| Harakahdaily | 
| KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pakatan Rakyat Perak mengucapkan  takziah kepada keluarga Diraja Perak berikutan kemangkatan Raja  Perempuan Raja Muzwin Raja Ariff  Shah, yang mangkat di Institut Jantung  Negara (IJN) di Kuala Lumpur, semalam. Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar  Jamaludin berkata, pemergian balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II  itu dirasai seluruh rakyat negeri itu. "Saya mewakili Pakatan Rakyat negeri Perak mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Diraja Perak. "Secara peribadinya, saya saya kenal dengan Almarhumah dan anak-anaknya," katanya kepada Harakahdaily. Menurut, jurucakap Istana Iskandariah, Raja Muzwin mangkat pada pukul 4.20 petang. Jenazah bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam semalam dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini. | 
7 Oct 2011
Raja Muzwin mangkat, PR Perak rakam takziah
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.