KUALA LUMPUR: Pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland mengesahkan  keupayaan fizikal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak  mampu untuk melakukan aksi seks seperti didakwa dalam kes Fitnah II.
Dr Hoogland yang berketurunan Belanda berkata Anwar tidak mampu untuk  melakukan gerakan berulang ke depan dan ke belakang dengan pinggangnya  yang cedera kerana ia akan “mengakibatkan sakit belakang yang teruk  kepada Anwar”.
Sewaktu ditanya Sankara bagaimana beliau membuat kesimpulan itu, Dr  Hoogland berkata sebagai pakar tulang belakang pendapatnya adalah  berdasarkan pemeriksaannya terhadap Anwar dan juga imbasan MRI terhadap  Anwar.
“Jika Anwar menggunakan pinggulnya ..dan kita ambil kira perlakuan  seks (yang didakwa), amat-amat mustahil yang beliau boleh melakukannya  berdasarkan pemeriksaan terhadap Anwar dan juga dapatan dari MRI, adalah  mustahil untuk lelaki seusia beliau melakukannya,” kata Dr Hoogland  pagi tadi.
Beliau juga bersetuju Anwar tidak mampu melutut di atas permaidani dengan kecederaan tulang belakangnya.
Dr Hoogland adalah pakar tulang Jerman berketururnan Belanda yang  membedah tulang belakang Anwar pada tahun 2004 di Munich, Jerman.
Beliau sekali lagi memeriksa Anwar pada 8 September lalu dan semalam  mengesahkan bahawa selepas pembedahan dilakukan terhadap Anwar, beliau  sudah mampu berjalan.
Namun katanya, Anwar masih lagi mengalami artritis pada beberapa  tulang belakangnya, mengalami pergerakan terhad dan juga mengalami  kerosakan saraf akibat serangan polis pada tahun 1998.
sumber : Harakah Daily 
 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.