saja boleh menyelesaikan tugas kami, tetapi
seterusnya untuk dilaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya. Ini
harapan kita," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media sempena
sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan
pilihan raya di Kota Darulnaim di sini tengahari tadi.
PSC
dipengerusikan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr Maximus
Johnity Ongkili itu turut dianggotai oleh tiga Ahli Parlimen Pakatan
iaitu ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP
Rasah, Anthony Loke Siew Fook.
Dewan Rakyat meluluskan penubuhan
PSC pada 3 Oktober 2011 dengan tanggungjawab mengkaji perkara untuk
memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengkaji proses
pilihan raya yang bebas dan adil.
Penubuhan PSC berkuatkuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya.
Sementara
itu, mengulas isu pembubaran Parlimen sebelum tugas-tugas PSC selesai,
Pengerusi PSC Datuk Dr Maximus berkata (pembubaran Parlimen) itu kuasa
mutlak Perdana Menteri.
“Kita pun terbabit, namun yang penting kita jalankan kerja ini.
“Selesai tugas kita, barulah berjumpa di luar, perjuangan itu secara demokratik.
“Tetapi kita tidak ada kuasa hendak memutuskan perkara itu,” ujarnya.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.