 Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Najib Razak dan  Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang  sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi  kes Fitnah 1 tahun 1998.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Najib Razak dan  Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang  sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi  kes Fitnah 1 tahun 1998.AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Najib dan Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu "prejudge" pembelaan Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Najib didakwa terlibat.
Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas "turun naik" kenyataan Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan dengan Najib!
 Tiga  tahun berlalu, ini masih belum dinafikan.  Dan sekiranya Najib melihat  beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai  saksi di peringkat pertama?  Bagaimana pulakah dengan keterangan Rosmah  yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah?  Di manakah  asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi  sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.
Tiga  tahun berlalu, ini masih belum dinafikan.  Dan sekiranya Najib melihat  beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai  saksi di peringkat pertama?  Bagaimana pulakah dengan keterangan Rosmah  yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah?  Di manakah  asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi  sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.
*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar kanan) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.