KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan  Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik  dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi  tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”,  lapor The Malaysian Insider.
“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10  tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa  berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.
Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun  2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa  ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula  mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus  sahaja.
Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan  yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.
Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.
Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang  layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan  untuk Semua sebelum ini.
sumber : Keadilan Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.