PULAU PINANG: Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik
racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang
Jaya, tengah malam tadi.
Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri
sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas
ceramah di Kampung Cherok Tokkun .
Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.
“Masa
nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa
bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis
Zainulfaqar di twitter.
Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan
Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi
itu belum sedarkan diri.
Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih
mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.
Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu
marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan
racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi
pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi
tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.
“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.