SHAH ALAM, 8 Jan – Dua blogger terkenal yang juga pemimpin UMNO,
Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias, telah menyertai DAP secara rasmi hari
ini.
Sakmongkol AK47 adalah nama samaran untuk bekas ADUN Pulau Manis,
Datuk Ariff Sabri yang pernah menyandang tugas Ketua Penerangan UMNO
Pekan di bawah kerusi Parlimen Perdana Menteri DAtuk Seri Najib Razak.
Blogger
Aspan aktif dengan UMNO sejak tahun 1970-an dan 1980-an memulakan
blognya sejak beberapa tahun lalu apabila menyedari parti yang
disertainya semakin menyeleweng daripada perjuangan asal untuk membela
rakyat miskin.
Kemasukan dua veteran UMNO ke dalam DAP ketika berlangsungnya
persidangan DAP di sini hari ini memberi isyarat jelas bahawa UMNO
semakin tidak relevan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengalu-alukan penyertaan
kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu berkata, ia adalah satu lagi bukti
bahawa perjuangan DAP tidak pernah diasaskan atas dasar kaum.
Katanya, penyertaan ahli-ahli baru DAP yang mencecah 150,000 orang,
termasuk daripada kalangan orang Melayu, menunjukkan penerimaan positif
masyarakat Melayu kepada DAP yang sentiasa difitnah sebagai sebuah parti
cauvinis Cina.
Bercakap kepada pemberita, Aspan menyebut bahawa beliau menyertai DAP
disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang korup dan mengamalkan politik
perkauman sempit. Bagi beliau, DAP memiliki disiplin politik yang jauh
lebih baik.
“Setelah saya menyertai DAP, ramai kawan-kawan UMNO yang datang
menemui saya. Saya memberitahu mereka bahawa menyertai DAP bukanlah satu
kesalahan. Korupsi dalam UMNO lah yang menjadi kesalahan besar,” tambah
beliau.
Sakmongkol (Ariff) pula mengingatkan bahawa orang Melayu tidak harus
takut pada DAP kerana ia mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan
telus.
Katanya, model pembangunan ekonomi DAP tidak bergantung kepada skim
piramid UMNO yang hanya menguntungkan kroni UMNO sahaja, sebaliknya DAP
bersama Pakatan menawarkan alternatif yang lebih baik. roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.