KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim
yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif
untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum
tarikh 901.
Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas
perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.
Anwar,
64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah
kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum
kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Anwar, I
hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring
the worst in us. I hope you will be fairly treated.
(Anwar, saya
telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf.
Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya
harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter.
Dalam
jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the
reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).”
Tahun
lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan
Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin
pada akhirnya.
Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula
berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai
dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan
datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.
Zaid
menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong
sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi
menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita
kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita
akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa
perubahan sebenar.
Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan
Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang
disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan
Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media
Umno.
Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada
perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa
Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.
Dalam temubual
bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang
patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.